Pengalaman refund setelah berbeli barang letrik di shopee

Khamis, Februari 04, 2021

 


Lama berbeno la nak tunggu ko ni apdet cerita yang berlaku dekat 2 minggu dah ni Aien. sorry la geng, ku ni tengah dilanda mood tak mau mengarang. Nak tulis je blocked. Nak taip je yilek idea. Apa cer..  

And tadi balas segala komen mereka yang sudi singgah, and terbaca janji nak cerita kes yang berlaku hari yang sama. Yes. I need to pay the debt. Here we are! 


Kisahnya, sejak aku berjaya mendapat sinaran mentari menyinari.. Eh, nyanyi ke tu? Aku promise kat bebudak nak belanja deme kotak hitam dengan erti kata lain konon nak buat suprise untuk sang ayah. Haha Sekali dengan aku sekali tersuprise sama. 

Buat pertama kalinya aku cuba membeli barang letrik dari shopee. Berkat bantuan adindaku, aku berjaya purchase sebijik tv dengan harga mampu milik bersaiz 40' berserta cashback sejumlah amount harga tv tersebut sekaligus dengan free shipping. Siapa tak gembira wei. 

Disebabkan tak mau la risiko pecah atau sebagainya, kami memilih kedai dari sekitar Johor Bahru saja. Malang itu langsung tak berbau, walaupun seller telah berjaya pos dengan kadar paling segera dan servis terbaik  perkhidmatan courier pulak yang buat hal. Hey la nasib. 



Cantik kan seller balut? siap letak 'fragile' lagi. Malangnyaa. setelah seminggu di peram di pusat mel Janna nul Tuang (nama bukan sebenar) Tampoi Indah, akhirnya tv itu tiba selepas kami pulang dari klinik. Excited mak aih. Siap ada cerita lawaknyaa. 

Sang ayah terkejut la nampak kotak besar. Siap kata banyak duit ibu beli tv. Haha Sekali si Najmi, letakkan jari comelnya meminta sang ayah senyap saja. Haha So kiut... 

Excited la kami empat beranak nak pasang. Yeay! Akhirnya rumah kami ada tv. Baru husband nak pasang kaki tv, aku terperasan kesan retak di bahagian bawah skrin tv. O M G! Tidak .. 


Maaf gambar terbalik. Terus la aku piyem sama seller. 'Boss , tv pecah. " Mulanya seller macam tak puas hati cause bunyinya macam aku ni nak salah kan dia la kan. 

But, dia suruh aku report pada shopee sekian sekian sekian. follow up macamana sebab seller dah bagi yang terbaik kot untuk aku. Makanya itu di luar bidang mereka. 

Telefon Shopee Customer Center,, langsung berikan mereka order ID. dan kita harus nyatakan sebab kenapa nak mohon refund dan return. Dalam kes aku ni, sebab terima damage item. Nasib jugak belom tekan order received kan. So, proceed. Letak gambar apa yang masalah. 

Seller argue bantah la sebab aku nak refund tu. But, don't worry. nyatakan saja sebab kukuh kita nak refund. itu duit kita kan. Dalam masa 4 hari bekerja akhirnya aku berjaya perolehi duit ku kembali yang dibayar semula dalam Shopee Pay. Tak kisah la. Janji dapat balik. Dan seller juga dapat bahagian dia. 

Aku pun piyem seller balik, nak tanya tv tu harus dipulangkan atau bagaimana. Alhamdulillah seller kata tak payah. Makanya tv itu terkontang kanting dalam stor. 

Jika dilihat dari kesan kotak, nampaknya tertindih dengan benda berat. Bila diusahakan untuk pasang, habuk pun tarak di skrin. Hancus habis. 

Memang ceritanya Sadaqallahul adhzim je laa. Namun, aku masih tak serik. Aku purchase sekali lagi tv di Shopee pada 31hb. Malangnya sehingga hari ini seller belom pos. Adeh,,,,,,,,, kenapakah??? Mahu juga aku usul cancel order dan refund jugak ni nanti. Hailooooo..  Beli di kedai saja laaaaaa.. mahal sikit la tapi....  


Korang macamana? pernah berbeli barang letrik ke dari shopee atau lazada ni? Adik-adik Aien cerita dorang ada order juga. bahkan lagi besar dari Aien punya.  kenapakan hasilnya mereka lumayan. Bak katanya lagi, kamu ni tak da luck dalam berbeli barang online. Haha 

Siapa pernah baca, Kisah lemari yang menyedihkan lagi sadis. Haha 

Nak kata kalo beli barang besar ni memang tak ada luck. Kalo setakat kici-kici tu berjutanam jugak sampai kat rumah. Haha nak cerita setakat beli upt online, lah! Beli baju anak-anak. Haha gitu laaa.. Dah laa. tunggu jer la macama kisah tv aku ni. Sampai ke idok.... 

Nanti kita sambung lagi k.. bukan PKP je tau sambung  :)

14 ulasan

  1. Alahaii siann Aien..
    Aien kalau beli baca tak review orang? Sis kalau beli walau face mask pun, Sis baca review dulu dan juga tengok SOLD mereka, kalau memang ramai kata bagus dan memang banyak sold, maka orang puashati.. kalau tak memang Sis tak beli walau murah..

    Lagi satu, memang Aien, nak selamat benda gini beli je kedai..

    BalasPadam
  2. baca sis Lin memang lumayan review dorang semua. Yang baru nak purchased ni pun sampai ke sabah elok je.. Hurm... bila turn kita pulak buruk je Haha

    BalasPadam
  3. kamek meli TV di shopee juak, alhamdulillah ok sampei..maybe kenak time barang banyak ya..mudahan ada rezeki dapat TV bagus kelak.ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya laaa. kali kenak time sale, time MCO lagik. macam2 gaya.

      Padam
  4. sedih juga bila tengok tv pecah tu, robek hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedihnya.dari excited terus brokeN. Gituuu~

      Padam
  5. pernah beli tapi tak pernah dapat yang rosak lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huwaaaa.. kita dah dua tiga kali beli vacuum. elok jee.. tang ni mcm... hialooo

      Padam
  6. asalkan boleh refund itu tak apaaa kannnnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer. betul. asal boleh dapat duit balik tu iol okay jer. Haha

      Padam
  7. kalau beli benda yg mudah pecah dan rosak memang risau, kadang seller dah bungkus elok courier pula buat hal. nasib baik dapat refund. hopefully tv baru ni selamat sampai dengan elok ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer. lagi musim nak raya cina ni.. pkp lagi. memang semua lambakkan di pusat courier la cite diaa.

      Padam
  8. hahahaha bad luck lah aien, memang kena beli dekat kedai je lah cerita dia. Nasib baik boleh dapat balik refund walaupun seller berat hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha itu la pasal. Adik pun cakap benda yang sama..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.