Bangkit dari September, jangan ada Tragedi Oktober

Sabtu, Oktober 02, 2021



Setiap kali bulan 9 mesti akan ada lagu, Wake me up when September ends by Green Day bermain di corong radio lepas tu bersambung pulak lagu Dato' Awie kita, Tragedi Oktober. Aha jangan ada sudah la kan. 

Well, September lepas berlalu as usual dan sendu sikit dengan blog. Hairan tak tau kenapa bukan setakat tak dapat hit target, terus ke laut ha PV blog. Kata seorang teman blogger, Google tengah set up dorang punya algorythm tu , ah~ tak reti eja. So, mood nak update blog terus ke laut dan hanyut di bawa ke Istanbul. Banyak sangat temujanji dengan Omer bey, sambung pulak dengan Ferit bey, hee.. sangkut sangkut. 

Semalam nak update berita sedih bukak emel je teris dapat berita kena demoted dalam bisnes. Adoo adoo adoo... Cerita dengan Ummi, ummi pun kata, tudung mahal memang la. Aiguu.. Circle class kita pulak rakyat marhaen yang sendu cukup-cukup makan pulak tu. Memang ke laut lagi la. So, awak! Nak keep it up ke tak ni? 

Boleh di katakan dua tahun juga la dengan geng Guzel. Sepanjang tu, leader and team okay je. Cuma mind set sendiri yang tak konfiden nak jual benda jutanam ni. Aiguu~ sampaikan adik beradik kata, nor suka jual barang mahal. HA HA HA

Dah la. Relax dulu la. Fokus dengan apa adanya dulu. He, dah bebel-bebel lupa nak cakap apa pasal Oktober ni. Anyway, no hate on bulan ni ,sebab masih bulan kegemaran jugak. Sebab bulan 10 ni macam-macam kenangan ada especially tentang husband kita. Haha

2015-2021 

First met, pahtu terus purpose (not in direct line) pahtu tunang, pahtu kawen. pahtu anak dah 4. Eh, tiga. sorang disimpan. Gitu laa. Life yang tak pernah expected pun. Ingat lepas belajo nak kerja dlu, hidup dalam drama jap. Ala, yang turun 7 pagi balik 7 malam pahtu sibuk dengan kerja je. gitu la. Happy single life gitu. 

But now, I am more happier than before. Ada suami, ada anak-anak. Ada mak bapak lagi, ada job part time. alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat yang kau berikan. Makin kita syukur, makin Allah tambah. Sama ada tanda ganjaran mahupun cabaran, kita sendiri yang tentukannya. 

Dan bulan ni Nadhira dah nak masuk 3 bulan, anak-anak lain pun makin bertambah akal dan kepintaran mereka. Moga ibu sentiasa diberikan kesabaran menangani mereka. and hoping for this suprise akan terjadi la yek. Tahun lepas tak berjaya. Haha Tahun ni kena planning elok punya. Mudah-mudahan boleh raikan ayahnya 3N tu. hehe 

Okay la. tu je nak bebel. Saja nak up entry jurnal yang gila-gila sebab rasa macam kayu je jadi writer. I ♥ to write as my jurnal. Bahasa rojak. Tapi tak salah kita nak improve majukan diri kan. Yeay! 

Bah, mupok mek lok! Selamat berujung minggu gais ~ ๐Ÿ˜˜
 

10 ulasan

  1. Welcome to bulan Oktober. Steady Ain, don't give up tau. Biasalah kalau meniaga tu. Kadang ada orang nak beli. Kadang takde langsung. Hi3.

    BalasPadam
  2. Selamat berhujung minggu, Kak Aien.

    BalasPadam
  3. bulan lepas ramai jugak complain PV drop. Ingatkan blog saya je sebab selama ni memang PV selalu sendu pun. Lol. Semoga Oktober ni baik-baik aje

    BalasPadam
  4. Part PV tu betul. Merudum betul jatuhnya berbanding dulu. Spoil mood kejap ๐Ÿ’†๐Ÿป‍♀️ semoga bulan ni semua baik-baik saja utk kita semua aminnn

    BalasPadam
  5. Semoga October will be nice to you..

    BalasPadam
  6. cuba lagi bulan ni.. ada rezeki naik la PV tu..ehehehe

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas peringatan, bersyukur, Salam oktober..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. ๐Ÿ˜˜

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤