KOREA DRAMA: Have A nice Dessert

Isnin, Jun 28, 2021

 


Tajuk: Drunk in Good Taste (literally) 

Genre: Romance, Youth, Drama 

Episode: 10 

Cast: Kim Hyang Gi, Kim Min Kyu, Yoo Young

Sinopsis: Chong Nam begins her first year at a university in Seoul. She came from South Chungcheong Province to attend the university. She loves eating desserts. Yeon Nam is a first year student at the same university. They also study the same major. Chong Nam and Yeon Nam become friends and develop romantically.



MY REVIEW


Okay, mood nak tengok dram is back, so Aien randomly cari drama la kat Netflix ke Iqiyi ke, ke mana-mana la kan. Jumpa ni kat aplikasi IQiyi ke WeTV tak ingat pulak. 

Mengisahkan Jeong Nam seorang peminat manisan yang mempunyai instagram yang khas untuk manisan memulakan hidup baru di alam universiti. Bertemu dengan Yeon Nam seorang lelaki yang berada dalam jurusan yang sama dengan Jeong Nam. Serasi bersama mereka pun berkawan tanpa menyedari Yeon Nam merupakan anak buah kepada tuan empunya kedai manisan yang suka diziarahi oleh Jeong Nam. 

Bagi Aien simple je la drama ni. Dia tak heavy sangat walaupun hakikatnya lumrah la zaman sekarang kalau kita post apa-apa di media sosial banyak sangat orang akan judge padahal tak kenal pun kita.  Yang keduanya, kakak si Jeong Nam seorang editor kalau tak silap. Bos atasan dia favor sangat pekerja lelaki daripada pekerja perempuan. Apa yang dingasi idea oleh pekerja perempuan semua ada je tak kena. Jadi kakak Jeong Nam ni tertekan sangat lantas dihiburkan oleh adiknya ke kedai manisan kegemarannya. 

Over all drama ni berkisar tentang stress kehidupan masyarakat kota dengan manisan la. kemanisan perhubungan Jeong Nam dan Yeon Nam. Dari kawan menjadi hubungan intim. Hubungan Jeong Nam dengan kakaknya yang selama ni dingin boleh dirapatkan dengan manisan. 

Nak layan gitu-gitu je boleh la, dengan episode pun tak banyak. 

5 ulasan

  1. pendek je drama dia. nampak menarik juga bila ada kaitan dengan manisan :)

    BalasPadam
  2. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.