JURNAL: She is 38 weeks now

Selasa, Jun 22, 2021

 


Patut ibu buat begini dari awal. Haha tak terfikir pulak kan. Lawa je sticker card dari aplikasi 280days ni. 

Banyak sangat fikir kan. Debor pulak menanti. Ada sesetengah orang, 38 minggu ni dah kena serah diri ke hospital. 

Alhamdulillah Ibu cuma terus menunggu sehingga tanda kamu bersedia nak keluar saja. Nak tunggu tu ibarat menanti detik bom nak meletup. Tiit tiit tiitt bunyi dia yang sangat menakutkan. Kalo kamu pulak, Ibu harus terus monitor pergerakan kamu dan bersedia untuk contraction. 

Moga kamu nak keluar before 40 minggu ya sayang. Boleh dekat sikit bersalin. He he he Ikut due 6 Julai 2021. Target Ibu tarikh lawa. 2.7.21 atau pun kalau kamu tak sudi 7.7.21 pun jadi laa. Let's go baby. Which one you choose. Yang penting kamu baik-baik saja.

Kakak dengan Abang pun dok sibuk ketuk-ketuk perut tanya kamu buat apa. Ajom  la main dengan dorang. 

Kalau ikut tarikh Mak Teh semalam. 21.6.21 lawa jugak. Tapi dah terlepas. So, tak kira la. Ke nak sama dengan mak long? 30.6.21? 

Hee, menghitung hari je laa ni kan. Doctor pun dah bagi kita extra 6 hari dari EDD. Haa, jangan sibuk nak mekap pulak. P teman ayah tengok FiFA Euro sana. 

Encik Izwan ni selalu timang anak dara bila FIFA berlangsung. 3 tahun lepas pun gitu. Anak dia meragam memalam, diajak dia tengok bola. 😂 Nasib la labu. Anak perempuan manja dengan ayahnya. yang laki dok bawah ketiak ibu. 

Kalau betul anak dara, kakak dah ada kawan. Dan kamu cucu perempuan Saniah. Kalau tak, kakak kekal takhta sebagai cucu tunggal perempuan. Haa, amacam? 

Sebelah Ibu dah tak kisah sebab memasing dah ada sepasang. Tinggal nak jumpa aja semua pun kemain payah. Kalau bukan harapan pelsu dari kerajaan bulan 11 nanti, hujung tahun ajum ler krismas di tanah kenyalang. Ajak ayah cuti lama sikit. #anganje  

Doakan kami selamat ya semua. Nanti kita sambung reviee cerita lagi tau. Dan sambung jurnal pengalaman pulak. See you soon. :)

5 ulasan

  1. In shaa Allah. Semoga Allah permudahkan semuanya. Aamiin

    BalasPadam
  2. moga dipermudahkan urusan bersalin nanti...

    BalasPadam
  3. All the best aien.. Moga dipermudahkan urusan bersalin nya

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
  5. All the best aien! Semoga dipermudahkan segala urusan :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.