Assalamualaikum w.b.t


Sejak dua menjak kita dikejutkan dengan berita penyakit kaki mulut dan tangan yang menyerang dikalangan anak-anak kita. Namun, sebenarnya penyakit ini telah tular sekitar tahun lalu di merata negara dan akhirnya tiba juga di Malaysia. Bagaimana penyakit ini bermula? Penyakit ini mula tular disebabkan sejenis bakteria yang bergerak melalui air liur, sentuhan serta najis. Anda atau anak-anak anda mungkin akan terdedah dengan penyakit ini apabila bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti, ketika menukar diapers najis anak dan memegang anak tanpa mencuci tangan, bermain dengan objek yang telah dijangkiti dan tahukah anda ia juga boleh merebak dengan hanya anda berkongsi udara dengan orang yang telah dijangkiti andainya mereka bersin? 

Penyakit kaki mulut dan tangan ini juga dapat dikesan dengan demam, kurang selera makan dan bintik-bintik merah di kawasan kaki dan tangan serta ulser di mulut. Jika anak anda menghadapi tanda seperti di atas, segera melaporkan diri di hospital yang berdekatan untuk permerhatian seterusnya.

Anda perlu dikuarintin dalam sebaik saja anda telah mendapatkan rawatan dari pihak perubatan. Kerana bimbang akan menjadi penyebar di kalangan mereka yang masih berjaga-jaga.


Dilihat di gambar sebelah kiri ini jumlah kumulatif kes HFMD di Malaysia kian meningkat dari masa ke semasa. Jika dilihat ketika mulanya kes HFMD ini Pulau Pinang terletak di rank tertinggi kes, akan tetapi kini Selangor menduduki kes yang tertinggi buat setakat ini. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit ini daripada menjadi 'PEMBUNUH SENYAP' untuk anak-anak kita. Sayangilah mereka dan jaga mereka kerana sistem imunisasi mereka takkan pernah sama dengan kita. Akan tetapi ibu bapa sekalian, kita juga boleh menjadi antara penyebar terkuat penyakit ini apabila kita sering kali mengunjungi tempat-tempat yang terdedah dengan jangkitan. Oleh sebab itu, perlu kita membersihkan diri sebaik pulang dari tempat-tempat awam sebelum penyakit ini menyerang keluarga kesayangan kita. 

Selamat menjaga diri dan moga kes ini dibendung dengan segera dan moga kita sama-sama membanteras penyakit ini. Apa yang penting, moga Allah SWT pelihara ahli keluarga kita semua daripada penyakit berjangkit ini. Amiin ya rabbal 'alamin. 


Take care, and till we meet again...


4 Ulasan

  1. I feel it's better for parents to no bring their kids outside esp. babies for a while.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huwaaa~ Itu la tengah buat sekarang. Keluar pun setakat buat weekly shopping je. Pahtu keep myself clean from my baby. T^T

      Padam
  2. Penyakit ni memang tengah berleluasa sekarang, minta dijauhkan lah kita dan keluarga dari berjangkit

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah moga kita dijauhkan dari berjangkit. Keep safe awak jugak :)

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.