Chinese Drama: The King's Avatar(2019) | Hi~ Assalamualaikum

Setelah sekian lama, akhirnya habis juga Aien tengok drama ni. Glad I make it. Kah! Agaknya berapa bulan sudah Aien menyebut pasal drama Yang Yang ni kan? 

credit: google

Tajuk: The King's Avatar 
Genre: E-Sport, Friendship, Youth
No. Of Episode: 40
Cast: Yang Yang, Jiang Shuying, Yi Lai
Sinopsis: Apabila seorang pemain elite dipaksa keluar daripada kumpulannya, dia memutuskan menjadi manager di sebuah pusat internet dan berazam untuk kembali ke Glory. 

Bunyi macam menarik bukan? Haa, sebab dia best la Aien tunggu ada mood baru dapat tengok drama ni. Fuh, penat juga nak menghabiskannya. Untuk pengetahuan, Aien re-type entry ni banyak kali cause tengok, taip, tengok, taip. So that, all the best part don't miss out. Excited tak excited kan?  Lagi-lagi bila e-sport ini kian berkembang di negara kita ni. 

Apa itu E-Sport? 

E-sport atau lebih dikenali sebagai sukan electronic ini merupakan satu lapangan pertandingan untuk individu atau kumpulan beradu kekuatan mereka dalam permainan atas talian. 

Setakat ini E-sports yang paling terbesar yang dipertandingkan di seluruh dunia adalah Overwatch. The Overwatch League telah mengadakan sebuah tournament dimana tika itu mempunyai 20 kumpulan yang bertanding merebut gelaran Juara Dunia. 

Dah, cerita pasal e-sport pulak. Haha Ini serba sedikit pengenalan tentang drama ni. Supaya korang boleh la faham kan. Mana tau bagi mereka yang tak berapa faham akan perjalanan drama ni, kenapa dan bagaimana, serba sedikit ianya membantu. 

My review: 
Honestly drama ni lebih kurang macam Go Go Squid yang Aien tengok bulan lepas. Cumanya Go Go Squid tu cerita pasal CTF, dan ini pasal E-sport. Kedua-duanya merupakan adaptasi sebenarnya daripada novel. Akan tetapi, The Kings Avatar ni telahpun diadaptasi kepada animasi. Wow, kan? So, Aien tengok drama ni dulu, soon ada kesempatan Aien try cari anime dia pulak. 

Ye Xiu, seorang pemain profesional bahkan seorang kapten pasukan telahpun dikick-out oleh bos dia merangkap kawan dia. How deep it's that? Dah la digantikan dengan newcomer yang baru nak berkembang mekar tapi sombong nak mati, Sun Xiang. 

Untuk drama ni, klimaks dia ada di beberapa episode, yang pertama sekali di Episode 15, apabila Ye Xiu telahpun mendapatkan beberapa pengikut dan telahpun menonjolkan diri di kalangan pemain profesional. 

Dan ada yang sokong dan ada juga yang iri hati padanya kerana menganggap dirinya tidak jujur dalam permainan Glory itu. 

Yang bestnya, Ye Xiu atau nama avatarnya Jun Munxiao ni, avatarnya tidak memilih mana-mana profesion dalam permainan tersebut. Dia memilih menjadi Freelancer. Untuk pengetahuan semua, permainan game lawan-lawan ni, dia mesti kita kena pilih karekter atau profesion untuk bermain. Contoh, macam Aien pernah sekali bermain Game Ragnarok ni dulu, I choose to be a wizard. Tapi, Encik Suami kata wizard ni tak kuat. Hahaha 

Sedikit sebanyak, dari bermain permainan Ragnarok ni, Aien faham la susur perjalanan drama ni. Haha 

Sebab tu, Aien kata Ye Xiu a.k.a Jun Munxiao ni tadi hebat, sebab dia cipta senjata baru dimana dia boleh guna mana-mana kuasa dari mana-mana profesion. Hebat kan?  Highlight dia jugak la pada perjalanan dia nak jadikan senjata dia yang bernama Ten Thousand Umbrella kepada senjata yang diiktiraf dalam Glory ni tadi. Sebenarnya senjata ni dicipta oleh kawan baik dia iaitu Su Mu Qing. 


Hah, sepanjang episode dia, panjang lagi review Aien nih.. Adooo~

Apa-apapun, cerita ni bawak kita mengenal satu sukan baru yang boleh membawa keuntungan pada belia masa hadapan. Yang pada hakikatnya kita tak pernah mengerti bahawa bermain games itu boleh pergi jauh.

Till next drama. Jaa Nee!

p/s: walaupun begitu main games 24/7 pun tak best jugak kan? 

9 Ulasan

  1. Cerita ala ala fantasy gitu ye.. Kurang minat pulak..tapi kalau jalan cerita okaylah boleh layan lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia sebab game tu fantasy. haha

      Padam
    2. Itulah, sebab tak layan game ragnarok semua tu. Kalau layan game tu mesti tengok ni ^_^

      Padam
  2. Haritu sebelum drama ini keluar Sha semangat sangat nak tengok tapi bila dah habis tayang rasa cam nantilah.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kan? Aien gigih habiskan semata-mata nak tengok berjaya ke tak Ye Xiu sampai sudah. Haha

      Padam
  3. Kurang minat dgn fantasy.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fantasy tu sebab game dia. Jalan cerita on je. Haha

      Padam
  4. dulu nak tengok nak tunggu complete drama ni tapi bila dah habis malas pula nak tengok..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama laaa.. dia punya meleret cerita ni.. Adeh~

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.