Hi~ Assalamualaikum w.b.t

Happy Sunday warga blogger sekalian. Hujung minggu macam ni tak ada apa sangat nak buat bila Tuan Izwan pergi kerja. So, settle-kan hal rumah, jaga Nyonya Nayla tu je. Ada masa free bila Nyonya Nayla tidur, kita update blog. Yeah~ 

Tapi, masa Aien taip ni.. Nyonya Nayla sibuk jerit-jerit nak tidur, dah settle semua pun masih tak nak tidur, kita biarkan dia main dengan kaki dia dulu. Haha 

Hari ni, Google Photo hantar notification pada Aien suruh ingat what is happening this day last year. Haa~ teringat la jugak. Kenangan pahit MIL Aien dikejar monyet. Baru mengimbau semalam dengan mak cik a.k.a adik ipar MIL. Rupanya dah setahun berlalu. Pejam celik je kan. 


Masa pergi ni petang lepas balik dari jemputan kawan MIL kot kalau tak silap. MIL kata lama dah dia tak pegi sini, ajak la Tuan Izwan ke mari. Sambil tu, Aien pun nak jugak mengimbau kenangan first jejak kaki ke Tanah Johor ni. Tanjung Piai ni antara tempat² yang Tuan Izwan bawak. Adeh~ memang kenangan sungguh sebabnya dulu datang sebagai kenalan lama yang baru jumpa, sekarang datang sebagai isteri. *shy face* 

Balik dari sini la kononnya nak rehat kejap selepas seharian berjalan, Tuan Izwan ajak balik rumah mak dia.. adeh~ sungguh tak sangka betol la kan. Kenangan kenangan.. 
Bila dah berjalan seronok la kan. Masa Aien ngandung suka sangat kalau Tuan Izwan ajak jalan. Fuh~ rasa dia mengajak p honeymoon je. Aceh~ 

Itu la namanya perempuan. Bila suami ajak jalan, bahagianya sampai langit ke tujuh. Orang kata, gembirakan isteri, maka home sweet home la anda. Iye ke? 


Tiket masuk Tg. Piai ni untuk dewasa RM3/person untuk kanak-kanak pulak RM1.50. Tapi tak tahu la tahun ni naik ke tak harga tiket dia. Tg. Piai ni sebenarnya macam hutan paya bakau gitu. Tempatnya sesuai kalau buat anda yang suka nak beriadah petang jalan-jalan sambil kuruskan badan dan jugak tengok pemandangan. But, Malaysian people always like free place. Haha 


Di Tg. Piai ni kena hati-hati la yer. Tertera di pintu masuk amaran keras jangan bawak apa-apa bentuk dan jenis makanan ke dalam kerana ia membahayakan nyawa dan jiwa anda. Masa kami masuk, alhamdulillah tak ada apa jua rintangan la. Takut juga kalau-kalau ada 'penjaga' yang sibuk perhatikan beg kita. Kalau boleh botol air mineral pun jangan. Sebab mereka ni agak agresif bila katanya 'makanan'. 


Berpeluh juga nak berjalan ni. Lagi-lagi masa Aien pergi ni dah berbadan dua. Adooo~ kejap² nak duduk. Nasib Tuan Izwan sudi bawakkan beg tangan. Terima kasih ya~ 



Haa, nampak tak perubahan langit tu.. Masya Allah masa ni takjub sangat. Nampak sana gelap, sini cerah lagi. Hujung sana macam dah ribut je, kita sini elok je.  Subhana Allah .. 


Ini la sebenarnya tarikan Tg. Piai ni sebab dia ada globe Penghujung Benua Asia ni. Masa pergi berdua dengan Tuan Izwan kawasan globe ni di tutup sebab masa dalam pembaikian selepas ribut air pasang. Alhamdulillah kali kedua pergi, dapat la jugak ke globe ni. 

Nampak sangat perubahan dalam masa setahun dua selepas ke sini. Banyak sebenarnya dah berubah. Tuan Izwan pun ada cakap, kalau ikutkan route perjalanan dia tak ada jauh sangat, tapi sebabnya asyik reput je kayu dia, maka pihak pengurusan pun buat route baru dengan menggunakan simen. So, gais yang suka nak jalan-jalan tengok pemandangan dan salah satu tarikan bila anda ke Johor, jangan la lupa singgah sini. Kalau datang musim air pasang, yang mana Aien belum kesempatan lagi nak pergi, dengar cerita air laut boleh sampai ke pintu masuk Tg. Piai ni. Which means, jauh tau. Haa~ kakak angkat dua kali dah mengajak masa air pasang. Well, tak ada rezeki lagi. Biasa awal tahun gitu ada la seminggu tempoh dia. Cuma tahap air pasangnya berbeza. Adeh~ seronok jugak tu kalau dapat pergi masa tu. 

Korang pernah pergi tak sini? Kalau belom jemput la singgah jalan-jalan yer. Tak lama cuti sekolah kan. Bawak la family pusing-pusing sini pun okay. Sambil jalan sambil kuruskan badan. Eh~ gurau je. Hehe

Till I write again. 






6 Ulasan

  1. Zumal tak pernah lagi ke tg piai, rasa teringin nak pergi walau sekadar sekali

    BalasPadam
  2. wuuuu ada orang mengimbau kenangan lalu....<3

    BalasPadam
  3. SubhanaAllah.. gambar perbezaan cuaca tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Subhana Allah Masya Allah cantek dan gerun pun ada.. :)

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.