Korea Drama: True Beauty (2021)

Jumaat, Februari 05, 2021

 


Tajuk: True Beauty / The Secret of Angel 
Genre: Comedy, Youth, Romance 
No of Episode: 16 
Cast: Cha Eun Woo, Hwang In Yeop, Mun Ka Young, 
Sinopsis: 

True Beauty is a romantic comedy about a high school girl Im Ju Gyeong, who rises to pretty girl fame after she masters the art of make-up from YouTube. She turns into a goddess because of her makeup skills, but would rather die than reveal her bare face to anyone. It tells her love story with the only boy that saw her without makeup, Lee Su Ho. Lee is an attractive and handsome boy who appears cold because of his dark past but is actually very caring. They grow when they meet each other sharing their secrets and finding love with each other, but can Su Ho make Ju Gyeong find her true beauty?
Wikipedia© Mydramalist©

Adapted from the webtoon "Yeoshingangrim" by Yaongyi.


SPOILER ALERT! 


Yes! habis sudah drama ni. Saat semua orang nonton Mr. Queen aku tengok ni dulu. Well, mungkin sebab dulu pernah follow up dia punya webtoon di LiNe Webtoon, tu yang macam excited la bila dia diadaptasi jadi drama. 

Over all, drama ni mengisahkan Ju Gyeong yang menjadi mangsa pembulian di sekolah lamanya dek kerana wajah jeleknya. Kemudian dia berpindah ke sekolah baru. Dia dapat ilham untuk berubah menjadi cantik dengan mekap. 

Siapa saja tak seronok bila semua orang pandang kerana rupa? Eh, ke aku je tak suka jadi hot spot? Haha Tapi ni cerita si Ju Gyeong la kan. Akhirnya dia memiliki dua orang teman baik bernama si Soo Jin dan Soo Ah. Dan apa paling penting dia jumpa cjnta hatinya, Lee Su Ho. 

Urm.. macam tak jadi pulak nak cerita. Eh, mood ni.. 


Ping pang ping pong, Lee Su Ho pun suka dengan dia kerana rupa-rupanya Ju Gyeong ni cinta pertamanya masa kecil lagi. Dan Su Ho pun pernah tengok masa Ju Gyeong tanpa mekap. Mulanya dia tak perasan, tapi Ju Gyeong sendiri pecah rahsia. Ha Ha 

Lee Su Ho pun ada masalahnya sendiri. Apabila rakan baiknya, siapakan namanya tu.. seorang trainee di syarikat ayahnya mati bunuh diri akibat tohmahan palsu dari netizen. Kesian. Lee Su Ho tahu perkara sebenar lagi rasa serba salah. Jadi bila seorang lagi kawannya, Han Seo Jun marahkan Su Ho kerana tidak membantu rakan mereka ni, Su Ho pasrah. 

Cliche drama ni apabila Seo Jun pun terjatuh suka dengan Ju Gyeong. Tapi bagusnya Seo Jun ialah dia memilih untuk terus menjadi sahabat buat Ju Gyeong berbanding dengan  Soo Jin juga suka pada Su Ho. Apabila Soo Jin mengetahui rahsia Ju Gyeong yang sebenarnya cantik kerana mekap, digunakan itu untuk menjatuhkan Ju Gyeong. Kesian, sanggup buat kawannya sendiri macam tu. 

Sudahnya dia tak dapat juga Su Ho tu. Malahan dia sendiri dikecam oleh seluruh pelajar sekolah apabila mereka mengetahui kebenarannya. 

Moral dari drama ni: 

  • Kecantikan sebenarnya dari hati. Rupa paras itu cuma satu bonus. 
  • Luahkan apa yang tersirat di hati  sebab orang bukan tahu apa yang tak nampak. 
  • Jujur dengan diri sendiri. 

Dan apa yang penting Ju Gyeong dan Su Ho bersatu semula walau apapun rintang mereka dua hadapi. Yes! Done satu drama. Next! 


ps: Legend of Fei aku pun masih sangkut lagi. Adooo... mood..... 

2 ulasan

  1. tgh timbang balik nak tengok drama ni sebab rasa macam cerita lebih kurang dengan my id is gangnam beauty yang juga berkonsepkan kecantikan... bezanya mungkin pada plastic surgery dengan makeup...dah la pelakon pun cha eun woo jugak haih. webtoon dia pnya penah la baca sekejap lepastu malas hahahaha... but then, akan try tengok jugak kot. tengoklah macam mana hehe

    BalasPadam
  2. Sha tengok separuh je drama ini.. nanti sambung.. hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.