Hi~ Assalamualaikum

Dua hari menghilang, keserabutan masih tak tergendala bila Nyonya Nayla start makan. Ibu pun konfius plus excited nak kasi dia makan. Either be lurus bendul ikut FB, atau kasi je dia makan apa-apa melainkan benda keras. Aduh~ anak. Ibu serabut!! 

Dalam serabut tu, cuci otak jap dengan layan drama. Dah lama sebenarnya cerita ni habis, Aien je baru nak tengok. Hee~ macam best sebab Hero kesayangan berlakon. Layan je laa.. 


Title: My Secret Terius / Terius Behind Me
Region: South Korea
Episode : 32 (30 minute per episode) 
Genre: Friendship, Family, Comedy, Action
Actor/Actress: So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi
Sinopsis: Go Ae Rin baru sahaja kehilangan suaminya. Seorang lelaki misteri, Kim Bon menghuni sebelah rumah. Dia rupanya seorang perisi legenda. Kim Bon membantu Go Ae Rin menyelesaikan konspirasi yang mendiang suaminya terlibat tanpa sengaja. 

**********-----------**********

REVIEW Aien:: 

As usual cerita yang dilakonkan oleh So Ji Sub tak pernah menghampakan. Mula-mula ingatkan banyak action je, rupanya dia lebih kepada family dan kawan. Aksi tu kurang sikit la. But, still not bad. Go Ae Rin dalam diam dia terlibat dengan konspirasi yang membunuh suami dia. Kim Bon pun senyap-senyap tolong dia. Yang bestnya persatuan kediaman King Castle ni yang banyak menyokong dan membantu Go Ae Rin secara tak langsung. Ahjumma yang nampak biasa je suka tanya banyak-banyak, dalam masa yang sama dorang korek rahsia dan berkongsi maklumat. Jangan main-main dengan Ahjumma ni. 

Over all, cerita ni biasa-biasa je la. Aien pun sekadar tengok sebab So Ji Sub. Tak ada la boring sangat. Ending dia, Go Ae Rin tahu boss dia bunuh suami dia, tapi sebenarnya boss dia pun di-kambing hitam-kan oleh orang ternama yang terlibat dalam konspirasi senjata api dan rasuah. Haa~ pusing-pusing end up Go Ae Rin ni sebenarnya yang membongkar sendiri perisik-perisik yang ada di sekeliling dia dengan bantuan King Castle Information System a.k.a KiS. Terbaik kalo Ahjumma bawang kita pun gini laa. Senyap-senyap ubi berisi. haha 




6 Ulasan

  1. best cerita nie.. so ji sub hensom dr dulu sampai sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? banyak dah cerita dia Aien dah tengok.. :)

      Padam
  2. i dont mind as long as it's so ji sub. kyaaa~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahjusshi yang ensem~ undeniable beauty.. *.*

      Padam
  3. Haha. Same reason as me! Tengok drama ni dan tengok sampai habis sebab So Ji Sub! Dramanya biasa2 je tapi budak kecil dua orang tu comel sangat 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, Joon-Joon tu adorable sangat and gaya So Ji Sub layan tu.. Adoo~ kena ada setiap rumah ni. haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.