DRAMA REVIEW: FAMILIAR WIFE

Ahad, Oktober 14, 2018

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Salam hujung minggu uolls... Buat apa tu hujung minggu yang sejuk ni? Hilang semua mood nak buat laundry bagai. Lastly, lepak dengan anak ja. Sambil lepak-lepak dari termenung menambahkan stress jom la layan drama ni. 


Nama: Familiar Wife
Episode: 16 
Language: Hangul
Duration: 45 minit per episode
Genre: Romantic, Fantasy, Time Travel

Drama ini berkisarkan tentang Cha Joo Hyuk yang dilakonkan oleh Ji Sung dan Seo Woo Jin (Han Ji Min) yang telah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai dua orang anak. Cha Joo Hyuk bekerja sebagai pembantu pegawai di sebuah bank manakala Seo Woo Jin pula sebagai tukang urut. Oleh kerana mereka terpaksa menanggung kedua orang tua mereka, mereka mengalami kesukaran dari segi kewangan. Joo Hyuk merasakan isterinya seorang yang jahat dan tidak memahami tugasnya dan kadangkala dia amat takut dengn isterinya. Woo Jin pula stress kerana terpaksa menguruskan anak sendirian sambil bekerja. Kerana itu dia sukar untuk mengawal emosi amarahnya. Kedua mereka tidak gembira sepertimana keadaan mereka sekarang. Satu hari, Joo Hyuk berjumpa dengan cinta pertamanya, Hye Won yang menyatakan bahawa dia turut mencintai Joo Hyuk dahulu. Kemudian, Joo Hyuk membantu seorang tua dan lelaki itu memberinya dua syiling yang menyebabkan dia berjalan ke masa lampau. Apabila dirinya bangun, dia berada di keadaan yang berlainan dan menyedari bahawa isterinya adalah Hye Won bukan Woo Jin. 



Macam menarik kan sinopsis dia? Aien try tengok lepas drama ni dah habis ditayangkan sebab tak mampu nak tunggu next episode. Cerita yang yang dilakon oleh Ji Sung tak pernah mengecewakan. Last dia berlakon dalam Kill Me, Heal Me. yang Aien tengok. Yang cerita pasal dia dituduh bunuh isteri dia tu, apa kan tajuk dia.. Innocent ke apa... itu Aien belom tengok lagi. 

Aien tengok drama ni dalam masa Aien depressed dengan life Aien sekarang, Hahaha menangis jugak la tengok. Sebab akhirnya Joo Hyuk realize bahawa dirinya yang menjadikan isterinya monster. Depressed kot. dari POV Aien la kan, isteri dia penat sebenarnya. Both of them penat. Isteri dia bekerja, bila balik rumah nguruskan anak lagi. Fuh~ Stress berganda. Yang Joo Hyuk balik kerja berharap isteri dia layan dia macam dulu. Satu part yang Aien stress tu bila isteri dia rendam PS suami dia. Haha Kesian. Dah la dia beli tu kira hutang. Kesian dengan member dia. Sorok-sorok dia main PS tu, sekali Woo Jin boleh jumpa pulak. Okay, kat sini silapnya mereka. Komunikasi. 

Bila Joo Hyuk dah dapat realize yang kehidupan dia berubah, dia punya suka tu kemain. Seronok dapat kawen anak orang kaya, tapi dia sendiri hilang dari mak ayah dia. Orang kata takdir tak pernah salah. Jodoh tak pernah silap, dia keep wonder about Woo Jin. Totally semuanya best la. Macam, lega bila dapat ending yang macam tu. Akhirnya mereka jumpa solusi kehidupan untuk lebih tenang. Well, kau pilih kan. Kau susun la sendiri macamana kau nak kehidupan kau berjalan kan. Gitu... Serius tak? 

I do take serious this kind of drama. Sebabnya penulis skrip takkan dapat ilham untuk sesebuah skrip melainkan daripada kisah hidup yang benar. Kan? Inspirasi gitu.. Cumanya dia garapkan untuk dapat kehidupan yang semua orang inginkan. Hurm... 

Aien pun turut terhibur jugak lepas tengok ni. Macam terubat sikit rasa hati. Timbul idea baru how do I want my life be.. Haa~ So... anda semua nak tengok tak? Supaya anda juga dapat inspirasi macam Aien ni. Lebih-lebih lagi kalau kita baca kat medsoc sekarang, yang single macam takut nak kawen bila dengar realiti kehidupan dah berkahwin ni, yang dah kawen pulak somehow try to broke their marriage. Tak nak cari solution untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik dengan orang yang sama. Bukannya dengan mencari yang baru. Itu kata orang dulu, habis madu sepah dibuang. Bila kau susah disini kau susahkan, bila senang kau tinggalkan. 

Adoo~ Aien stop being emosional. It's just drama. haha Okay guys. Sorry. This is just sikit je daripada hati yang rabak ni. Well.. tengok la drama ni,  anda pasti terhibur. Macam biasa la, pautan untuk drama ni ada saja. Klik saja pada gambar di atas untuk menonton. :)








3 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.