Cerita kita 2020

Rabu, Januari 06, 2021


 Hai hai Hai, Lama benaran aku ni bertapa. Dari tahun lepas sehingga tahun ni masih belom datang seru lagi.  Wahai mood menulis, datang la dikau. 

Apa kabar semuanya? Di musim sejuk plus ada sesetengah kawasan dilanda musibah, moga kalian baik-baik saja dan diberikan ketabahan hati dalam mengharungi musibah di awal tahun ni. 

Sebut pasal musibah, 2020 merupakan tough year buat semua apabila bumi dilanda pandemik. Semuanya tergendala. Bestnya anak-anak dapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa. Dalam bencana yang melanda  ada hikmah di sebalik semuanya. 

Oleh itu, cerita kita bagi tahun 2020 is nothing gais. Sebab tu aku pun rasa macam tergendala la idea nak cerita apa. 

Macam-macam perancangan di buat pada penghujung tahun 2019 lepas dengan harapan 2020 membawa wawasan yang seperti diangankan. Sayang seribu kali sayang.. Semuanya tinggal kenangan. 

Maka 2021 datang, suramnya tanpa sebarang perancangan dalam jangka masa panjang untuk kami. Mengharapkan semuanya baik semula dan kemudian baru diatur. Jika tidak, di sini la lagi. 

Untung si Najmi, membesar dia dalam setahun ini tanpa dibawa ke mana-mana. Paling tidak ke pantai rumah mak cik saja. Kesian sungguh. 

Tak apa dik, nanti kita tengok tahun ni macamana ya. Nasib juga tiada lagi anak-anak yang bakal atau sudah bersekolah. Satu lagi kerja tambah. Syukur. 

Cuma harapan kian meninggi untuk 2021 adalah dapat pulang beraya ke kampung halaman sana. bawak anak-anak ke kampung opah atok sana pulak. Lumrah la jika pasangan seberang laut ni. 

Bah, mupok lok kamek. Ada cerita sambung gik lak. Udah 6 hari tahun baru berlalu. baru ada mood mok bercerita. Ha ha Boh jerak aok. 

Happy new Year to all fellow blogger and reader yang sentiasa sudi singgah. Semoga kalian dalam keadaan sihat dan baik-baik saja hendaknya. 


16 ulasan

  1. semoga dipermudahkan segala urusan kita di tahun 2021 ni. aamiin

    BalasPadam
  2. Tahun 2020 membawa kita satu keadaan yang baru kepada masyarakat dunia amnya tatkala hadri corona virus ini. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu laa.. Moga kita sama-sama kuat mengharungi gelombang ketiga ni. ^^

      Padam
  3. Happy new year too! :) Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru aien. semoga dipermudahkan segala urusan untuk tahun baru ni :)

    BalasPadam
  5. Selamat tahun baru 2021...semoga tahun ini lebih baik utk semua, harap sgt dpt balik raya tahun ni.aamin

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru 2021 😉

    BalasPadam
  7. aminn..semoga lembaran baru memberi bnyak sinarrr dlm family..

    BalasPadam
  8. semoga semuanya kembali tenang dan pulih..insyaallah..

    BalasPadam
  9. Selamat tahun baru Aien.. moga tahun ni ada sinarnya buat Aien sekeluarga..

    BalasPadam
  10. Happy new year Aein. Semoga cepat mood PKP PKPB PKPP ni berakhir. Boleh bebas riang menikmati udara luar dan balik kampung jumpa family.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤