Nayla, One year and half | Hi~ Assalamualaikum dan salam sayiddul ayyam. 

Selamat bercuti sekolah buat adik-adik dan anak-anak yang sudah mula bercuti. Ke mana je tu cuti-cuti ni? Kata orang jalan cuti-cuti Malaysia  gitu. Tapi, kalau macam Aien ni, anak sekolah ke tak sekolah ke sama je. Macam tu je laa. Lagi-lagi hujung tahun ni nak kena fikir banyak benda untuk tahun baru nanti.

Alhamdulillah, hari ini 22 November anak dara Ibu yang sorang ni telahpun genap setahun 6 bulan. Semoga membesar jadi kakak yang prihatin, anak yang solehah, dengar kata dan pandai jaga diri di mana saja kakak berada. 

Kakak la kawan gado Ibu, kawan gurau Ibu bila kita tinggal bertiga di rumah. Dengan dia la dok main kejar-kejar bila datang nakal dia tu, dengan dia la bersoal jawab bila datang mood dia nak bertanya macam-macam. 

Anak-anak Ibu ni, dua minggu sebelum tarikh kelahiran dorang, mesti ada je ragam growth sprout dorang. Sampai naik pening haa. Tapi, bila boring-boring masa dorang tidur, rindunya lahai keletah dorang tu. Tak payah pergi jauh, tidur aja pun.  dah rindu. Apa laaa.  

For now, she is doing fine for her age. Great actually for me. Sebab dia dah pandai jalan, dah pandai makan sendiri (kena pantau la), dah boleh diminta tolong, pandai dengar arahan yang senang walaupun cuma ada 8 je gigi. eh, sebut pasal gigi, siang semalam tengah dia ketawa dengan Aien, ternampak gigi geraham dia dah ada rupanya? patut la asyik nak masukkan jari dalam mulut. Senyap-senyap tumbuh gigi, kita pun tak tahu. Alhamdulillah dia setakat ni tak pernah lagi demam kalau nak tumbuh gigi. 

Senang la, senang semuanya  dipermudahkan perihal anak-anak ni. Syukur sangat-sangat . Orang selalu tanya Aien, terutama kawan-kawan Aien dan adik Aien la kan, how your pregnancy? Morning sickness? or anything yang boleh dikongsikan terutama sekali, saat bersalin. Memang semua ibu-ibu tak kira siapa pun pasti akan gerun dan gemuruh tiap kali sampai detik 30 minggu ke atas. 

Setakat dua kali ni, boleh dikatakan okay, so far. Alhamdulillah. haha teringat semalam baca post Dr. Imelda Bachin yang bercerita pasal ada orang tu tanya, dengar orang pesan kat dia, kalau nak senang bersalin makan laksa. What the heck? Seumur hidup tak pernah dengar petua tu. Haha And sekali lagi Dr Imelda tekankan makan apapun kalau nak senang bersalin, memang akan senang. Dan makan apapun, kalau mindset tu asyik takut tak boleh la apa la kan, memang tak boleh la. Yang penting mindset kita. Nak kata kita lagi pandai dari Doktor tu, tapi memang kalau kita nak buat apapun mindset tu penting, kan? 


Dah bunyi lain pulak cerita nayla ni. Haha Okay la, tu je cerita untuk Nayla. Ahad ni kita check up, kita tengok perkembangan berat dia pulak. 

Will update soon. Jaa Nee! 




14 Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.