FIRST HALF OF THE YEAR 2021

Jumaat, Jun 04, 2021

 


Howdy, peeps! Assalamualaikum semuanya


Asal timbul awal bulan. Tengah bulan hilang. Hujung bulan muncul lagi. Ha   gitu la dia. Musim tak menentu. Life upside down. Mood like roller coaster, makanya blog pun ke laut. But never mind. as long I'm here. Ada je nanti update. 


Oh, 4 Jun sudah? apa kabar PKP 3.0 day 4 uolls? Masih ramai lagi merayau ke tu? Nasib la sis ni memang suri rumah. Sama aje la rasa dia walaupun sesekali membara saja rasa nak merayau ke Paradigm Mall ke, ke mana-mana yang boleh seorang wanita mencuci mata dia. hihi


First half of 2021, apa yang berlaku? hurm..  selain dari dunia sendiri tak amek sangat tahu dunia luar. Buat stress aje padahal dalam pun belom settle.. Kalau tengok berita kat Buletin Utama ni, ado hai.. Memacam aje la cerita rakyat Malaysia ni. Trending #kerajaangagal, bila dah Kerajaan ikut kata rakyat. Senyap sepi pulak. (ke aku je tak dengar) Pahtu. Every time PKP launch, mesti rakyat M40 merungut dorang selalu dipinggirkan. 

Mungkin la sis ni di kategori golongan yang sedang-sedang tapi include B40 jugak laa, boleh bernyawa. Orang kata makin besar poket, makin banyak keluar. Kehendak atau keperluan boleh nampak kat situ. Apapun yang orang lain tak kira siapa buat, pasti ada ja tak kena di mata kita. Yang penting semut di seberang laut nampak, gajah depan mata disembunyikan. Betul tak? 

Alhamdulillah setakat ni anak beranak masih boleh bernafas, masih boleh makan 3 hari sekali. Alhamdulillah keperluan anak-anak pun masih cukup walau sendat rasa nyawa. Alhamdulillah. 

Eh, membebel pulak dia. Yela, sebelum terlupa apa-apa kan bebel jap. Bisok2 kita update mana yang miss bulan lepas. Sendu betul May .. Berapa ntah posting yang berjaya di publishkan? Well.. 


Mak buyong dah sarat, banyak benda dalam kepala. Sebagai escapism diri sendiri menaip la kat sini. Hope you guys tak boring la membaca. 😉 


Happy PKP 3.0, rakyat Malaysia boleh! Bersama-sama kita jaga diri untuk bendung wabak Covid-19 yang makin berleluasa. Jaga diri jaga keluarga. Stay safe. Tak nampak lagi sinar untuk pulang ke Bumi Kenyalang tahun ni. 🙃

2 ulasan

  1. Harap xde PKP 4.0..nak kerjaaaa huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo ada nasib la labuuu.. kes mcm tak surut banyak lagi ni...

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.