Chinese Drama: Meet Yourself (2023) Review

Jumaat, Jun 02, 2023


 

Chinese drama: Meet Yourself 

Lakonan Li Xian dan Liu Yifei memang santai dan drama ni sangat bermanfaat untuk jadi pedoman. 


Jika korang pernah tonton Go Go Squid , dalam tu Li Xia  sangat serius orangnya tapi dalam drama kali ni, beliau bawak watak yang dangat happy go lucky dan disenangi oleh semua warga kampung. Manakala untuk pelakon wanita utama ini kali pertama melihat beliau berlakon rasa, dan jika dikenalpasti, Liu Yifei ni pernah membawa watak Mulan. Wow kan? Haa, bila diperiksa semula profile dia, Aien pernah tengok lakonan Liu Yifei bersama Kris Wu dalam movie bertajuk, Never Gone. 
.


Sinopsis Meet Yourself Chinese Drama 

Xu Hongdou, seorang pengawai di sebuah hotel terkenal di Beijing, mula mencari makna kehidupannya apabila kematian teman baiknya Chen Nanxing di perkampungan luar bandar. 
.

Ringkas sinopsis yang diberikan di mana-mana laman web yang ada. Namun, drama sepanjang 40 episod ini sangat meninggalkan kesan pada Aien. Deep inside, willing to find something meaning in our life. HongDou selama ini selalu bekerja sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri mula mencari rakan baru dan memahami purpose of her life. 
.

Quite sad, more to healing drama, I rekomen pada sesiapa yang rasa down. Dengan keindahan Kampuang YunMao yang terletak di Yunnan, Selatan Mainland China memang semulajadi persekitarannya. 
.

Xie ZhiYao, seorang anak kampung itu berjaya di bandar Beijing pula ke kampung semula untuk membangun kampung YunMao agar kekal dengan tradisional China. Berkisarkan bidang perniagaan, perhotelan dan perlancongan skop drama ni agak meluas juga disamping menerapkan semangat kekeluargaan, persahabatan dan sedikit romantik. 
.

Review Meet Yourself. 



Xu HongDou mula tiba di kampung YunMao, menetap di Youfeng Yard selama 3 bulan untuk pulihkan semangat beliau selepas kehilangan Chen Nanxing. Setiap apa yang dilakukan dia rekod dan catit untuk photo story. Mula pun dah sedih. Tapi, dengan watak Xie ZhiYao yang hanppy go lucky menjadikan cerita ni sangat hidup dengan watak sampingan yang lain. Even nenek Xie Zhiyao paling happy dan bermakna. Paling supportive, paling orang kata watak kecil tapi beri impak yang besar. Walaupun kadang rasa, apa guna watak En.Hu sebagai salah seorang penyewa di Youfeng Yard — seorang penyanyi tapi hidupnya agak tanpa hala tuju.

Awal-awal lagi dah senyum tengok how much Xie Zhiyao ni suka curi pandang pada Xu Hongdou dan bila dia tau gadis ni seorang manager dalam bidang perhotelan specialist front desk management, dia rasa nak simpan Hongdou untuk kepentingan dia sendiri. Erti kata lain, ZhiYao suka Hongdou. Satu kampung tahu, hahaha sampai bergosip satu kampung pun mereka masih menidakkan. 
.

Hongdou tak perlu lafazkan 'Wo Ai Ni' pada Zhiyao untuk mengatakan betapa dia cintakan lelaki itu, dari segi tingkahlakunya, support moral setiap jali Zhiyao rasa down dengan masalah kampung, dan kemajuan kampung tu, HongDou selalu ada. They sharing each other soul and problem. 
.

Suka sangat! Habis Aien google bandar Yunnan tu dan rasa macam nak pergi sebab sejak tahun 2023 ni, banyak jugak drama yang sedia menaikkan bandar tu. Quite estetik dan tenang. Cuma jika ke sana, masyarakat Yunnan berbahasa mandarin tapi dalam dialek mereka. sukar juga untuk difahami. 
.

Over all banyak la jugak life quotes boleh diambil dari drama ni. walaupun ending dia macam, ehh dah habis ke? 40 episod rasa macam tak cukup untuk tahu perkembangan Zhiyao dan Hongdou serta friendship antara penyewa Youfeng Yard serta penduduk kampung Yunmao. Serius best! 
.

Drama healing yang kedua Aien rasa best selain Go Ahead tu. Karakter Hongdou yang dibawa oleh Liu Yifei sangat meninggalkan kesan. 
.


Malas nak  puji lebih-lebih korang cuba tengok sendiri. tengok je dulu 10 episod, pahtu datang sini, komen post Aien ni k. Selamat menonton. 

2 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤