RESEPI: Ayam Goreng Pandan Gula Apong

Selasa, Januari 25, 2022

 


Hi Hi, Happy Tuesday! 

Hari ini Aien nak share dengan korang semua resepi asal daripada KhairulAming yang diubah ikut bahan yang ada dan tekak sendiri. Haha Actually sebab bahan kurang je. Kita pakai je la apa yang ada ek. 


Bahan-bahan: 

1/2 kg Ayam (Aien guna bahagian kepak, peha, thigh dan isi sikit)

Bahan untuk dikisar: 
Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Serai 

Campuran lain: 
Serbuk cili (Kalau nak pedas boleh letak cili kisar)
Sos tiram
Gula Apong (boleh ganti dengan gula melaka, kisar bersama bahan kisar di atas)
Serbuk kunyit 

-Daun pandan

Cara-cara: 

Ikutkan air tangan sendiri ni campak-campak je. Janji rakyat dalam rumah kenyang. Ayam tu dah dicuci bersama tepung gandum ataupun limau kasturi, perapkan bersama bahan kisar dan bahan lain kecuali daun pandan. Biarkan selama 1 jam ataupun nak sedap semalaman. 


Dah nak habis ikat baru nak ambil gambar. Nasib sempat. Biasa Aien check in dapur telefon tinggal ber-cas di bilik. 


Setelah sampai masa untuk digoreng, ikatkan ayam tu dengan daun pandan. Sebenarnya KhairulAming guna pencungkil gigi untuk tahan daun pandan tu bersama ayam. Malangnya benda tu tak wujud di rumah Aien. Maka kita ikatkan saja. Janji tak terlepas dari ayam tu. Nak bagi bau dan rasa pandan tu masuk ke dalam ayam goreng kita tadi. 

Sementara tu, panaskan minyak terlebih dahulu. Selesai sesi ikatan mesra daun pandan dan ayam, dah boleh digoreng. 


Blub blub blub ayam tu. Bau semerbak daun pandan bersama manisnya gula apong tadi. Goreng sehingga garing. 


Tara hasilnya. Tak sempat den nak snap molek-molek bagai. Ni pun tak sempat nak garing sangat berebut dengan Young Lady Nadhira melalak nak mandi. Aigguuu~ jadi sotong sejak anak tiga nih. Haha 

Selamat mencuba!


9 ulasan

  1. mesti nyaman ada aroma daun pandan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi jak baunyaa. manis gula apong ngam rasa lemak pandan ya. Eh. Over all. nyaman.

      Padam
  2. Aduhai, terbayang makan ayam goreng ni panas-panas ... dengan aroma pandannya... dengan rangupnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap nya layan dengan sambal belacan. Allah~

      Padam
  3. Waaa lain dari lain ni, boleh cuba, rasa dia manis tak Aien?

    BalasPadam
    Balasan
    1. manis2 manja gituu.. Cukup garing memang tak pandang orang belakang. 😂

      Padam
  4. Tergoda tengok ayam goreng pandan gula apong ni. Sedap rasa ayam berempah rasa manis manis gula apong denga aroma daun pandan. Sayangnya lah pokok pandan saya dah mati. Kalau tak boleh cuba. Yang ada baru nak belajar membesar.

    BalasPadam
  5. Dah lama tak skodeng page khairul aming. Nampak macam best je. Rare cikit ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤