Chinese Drama: Here We Meet Again (2023) Review

Isnin, Jun 12, 2023

 



Chinese Drama: Here We Meet Again (2023) 

Randomly jumpa drama ni atas suggestion team C-drama Fans. Lepas tonton Chen Nanxing a.k.a Janice Wu mati dalam Meet Yourself rupanya diri dia sibuk mencari cintanya kembali dalam drama di WeTV. 

Drama sepanjang  32 episod berkisarkan friendship, comedy dan romance sesuai ditonton secara santai bagi mereka yang meminati bidang saind computer. 

Lakonan Janice Wu dan Vin Zhang sangat la menimbulkan 'kontroversi' di kalangam peminat drama China pasal hot hot gitu. Tapi ia tidak la seperti yang anda sangkakan. Sweet, romance tapi persahabatan paling ditekankan dalam drama ni. Selain daripada itu juga, long lost childhood sweetheart juga boleh la untuk drama ni. Jom baca sinopsis dia. 

Sinopsis Here We Meet Again 



Here we meet again mengisahkan tentang seorang cucu daripada sebuah syarikat besar, Donghe Group diberikan tugasan untuk menyelamatkan branch mereka di Xi'an dari ditutup. Di sana, Xiang Yuan bertemu crush sewaktu sekolah menengah, Xu Yanshi. 


Berbalik di alam persekolahan, Xiang Yuan mengejar cinta Yanshi tanpa segan dan diketahui seisi sekolah. Namun bertemu di alam dewasa, Xiang Yuan cuba menyelamatkan syarikat manakala Yanshi tenggelam dalam masalah syarikat yang terlalu banyak. 


Kerana selalu diperlekehkan Xu Yanshi tetap dengan cita-citanya untuk menjadi navigator engineer. Manakala Xiang Yuan dalam menyelesaikan masalah Welin beliau banyak belajar menyelesaikan masalah tanpa hubungan keistimewaan. Kedua mereka bersama dalam mengejar impian masing-masing dalam mengekalkan perhubungan yang lama terputus. 


Drama ini adaptasi dari novel 'Here We Meet Again' oleh penulis Er Dong Tu Zi 


Review Here We Meet Again 

Mula-mula pesimis jugam drama bila tipikal mac ni, tapi belajar sesuatu dari drama tentang navigasi. Quite challenging antara GPS daripada Amerika Syarikat dan Beidou Navigation hasil dari China sendiri. 

Secara logik kita boleh tengok betapa USA dan China berlumba-lumba dalam menghasilkan sesuatu yang boleh dipakai oleh seisi bumi. Namun, sesama mereka bersaing adakala secara sihat atau sebaliknya. 

Untuk drama ni, satu perkara baru la Aien belajar tentang navigasi iaitu GPS yang sekarang menjadi tunjang utama buat semua pengguna kenderaan. Bagi Xu Yanshi, dia seorang cerdik pandai dalam menguruskan kehidupannya di sebalik dibuang keluarga, dan menghadapi pelbagai kesulitan dalam menjadi seorang yang berjaya. Dia terlalu banyak berkorban demi kawan-kawan, sehingga semua orang sanggup membantunya di kala dia di puncak kerjayanya. 
.

Sikap Yanshi sangat tenang dan sabar walau dikutuk kerna latar belakang. Berbeza sekali dengan karakter Xiang Yuan yang open dalam meluahkan segala tindak tanduknya. 
.

Selain pekerjaan mereka, drama Here We Meet Again ini adalah sebuah perjalanan percintaan mereka berdua yang telah bertemu ketika kecil dan terpisah kerana waktu. Apabila bertemu semula, Yanshi tidak ragu-ragu lagi untuk teruskan perjuangannya menjadi seorang yang lebih berjaya dalam bidang navigasi.
.

Keyword drama Here We Meet Again ni - ingatkan Xiang Yuan yang telah berusaha habis nak menjadikan Xu Yanshi ni cinta dia, rupanya sejak dari kecil Yanshi always look forward untuk bertemu dengan Xiang Yuan tanpa mengetahui latar belakang wanita tersebut. 


Over all, drama ni tak ada la berat sangat cuma jika korang bukan peminat timeline yang agak meleret dan penghujung sangat rushing. senang kata drama melewe gini usah la tengok. 
.

Seperti kebanyakan peminat drama china, Aien jugs menonton drama ni kerana Vin Zhang sangat comel dalam drama Here We Meet Again ni berbanding dalam drama sebelumnya. 
.

Nanti kita cuba marathon drama lakonan Vin Zhang ni tau. Janice Wu pun tak kurang hebatnya. 
.





Okayy dah boleh habiskan drama lain. Hehe 


Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤