Korea Drama: The Guest (2018)

Jumaat, Februari 26, 2021

 


Tajuk: The Guest /Hand: The Guest

Genre: Supernatural, Mystery, Horror, Drama 

No of Episode: 16 

Cast: Kim Dong Wook, Kim Jae Wook, Jung Eun Chae, Lee Won Jong, Park Ho San 

Sinopsis: Twenty years ago, Yoon Hwa Pyung, a young psychic born into a shaman family, learns about the powerful demon called "Son" (Guest). The demon possesses the power to control other demons and allow them to possess weak people. The possessed people then go mad, kill their families, and stab themselves in the eye. Hwa Pyung, Choi Yoon; a young boy born in a religious Catholic family, and Kang Kil Yeong; the daughter of a detective, fatefully meet when their families are killed by a demon.

Twenty years later, the demon killings started again. Hwa Pyung is now a taxi driver who uses his power to seek out possessed people in order to help them, Yoon is a Catholic priest who is talented in exorcism, and Kil Yeong is a detective who doesn't believe in ghosts. The trio meets again and tries to work together to defeat "Son".

(Source: MyDramaList)


Native Title: 손: The Guest


    My Point of View 

    Amat jarang sekali Aien nak layan cerita macam ni, tapi kali pregnancy kali ni bawak satu mood lain dalam mencari drama untuk ditonton. Eh, salahkan mood pulak. 

    Drama ni mengisahkan Hwa Pyung yang pernah kena rasuk oleh hantu Laut Timur yang digelar sebagai Park Il Do oleh orang kampungnya. Dan ketika dia dirasuk menyebabkan kematian ibu serta neneknya. Kemudian ayahnya menyalahkan Hwa Pyung yang masih budak kecil ketika itu atas kematian kedua mereka. 

    Selepas dua puluh tahun kemudian, Hwa Pyung masih mencari orang terakhir yang dirasuk oleh roh Park IL Do, iaitu Paderi Choi. Itu pun kali terakhir Hwa Pyung menjadi saksi kes pembunuhan sebuah keluarga, iaitu keluarga Paderi Choi. Yang selamta dari keluarga itu cuma adik lelaki Paderi Choi yang digantikan diselamatkan oleh seorang pengawai polis yang kebetulan lalu di kawasan itu. 

    Drama ini lebih kurang mengisahkan misi Hwa Pyung menjejak roh Park IL Do yang merasuk orang yang penuh dengan rasa kegelapan dalam hatinya kemudian membunuh orang yang tidak bersalah. 

    20 tahun kemudian selepas kes pembunuhan keluarga itu, Hwa Pyung - psikik dari keluarga pawang. Choi Yoon - adik kepada Paderi Choi , dan juga Kil Young - anak kepada pengawai polis yang menjadi mangsa malam itu bergabung dalam misteri ini. 

    Fuh, sangat tragik. Satu demi satu mereka menyelesaikan kes berkaitan dengan Park IL Do namun, sehingga episode 12 mereka masih belom ketemu di mana roh itu berada sebenarnya. 

    Melalui ramalan orang yang dirasuk, Hwa Pyung dan Paderi Choi ingat mereka semakin hampir namun kesudahannya roh Park iL Do itu bersarang bersama orang yang mereka paling rapat sekali. Sedih snagat rasa dipermainkan oleh syaitan gitu. 

    Paderi Choi Yoon pulak disumpah oleh syaitan sekiranya dia membuat amalan penghapusan syaitan buat kali ketiga dia akan mati akibat lyka tikaman yang tak tahu dari mana.

    Sudahnya, roh Park iL Do mahukan jasad Hwa Pyung yang sangat istimewa itu menjadi jasad barunya. Namun tidak semudah yang disangka. 

    Krisis berlaku di episode terakhir yang mana mereka bertiga, Hwa Pyung, Paderi Choi Yoon dan Kil Young bertarung bersama roh Park IL Do yang cukup kuat mempersendakan mereka. Atas nasihat kawan pawangnya, Hwa Pyung rela berkorban demi keselamatan semua orang. 

    Fuh, nak habiskan 16 episod tu ibarat tengok 32 episod. heavy betul, but I like it! Jalan cerita yang menarik buatkan kita tertanya apa yang berlaku pada episod seterusnya tapi kesudahannya Park iL Do masih terlepas atau sudah kembali ke tempat asalnya menjadi tanya tanda sehingga sudah. Urgh! Saiko betul cerita macam ni. hehe 

    Uolls nak tengok boleh cari di telegram ataupun tonton secara baik di Netflix. 


    13 ulasan

    1. waaa 3rd baby ka ni ?? congratulation!

      BalasPadam
    2. wah mcm best lah cerita ni. thank you share ^^ mmg tengah cari cerita baru nak tgok hihi

      BalasPadam
    3. Last time tengok horror drama is 'strangers from hell' pastu mmg stop dah.... Tan sanggup gue nak menanggung siksa keseraman hahaha. Tapiiii ada kim jae wook la pulakkk

      BalasPadam
      Balasan
      1. stranger from hell pun ada dia jugak kan? nanti nak try tengok tu hehe

        Padam
    4. Cerita mistik Korea ni kadang best jugak tengok.

      BalasPadam
    5. Sha suka gila dengan drama ini walaupun heavy..

      BalasPadam

    Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

    Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

    © kisah aienienka.