DRAMA TURKI: Bay Yanlis

Ahad, Oktober 17, 2021

 



Tajuk: Bay Yanlis a.k.a Mr.Wrong 

Genre: Romantic Comedy, Drama 

Bilangan episod: 14 - suppose to be continued.. :'(

Pelakon: Can Yaman, Ozge Gurel, Serkay Tutuncu, Cemre Gumeli, Fatma Toptas, Sarp Can Koroglu

Sinopsis: Özgür is a very wealthy restaurant owner and living a sloppy but happy go lucky life, and does not believe in love. Ezgi is now tired of wrong relationships and is determined to have a proper relationship and get married. Seeing that Ezgi is not successful in the relationship matters, Özgür begins to mentor her about relationships and gives her tactics to get the man she likes.


MY REVIEW 


Hi hi hi, masih di Turki lagi ni. Belom balik Asia lagi. Lain macam terapi dari Turki ni sampai masak pun sanggup dengar suara dorang bersembang. Disebabkan Aien masih tak boleh move on dengan lakonan Can Yaman dan Ozge Gurel dari Dolunay, jadi bersambung lagi di sini. 


Baca juga: Dolunay: Full Moon


Untuk drama kali ni dorang agak lebih santai dan karakter Ozgur untuk Can Yaman ni agak talkative banyak, berbeza dengan Mr.Ferit dalam Dolunay tu. Masih boleh diterima lagi lakonan Can Yaman ni. Ada juga hati memanggil-manggil nak tengok video peminat buat list teman wanita dia, kehidupan dia. Naaa~ passed on it. Risau kacau mood nak tengok lakonan dia. 

Bay Yanlis, jika korang baca sinopsis ringkas itu adalah bagaimana Ozgur dan Ezgi berjumpa dan memulakan hubungan mereka. Dari random mistakely taxi passager, kebetulan untuk Ozgur dan Ezgi dan sangat banyak. Sampai menjadi jiran sebelah rumah. Ezgi kebetulan masa tu baru berpisah dengan teman lelaki dia, langsung dibuang kerja kerana prestasi kerjanya yang agak merosot. Pulak tu, bekas teman lelaki suruh dia pindah dari rumah yang selama ni Ezgi yang bayar. Heh! Geram jugak memula tu kan. 

Tapi, takdir buruk Ezgi tu membawa Ezgi bertemu dengan Ozgur yang happy go lucky person dan tidak percayakan cinta. 

Psst~ best betul kalau dapat rumah macam Ozgur ni. 

Kawan-kawan Ezgi cuba pasangkan dia dengan salah seorang doktor di tempat kerja Cansu, merangkap sepupu Ezgi. Malangnya doktor yang disangka baik itu rupa-rupanya busuk jugak. Kenapa la Ezgi ni bernasib malang dengan lelaki. Tu la bila dia jumpa Ozgur yang secara langsung dicopmaharkan oleh seorang editor yang cuba membalas dendam terhadapnya, dorang sangat padan sekali. 


Kerana tak mahu dipasangkan dengan perempuan sebarangan, Ozgur gigih nak bawak Ezgi sebagai teman wanitanya pada majlis perkahwinan adik perempuannya. Dengan syarat, Ozgur tolong Ezgi bagaimana untuk menjadi perempuan idaman lelaki. Siapa sangka, dari lakonan menjadi realiti. Bila dorang cuba untuk berlakon konon untuk mak masing-masing pisahkan dorang, mereka mula jatuh cinta. 

Agak kalut jugak, bila dah suka orang tua cuba nak pisahkan. Bila masing-masing dah minta maaf dan mengaku kesalahan sendiri. Terpaksa la redha je dengan pilihan anak-anak. 

Paling tak suka watak acik Fitna ni, memang suka buat fitnah aje kerja. geram je aku. Haha Pandai pulak dia menghasut mak Ozgur, Mrs. Sevim supaya tak terima pilihan anak dia tu. Eh EH.. kau siapa? 

Bila mula nak layan episode 14 di mana Ozgur melamar Ezgi dan merancang untuk bercuti sekaligus honeymoon, Bay Yanlis tidak bersambung sehingga sekarang. 

Eh, mana ada drama Turki yang episodnya pendek je. Pengambaran Bay Yanlis katanya ditamatkan kerana ada di kalangan mereka krew didapati positif Covid-19. Sampai sekarang la masih tertunda lagi. Para peminat berharap supaya team produksi Bay Yanlis sambung untuk siri kedua drama ni. 

Kisah perebutan antara Ozgur dan Tolga, sepupunya masih tergantung lagi walaupun Tolga telah menyerahkan semula hak milik Ozgur, restoran La Gabia. dek kerana takut ugutan 'Ezgi' yang digunakan oleh Serdar, doktor yang cuba dipasangkan dengan Ezgi dahulunya. 

Kisah Cansu dan Levent, kekasihnya masih juga tergantung sebab mereka patutnya dah berkahwin. Tapi sebab anak perempuan Levent takut dia akan dipinggirkan, maka Levent membatalkan pernikahan. Cansu bengang, dia blah! Jauh sudut hati masih sayangkan Levent lagi. 

Kisah Ozan dan Denise, Puan Lawyer dan Encik Chef masih juga tergantung. Apatah lagi kisah Ozgur dan Ezgi. Lagi laaa.. Boleh je tengok walaupun tergantung, sebab cun jugak ending dia kat situ. Haha 
.

Tapi, biasa la kita peminat dan penonton ni.. Nak mengharap ending yang lebih baik. Gituu~ okay, nak sambung karya Can Yaman seterusnya pulak.. Next! 


4 ulasan

  1. Romantik komedi dari Turki? ermm... jarang sangat jumpa.. ke aku yang tak tahu..eheheh, tq atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Kita je tak tau. Baru jumpa selepas trauma Horror genre. Hah

      Padam
  2. Rajin betul Aien layan drama Turki.. hehehe

    BalasPadam
  3. Suka sangat tengok bay yanlis ni , tak sabar tunggu season 2

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤