Chinese Drama: Back from the Brink (2023)

Isnin, Jun 26, 2023


 

Chinese Drama: Back from the Brink (2023) 


Mengisahkan tentang seekor naga milenium lagenda yang dibunuh oleh kekasih hatinya di altar. 20 tahun kemudian, kehadiran Yanhui membawa harapan pada Tianyao dan menggunakan Yanhui untuk mendapat semula sisa tubuhnya yang lain. Namun, setiap perjalanan mereka membawa Tianyao dan Yanhui ke lembah percintaan. 



Lakonan Neo Hou dan Zhou Ye boleh dikatakan pelakon baru dalam industri drama China ni, best la jugak drama Fantasi Wuxia ni kan  
.


Sinopsis Panjang Back from The Brink 



Tian Yao seekor naga Milenium yang dianggap jahat oleh dunia pertapaan padahal dia dibunuh oleh kekasih hati pada hari perkahwinan mereka dan tubuhnya di-seal pada beberapa tempat. 

Su Ying membunuh Tian Yao kerana mahukan sisik naga dan hati naga untuk kembalikan kesihatan kekasihnya. Dia sanggup betray Tian Yao dengan kerjasama syaitan durjana yang mengambil peluang menghapuskan Naga Milenia itu untuk menguasai dunia. 
.

Kehadiran Yan Hui yang mempunyai masalah hagi secara tidak langsung memperolehi hati naga tersebut. Apabila Tian Yao mengetahui rahsia itu, dia mengunakan Yan Hui bagi membantu mengumpul semua sisa tubuhnya yang disembunyikan oleh Su Ying. 
.

Seiring dengan masa, Yan Hui pulak jatuh cinta dengan Tian Yao manakala Tian Yao cuba menidakan kata hatinya kerana baginya jatuh cinta adalah satu dosa. 

Tetiba perjalanan Tian Yao dan Yan Hui diiringi oleh seorang pengamal ilmu gelap dari Shadow Clan, Bai Xiao Cheng yang cuba mencari pasangan spirit dan Tao untuk mendapatkan kitab ilmu gelap. 
.

Drama ini adalah adaptasi daripada Hu Xin karya Jiu Lu Fei Xiang. 


Review Back From the Brink 




Walaupun pelakon utamanya terdiri daripada pelakon baru bagi aku, okay jugak selagi lakonan mereka tak kaku. Boleh la lakonan Neo Hou yang menjadi kegilaan chinese drama fans sekarang. Masih ramai belum move on lagi  dragon comel ni. 
.

Cerita yang kurang aksi, lebih romantik dan kepada perjalanan Tian Yao dan Yan Hui dalam mendapat semula sisa tubuh Tian Yao di  samping salah faham antara Su Ying dan Tian Yao. 
 .

Macam, motif sangat ko bunuh naga untuk sisik dia tapi kau canang seluruh dunia bahawa naga tu jahat. Aiguuu..  Dalam drama begini, tak semestinya yang baik itu baik dan yang jahat itu jahat. Aahhh, gituu. 
.

Pahtu aku layan drama ni sebab suka karakter Riley Wang selaku Bai Xiao Cheng seorang spirit Shadow Clan yang dijadikan korban kepada Dark Phantom kerana keistimewaan bayang-bayangnya. 
.

Walaupun lama dia jadi hamba Dark Phantom, sesungguhnya dia langsung tak ada niat jahat. Mula-mula geram jugak sebab dia asyik bunuh pasangan Tao dan Spirit yang tak percaya cinta. Ehh, tak adaa trust fund gituu. Rupanya dia nak dapatkan buku untuk Dark Phantom supaya tiada siapa boleh lawan dia. 
 

Beberapa nama tempat biasa dengar dalam drama Fantasy ni Qingqiu tempat serigala berekor 9 buat aku rindu dengan drama Dilraba Dilmurat dulu-dulu pulak. 


Watamk Yan Hui boleh sangat easy going dan senang la jugak, dia bawak karakter yang sesuai dengan diri dia yang dikatakan pernah memenangi anugerah pelakon baru terbaik tu. Semoga Zhou Ye terus maju! Chiayok! Next drama aku pun tak tau nak tengok apa dah. Haha 
.

Currently pending; 
Dr.Cha 
The Good Bad Mother 
Hidden Love 
Skip A Beat 
Lie To Love 
The Last Princess 
dan banyak lagi.  Ko jangan tanya aku mood tengah tak ada. haha 

2 ulasan

  1. dah lama tak tengok cerita cina. dulu masa remaja wajib tunggu depan tv pukul 6 - 7 ptg

    BalasPadam
  2. macam best je cerita ni. saya suka cerita fantasi2 ni, cerita terbang2 hehee

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤