Chinese Drama: The Starry Love (2023)

Isnin, Jun 19, 2023

 

Chinese Drama: The Starry Love (2023) 

Kisahnya terlalu di tiktok sorotan drama ni, macam best. Tapi macam pernah tengok. Sekali tengok di tiktok sendiri dah pernah post. Cari review di blog, ehhh.. ndak ada ni.. 
.

Maka di sini kita menulis review jika masih ingat lagi ni di kepala.  Rasa lepas raya hari tu dok tonton drama ni. Pelakon utama lelaki tu dalam drama Goodbye My Princess one of verstyle actor bagi I sebab before tengok dia macam watak serious. But in this drama dia bawak tiga character yang berbeza. Jom baca sinopsis. 

Sinopsis The Starry Love 

Mengisahkan tentang permaisuri melahirkan dua kembar perempuan. Tapi mengikut adat diraja mereka, yang kemudian keluar itu bawak bala. dan disebabkan perjanjian tribe mereka sulong yang berwatak lemah lembut dan baik hati dikahwinkan kepada Heaven Prince manakala si adik nakal serta penuh tipu helah dikahwinkan kepada Demon Prince. 

Tiba hari perkahwinan, pengantin boleh bertukar tandu ( kereta) mereka. Dan bermula kisah romantis dan lawak mereka. 

Drama ini adaptasi novel 'Xing Lou Ning Cheng Tang'  oleh Yi Dung Jun Hua. 

As usual, drama Wuxia dan Fantasy tak pernah kurang daripada 40 episod. 
.




Review The Starry Love 

Awal-awal drama lagi dah sakit hati bila ayahnya double standard anak daranya. Nasib si kakak Li Guang Qing Kui, seorang yang baik hati. Sentiasa pujuk adik dia. Bayangkan satu istana outcadted dia. Nak belajar pun tak boleh. Jadi dia berangan one day dia nak jadi macam kakak dia. 
 

Li Guang Ye Tan seorang yang nakal dan banyak akal. Ada aje la idea dia nak perdajalkan orang. Tapi sebenarnya dia jadi begitu kerana keadaan sekeliling dia memaksa dia menjadi kuat. Disebabkan dia dah biasa seorang, jadi ada demon yang datang menjadi kawan dia. 
.

Bila hari perkahwinan tu, kerana satu kes dia ternampak putera ketiga demon cuba nak bunuh abang dia sendiri kerana kuasa, Ye Tan ditukar ganti ke tandu kakaknya. Chao Feng (putera ketiga demon) ingat dia boleh gula-gulakan si Qing Kui. Tapi, terjatuh hati pulak. 
.

Lawak-lawak santai aje drama ni disamping sedikit huru hara sana sini tentang kuasa antara Heaven dan Demon. A macam biasa la tu kan. Plot biasa-biasa je. Nasib setiap karakter dilakonkan tu tak ada la plastik dan over sangat seperti sesetengah wuxia drama. Atleast setiap mereka membawa watak dengan baik sekali. 
.

Sebab dah lama tengok dan ada part dah let go, Over all drama ni relax-relax aje pasal cinta pasal kesetiaan dan persahabatan. Susah macamana mereka tetap bersama. Yang sedih kawan Ye Tan dari kecik, Spirit Burung mati dek kerana nak menyelamatkan Ye Tan. 
.

Aku rasa macam pernah la taip review ni. Kenapa dia tak keluar kat blog? Kejap nanti la cari balik. Haa, rupanya Ye Tan dan Qing Kui ada dua bunga yang digeruni oleh Heaven Realm kononnya bakal membawa kemusnahan. Padahal pokok mereka inilah wujud untuk meneturalkan kejahatan. Dan dunia pun aman. The End - 
.

Gambar dan video kredit pada mereka google dan youtube. 🤭🤭 

ps: Done cari post, memang belom review. Maap ler. 


Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤