Jurnal Nadhira 3 bulan

Selasa, Oktober 12, 2021


 

Yeay! Alhamdulillah Nadhira Imaani mencapai umur 3 bulan. Serba serbi dah pandai untuk umur dia. Kesian jugak tadi kena cucuk. Melalak. Habis satu bilik cucuk tu boleh dengar suara dia. Ajaibnya bila keluar ja dari bilik tu, dia senyap and terus terlelap. HAHA 

Hakikatnya memang jam dia tidur pun masa tu. Kena lagi cucuk. Kesian la member. 


Nak cerita apa ya untuk jurnal dia ni? Nak cerita dia dah pandai senyum dan bunyi a-oh-oo bila orang ajak sembang. Dah pandai respon bila orang panggil terutama sekali dengar nama dia. Acah tahu je kan. Bila Ibu rekod video dia, pandai pulak mata dia fokus ke camera. Bila orang acah, dia sengih-sengih sembunyikan muka. Shy shy cat sungguh. 


BMI dia alhamdulillah normal. Bak kata misi tadi, seronok dia hari ni baby check up semua cantik je BMI dorang. Alhamdulillah anak Ibu sehat je. Ibu ni je laa yang juga makin sehat saing dengan anak. Bak kata mak, anak sehat maknya makin tembam jugak. orang patut menyusu badan maknya makin kurus. Ini tidak. Ha Ha Guwe peduli apa. Janji happy gitu. 


Nadhira pun lepas kena cucuk tu lawak gila. Pasal dia dah ngantok tau. Bila kena cucuk dia menjerit satu klinik dengar. Lepas keluar dari bilik suntikan tu. Dia terus stop nangis dan terlelap. Haha Ado la anak. Agaknya anak-anak Aien semua gitu. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang baik. Ibunya aja yang selalu stress tak tentu pasal. kan.


Moga Nadhira sehat selalu. Membesar jadi wanita solehah. Adik yang baik. Selalu dengar kata ibu ayah. Jaga abang kakak. Ingat, tanpa adik beradik dan keluarga. Siapa la kita. :) 


Salam sayang, Ibu ♥


ps: lama sangat duduk dalam draf. Ibu cari mood menaip tak jumpa jumpa. Haha


14 ulasan

  1. Alhamdulillah, dah tiga tahun! Sihat selalu yeeee

    BalasPadam
  2. umur-umur ni sronok ajak main... dah masuk satu dua tahun nnti dh start berlari keliling rumah hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Ibunya dia suka cuk cam masa baby je. dah masuk 1 tahun halah halah. pass kat ayah je laa..

      Padam
  3. Anak-anak sekarang mmg fotogenik.. dari kecil mmg sdh terbiasa dengan kemera, Zaman DR dulu.. jarang gmbr2, sbb kena beli filem gambar..ehehehe.. Semoga anak-anak diberikan kesihatan dan tumbuh menjadi anak2 yang berbakti kepada ibu dan ayahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. Zaman kita kecik mak ayah pun susah nak dapatkan foto untuk kita. ibu bapa moden sekarang senang. snap snap je. Simpan dalam galeri.

      Padam
  4. sat jaa dah 3 bulan..rasa mcm baru je lg..kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. mcm jangan la cepat sangat membesar. dalam masa yang sama. cepat la beso. Haha simptom mak2 sangat

      Padam
  5. Alhamdulillah Nadhirah sihat-sihat aje.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah. semoga baik2 saje

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤