Pengalaman buat buku pink musim PKP

Isnin, Januari 18, 2021


Sehari dua tinggal menulis kat sini, rasa macam lama sangat menulis. Ceritanya Alhamdulillah selepas keguguran bulan 7 hari tu kali ni ada lagi rupanya. Macam segan pulak nak cerita tapi tu. Rezeki PKP. Jangan zalim kat anak. Masih ingat kata-kata tu. Kali ni lagi best, misi siap kata kalo awak capai target awak tapi awak tak panjang umur, haa kesian anak-anak awak orang lain jaga.

adesss~ tadah telinga je la. Biasa orang tak suka kita beranak rapat. Risiko pada kita dan anak. Para doktor dan misi risau badan kita tak mampu nak hold setiap proses tu. Bagi Aien Yes, my target ever since nak anak is sebelum 35 tahun paling tidak ada 4 orang. iaitu dua pasang setiap mereka. Kira habis 35 tahun tu, pandai-pandai rancang amek implan ke, amek pil ke. Jangan kata rancang sendiri sudah. Zaman la ni dah la depresi makin berleluasa. Hari tu baca kisah Sis Lin JDT Blogger pasal implan berminat pulak Aien. 


Back to our story pengalaman Aien bukak buku pink masa musim PKP 2.0. Ikutkan semua orang takut baby PKP. Haha Lagi musim penyakit tak nampak, ibu hamil di kalangan golongan yang berisiko tinggi. Jadi, jika anda tak yakin. usah la dulu yaa. 

Bila musim PKP ni jugak, cara nak buat appointment pun dah berbeza dari musim biasa. 


Baca sini juga: Step buka buku pink kali kedua


Cara-cara begini dan begitu mudah sekali. Sekiranya korang tak dapat telefon pihak Klinik Kesihatan terdekat korang, korang boleh tempah temu janji di web tempahan temujanji negeri korang. Contoh sekiranya korang duduk dj Johor, boleh tempah di http://jknjohor.moh.gov.my/bmv/ Cari slot temujanji KP/KK

Situ isi la segala maklumat korang tapi sebelum tu, pilih klinik kesihatan terdekat korang . Bila dah siap semua, boleh la screen shot sebagai bukti pada hari kejadian. 

Contoh seperti berikut: 


Haaa, gitu.. Nanti hari kejadian jangan lupa pulak tunjuk dengan kaunter pendaftaran. 

Setelah itu, jangan lupa pulak benda penting yang para misi akan minta diselitkan dalam buku pink kita. iaitu; 

  1. Salinan Sijil Nikah 
  2. Salinan Kad Pengenalan Diri 
  3. Salinan Kad pengenalan suami
  4. bil air/letrik ( yg ni cuma untuk confirmation alamat) 
  5. Buku pink terdahulu yang paling latest

Standby RM2 untuk pembalut plastik di buku pink. Hehe Kemudian layan la prosedur seperti biasa. 

Tapi kali ni kena jawab soalan kesihatan mental juga dah. Fuh, nanti dorang akan suruh kita scan QR code dan jawab soalan dalam laman sesawang tu. Selesai, screen shot untuk tunjukkan kepada mereka berkenaan. Tapi tak ada pulak misi dalam bilik tanya pasal ni. Hoho sibuk marah ibu pasal mati. 

Padahal masa check-up si Najmi, bila dia tengok baby kecik misi boleh je gurau, nak adik ke. Minta mama.. 🙃 Tak faham tak faham.. 

Tu je laa rutin untuk tempah slot buka buku pink. Tak susah pun. Jangan susahkan benda yang senang. 

Bila patut buka buku pink? 
  • Sekiranya korang ada sejarah mengandung yang kronik, mohon la bukak sekitar 12-14 minggu. 
Macam Aien relax. Haha Takut kena marah. buka sekitar 16 minggu. hoho late booking dah tu. Pahtu siap la kena bebel kenapa tak scan dulu kat luar la apa laaa. Hurm. I wonder kalo misi ni sendiri yang beranak rapat, yang bukak buku sendiri. Hailoooo, bias kan? 

Sempat lagi tu membebel. Haha Apa yang juga membuatkan Aien sengaja biar blog bersawang sekejap juga sebab mengalami morning sickness yang agak teruk laa. Sebab Aien seorang yang senang makan, sikit nak makan. Bila kena morning sickness even air masak pun milih. Geram je. Thanks for Tuan Izwan sudi pasang demi isteri dan anaknya. Ha ha 

Makan usah kira. apatah lagi memasak. Nahan je la diri bila bau ayam goreng, ikan goreng. Bawang ditumis. Wek wek betul. Bila dah masak tu. Sekiranya kuat bau bawang tu atau bau minyak tu. Konfem xtertelan punya. Rela makan megi. Eh.. Jangan banyak makan megi. Nanti anak alergik sebab banyak kena bahan perasa. Eh, kaitan. Mitos ni! 

Hentam lagi 2 biji tembikai tiap minggu. Sampai dah muak. Ni dah masuk trimester kedua agak kurang tapi masih ada lagi rasa tu . 

Panjang pulak cerita pengalaman buka buku pink je ni. Summary nya adalah: 

  • tempah slot temu janji di JKN Johor. 
  • Jangan lupa semua salinan 
  • Sediakan jawapan munasabah. Haha 
  • Amek darah untuk cek HIV  
  • Rutin air kencing / Hb / tekanan darah 
  • Kemudian dengar degupan jantung baby 
  • Jika ada cek gigi bagus jugak. 
  • Set for next appointment. 
Kali ni tak best sebab Aien kena minum air gula. 2 kali mengandung tak kena walau usia dah 25 tahun ke atas. Kali ni alasan faktor umur. Hoho Nasib la labu. Demi mu anak. 

Sekian cerita pengalaman ketiga Aien. Doakan Aien supaya baik-baik saja untuk kali ni. Fuh, seram seram pun tak reti serik. Hampeh kan? 

24 ulasan

  1. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Semoga dipermudahkan segalanya.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan akak seharian.. :)

    BalasPadam
  4. Wah anak ketiga dah!! Tahniah tahniah..

    Thanks sharing pasal ni. Boleh jadi rujukan masa akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Fast and furious. bfore 35. Kah! Hehhe

      Padam
  5. congrats babe!! happy for you :)
    nanti bila i dah kwen i dtg baca balik cara2 buat buku merah ni
    now baca buat sedih ja hahah but i am happy for you

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Sorry .. In shaa Allah moga 2021 u bakal jumpa jodoh. :)

      Padam
  6. Alhamdulillah..Happy for you Aien and family. Rezeki dapat baby lagi. Take care Aien dan semoga dipermudahkan segala urusan. aaminn

    BalasPadam
  7. Seriouslah Aien umur 25 thun? Congratsss tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana 25??? hahaha sebelum 35 target usia nak pencen. Skrg baru diambang 30-an. Haha

      Padam
  8. Tahniah dengan dirik. Bait² jaga dirik.

    BalasPadam
  9. Tahniah Aien.. moga dipermudahkan segala urusannya...

    BalasPadam
  10. semoga dipermudahkan kehamilan aien kali ni amin

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Tahniah Aien..
    Sha doakan semoga Aien dan kandungan sihat serta dipermudahkan perjalanan mengandung Aien.. Memang lain dulu dan sekarang kan Aien.. pengalaman..

    BalasPadam
  12. alhamdulillah, rezeki ya..tahniah fysah..

    BalasPadam
  13. wah terima kasih atas info. jemput ke laman web
    Buku Pink

    BalasPadam
  14. Di buku pink, nurse tulis x "late booking".. sy baru masuk minggu ke 12, kol klinik utk buat temujanji, takdan apa2 dah bebel cakap lambat, sebab dah nak masuk minggu 12.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada pulak. Haha Cuma kena bebel je laa. hahaha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤