English Movie: Outside the Wire (2021)

Jumaat, Januari 22, 2021

 


Tajuk: Outside The Wire 

Genre: Action, Sci-Fi

Durasi: 1 jam 54 minit

Pelakon: Anthony Mackie, Emily Beecham, Kristina Tonteri - Young, Bobby Lockwood

Sinopsis: Mengisahkan seorang pemandu drone disatukan dengan pengawai android untuk menyiasat alat hari kemusnahan di sebuah lokasi yang tidak boleh dijejaki oleh para tentera. 


Spoiler Alert! 


Falcon!! First biar Aien jerit dulu. Actually encik laki yang nengok movie ni . Kita tumpang la sekaki. soalan pertama semestinya, Dia ni bukan berlakon dalam Marvel yang jadi Falcon? Ke.. Apa tu.. Encik laki kata iye. Maka nonton ler laki bini. 

Leftenan Thomas Harp masih tak faham kenapa dia kena satu misi dengan Captain Leo ni ke tempat yang dia sendiri tak pernah jejak.

Al-maklum dirinya cuma pemandu drone je. Buat kerja berdasarkan skrin semata. Tetuba kena keluar padang untuk mencari alat nuklear yang direbutkan oleh pihak AS dan Russia. 

Konflik bermula bila Leo dan Harp bertemu dengan Jeneral Viktor Koval punya tentera yang cuba menghalang perjalanan mereka. I was tak faham sangat pada mulanya. Kenapa dorang macam berasingan dengan tentera yang lain. Rupa-rupanya dorang ada misi tersendiri. 

Leo bawak Harp ke tempat yang dikatakan sumber risikannya, bertemu dengan Soffiya. Berjumpa dengan Soffiya membuka perspektif baru pada Harp. 

Bila Leo dan Harp perolehi kod rahsia untuk senjata nuklear tersebut, tetiba Leo berpaling tadah daripada Harp. Siap berpesan pada Harp supaya pulang saja. Namun, Harp ditangkap oleh orang-orang Soffiya.

Di situ Soffiya memberitahu hal sebenarnya tujuan Leo mencari kod rahsia itu. Rupa-rupanya senjata nuklear itu bukan la untuk serang russia, akan tetapi menyerang AS kembali. 

Asal tujuan Leo supaya dia dapat membunuh pencipta dirinya yang cuba untuk menghancurkan dunia dengan peperangan. sekaligus melenyapkan semua rakan seperjuangannya. Namun, bagi Harp itu adalah mustahil. Ada lagi jalan perdamaian lain. 

Sudahnya Leo mati di samping boom nuklear tu sendiri setelah dapat ditangkap oleh Harp. Dan boom itu berjaya dihentikan dengan tembakan drone. 

The end. 


12 ulasan

  1. alamak plot twist sbb nak serang negara sendiri sebenarnya kan ?

    BalasPadam
  2. Oh! xpernah shida tgk lagi movie ni aini..

    BalasPadam
  3. jalan cerita dia macam movie i-robot lakonan will smith tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin jugak. sebab Aien tak tengok lagi cita tu. :)

      Padam
  4. ri ya housemate kamek nanggar cita tok, kamek numpang sekali..tapi sik fokus benar2 kerna sambil molah kerja rumah..ujung2 sik abis nanggar..kelak repeat eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha boleh jak repeat tok.. ceritanya pun sik da heavy gilak. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.