Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam

Selasa, Oktober 26, 2021

 



Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam | Setelah sekian lama menyimpan impian nak jejakkan kaki ke Jalan Jalan Japan, sebuah kedai bundle atau barang barang terpakai dari Jepun, akhirnya sampai jugak sejak mereka mula membuka cawangan ke-8 di Kipmall Masai, Johor baru-baru ini. 


Aien ni sudah la memang peminat bundle. Dari baju sendiri  ke baju anak-anak sehingga langsir dan cadar katil juga prefer bundle. Tak tau la kenapa kan. Sebab affordable untuk yang kadang-kadang masih bagus kualitinya. 


Apa lagi kita kan, ngajak ler Encik Husband cuci-cuci mata ke sana. Mula-mula Encik Husband buat ronda-ronda untuk pastikan boleh tak bawak bayi bawah 1 tahun. Pahtu, bila dia balik ke kereta, dia kata tak ada yang bawa. Risau pulak dia. Si Nadhira pula sedap tido. Begitu juga Najmi. Al-maklum la, dah tengahari. Jauh dari Skudai ke Masai perjalanannya walaupun cuma 34 minit je. 


Sudahnya kami berdua Nayla saja masuk ke dalam untuk shuping. Masuk-masuk saja, Nayla ditayangkan dengan timbunan soft toy yang buat dia rambang mata. Semua nak dikutip angkut masuk bakul. Adeh~ anak la anak. Ibu pulak nak cuci mata ke bahagian lain. Sebelum Nayla sibuk mengajak ke bahagian mainan saja. 




Memang rambang mata dengan Ibu sekali ni bila belek-belek harga serendah RM1 korang! Allah Allah.. Makin la wei. Harus diingatkan bila namanya kedai bundle, kena rajin belek untuk tengok betul-betul sebelum masukkan ke dalam bakul. Bukan setakat anak je suka soft toy ni, Ibu pun suka sangat buat koleksi untuk buat alas kepala dalam kereta mahupun depan TV. 

Kalau korang nak tahu juga, di Jalan Jalan Japan ni macam-macam ada. Dari pakaian lelaki dan wanita, kanak-kanak dan bayi. Barang mainan, outdoor item, beg, aksessori, kasut, eh... macam-macam la. Aien rasa tak cukup la satu jam tu. Tapi nak buat macamana misi dibagi 1 jam je sebab risau Nadhira nangis nak susu pulak dalam kereta. Gitu la gayanya kan.


Blazer untuk wanita. 

Korang kalo rasa nak cari blazer untuk korporat look, boleh tengok-tengok kat sini. Memang mampu milik. Untung nasib jumpa yang masih lawa lagi dalam RM15 je tau. Haa~ mana maunya. 


Kawasan beg ni, memang eh puas la tengok beg untuk balik kampung. Lawa-lawa. Zip pun semua molek lagi korang. 



Set golf pun hado. Kau rasa? Abah-abah be like suka nak try permainan golf ni, boleh cuba survey set golf yang mampu milik kat Jalan Jalan Japan ni.


Aien dah la memang tengah cari seluar jeans untuk diri sendiri. Al-maklum lepas bersalin ni, seluar pun makin mengecik. Hee~ pilih la mana berkenan. Bermula dari harga RM15-RM30 memang terbaik!


Tali pinggang serendah RM1. Pilih-pilih laaaa. Macam-macam gaya ada. 


Berangan jap guna selipar gaya Jepun. Apakah nama dia ni. Colourful sangat. 



Bahagian wajib dalam Jalan Jalan Japan. Tapi tu la, nak main-main try test kelam kabut pulak. Apa la Ibu ni. Nayla nak pergi tengok mainan. Kata si anak. Adooo.. 



Jap-jap Ibu amek gambar. Nak tunjuk kat orang betapa banyaknya benda dalam Jalan Jalan Japan ni. Wei, tak cukup satu jam. Whatsapp kat Encik Husband. Anak dah bangun belom. Dia kata belom. Haa, kita sambung lagi. 


Favorite zon Ibu! Beg! Waaa.. Mana tak tumpah kuah kalau tak nasi. Nayla pun. Ibu, beg sekolah kakak. Haa, pilih-pilih mana yang kakak berkenan. 


Ini nah yang dia pilih, yang sebelah kanan.  Tak mau lepas korang lepas dia dah berkenan tu. Ibu check zip, tak perasan dalam dia kurang sikit, but it's okay. RM3 je. Ibu onz je! Beg abang Ibu pilih macam beg budak-budak dalam The Return of Superman tu. RM5. Molek, bagus! Kukuh untuk letak sepersalinan dan botol susu. Haa, korang angkut beg korang sendiri. 


Now, turns Ibu pulak pilih beg. Pening kepala. Hee.. semua lawa. Mana satu berkenan ni. And ternampak satu beg ni, masyaa Allah. Lawa! Tanpa ragu-ragu ku masukkan dalam bakul. Okay, dah jum! Sebelum kita rembat lagi banyak beg, dah sebelum balik nanti kena marah sebab beg banyak sangat. Haha


Sibuk je acik kecik ni nak pilih besen. Buat apa tak tau laa. Ko tengok tu beg dia usung ke hulu ke hilir. Nasib aje kat kaunter dia tak lupa nak letak, kalau tak selamba la bawak keluar. 


Ibu is berkenan betul la periuk ni. Baru bulan lepas beli periuk pink, takkan bulan ni nak beli periuk biru pulak? Lawa kan. Kita simpan dalam galeri je la. 


Nak cari gelas set untuk tetamu pun boleh. Lawa-lawa la. Tapi, Ibu passed! Ada anak-anak kecik ni, gelas gini la kena elak. 


Barisan stroller bayi yang bersusun di sebelah pintu utama. Mana berkenan boleh pilih. Murah pun murah, molek pun elok je lagi. 


Okay done shopping! Korang kena ingat tau, dah masuk bakul, bayar dan bawak balik tak leh hantar semula tau! Jadi buatlah pilihan elok-elok. Acee gituu.. 


Thanks pada staff yang friendly dah sistem cashier dorang ni bagus. Kaunter boleh terus letak bakul, jadinya kita sebagai pelanggan tak perlu keluarkan barang dari bakul tu. Jom tengok barang apa Ibu dan Nayla rembat dalam masa 1 jam. 


Koleksi mainan yang dibeli. Hee, tak menyabar. Sudahnya gaduh kejap kereta polis tu ada satu je. Adoo~ Ibu is pening. Tapi, sekejap je la. lelama belum sempat kering semua soft toy Ibu cuci, dorang dah buat main. 


Seluar jeans Ibu dan Ayah. Semestinya Ibu punya dua helai. Haha 


Ni la beg yang ibu cakap diambil tanpa ragu. Molek, cantik wei! Beg buat pergi klinik. Haa susah la bila tak tepati misi macam ni. Dalam list kata nak cari baju untuk anak-anak je. Sekali. Ronda punya ronda.. Macam-macam la.. Sudahnya baju Nayla je banyak. Ha Ha Tengok la dia sempat buat OOTD look pulak. 




Ibu ni udah la tak pandai, tapi Ibu cuba mix and match. Haha Jadi la kan. 


Cari baju tebal sebab in shaaa Allah bulan depan nak ziarah opah ngan atok. Kena la cari tebal sikit buat basahan kat sana. Eh, macam negara sejuk je kan. Haha Padahal dalam aircond je pun. 


Ambil untuk Nayla, tapi macam tak muat je. Haha Pass la kat Najmi. Begitu la anak setahun sorang. Pass sampai lusuh. 


Sweater untuk naik flight. Haa, kot la sejuk. Excited Ibu dah lama tak balik Sarawak. Pulun cari baju anak-anak risau deme sejuk ke apa. Padahal. Haha 

Okay, habis dah excited Ibu shopping di Jalan Jalan Japan. Lain kali kita ziarah zone lain pulak. Kalau korang pun berkenan nak shopping di Jalan Jalan Japan ni, dorang ada di beberapa negeri seperti di bawah: 

 
1.) JJJ One City, Subang USJ 10am-10pm
2.) JJJ 1 Shamelin, Cheras 10am-10pm
3.) JJJ CenterPoint, Seremban 10am-10pm
4.) JJJ M3 Mall, Gombak 10am-10pm
5.) JJJ KIP Mall, Bangi,Selangor 10am-10pm
6.) JJJ Lotus Rawang, Selangor 10am-10pm
7.) JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang 10am-10pm
8.) JJJ KIP Mall Masai, Johor Bahru 10am-10pm


Dan boleh jugak ziarah di website mereka: 


Untuk orang Johor: 

KIP Mall, Masai
A011, Kipmall Masai,
2, Persiaran Dahlia 2,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Masai, Johor Bahru

atau ikut GPS ni: 



Argh, Ibu tak puas lagi ni. Lain kali, lain kali. Pujuk diri. 

13 ulasan

  1. Balasan
    1. tak sampai lagi, tp boleh cuba di Malaysia nih. Haha

      Padam
  2. Macam macam ada kat Jalan Jalan Japan. Port paling favourite pinggan mangkuk lah. Cari untuk props gambar makanan. Murah murah, tu yang best tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. geram je tengok semua lawa-lawa. tp misi mencari benda lain. Haha

      Padam
  3. boleh tunjuk kat husband ada luggage hahaha boleh beli sini :P

    BalasPadam
  4. LH paling suka masuk kedai bundle Japan. Di Kuantan ni banyak kedai bundle Japan tapi bukan Jalan-Jalan Japan ni. Kalau ada mesti gila haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji bundle Japan. Haha tapi kalau dapat masuk JJJ banyak mainan

      Padam
  5. Dulu selalu jugak pergi JJJ Shamelin.memang seronok borong toys untuk anak buah. Merchandise bola dan anime pun banyak sini. Memang rambang mata. Bila nak terbang tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Bawak budak-budak seronok laa. Aien pun jadi rambang mata sebab suka soft toys.
      .

      In shaa Allah. bulan depan.

      Padam
  6. berkenan betul dengan selipar jepun & periuk biru tu. Cantik 😘!!

    BalasPadam
  7. Yg kat kl pun kita x sgh lagi ni.. Padahal dkt je ngan rumah hehe

    BalasPadam
  8. bestnye mesti banyak barang rare

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤