Bila Nadhira masuk 6 bulan

Selasa, Januari 11, 2022

 


Alhamdulillah berjaya Ibu sampai ke Diploma dalam bidang penyusuan ibu ni. Alhamdulillah ketiga-ketiga anak berjaya sampai diploma, dan hanya Najmi saja berjaya sampai ke Master. Mudahan bersama Nadhira, Ibu berjaya ke PHD. Yes! Keep going young lady. 


9hb semalam, young lady Nadhira temu janji klinik untuk pemeriksaan 6 bulan. But, mengiciwakan apabila berat Nadhira cuma naik 200g sahaja dari timbang bulan lalu. Aiguu~ bila Ibu belek balik diary berat anak-anak, ketiga mereka bila dah mula rasa nak bermain akan slow penaikan berat badan. Syukur juga mereka masih sihat kan? Cuma kali ini Nadhira hadir ke klinik dengan selsema dan batuk. Sob sob aje. Musim begini, jika anak-anak selsema dan batuk, mereka para misi suruh refer ke doktor tengok sama ada si kecil boleh dicucuk vaksin ataupun tidak. Sekiranya demam, sudah pasti akan diberikan tarikh temujanji baru untuk cucuk sahaja. 


Maka Nadhira pun jumpa doktor. Sudah la Ibu kelam kabut dengan Family Planning appointment. Haha Kejap ke bilik sana, untuk pemeriksaan Nadhira. Sekejap ke makmal untuk test diri sendiri. Aiguu. Susah juga merancang dengan klinik nih. Tapi apa kan daya, mereka la yang tak perlu keluarkan duit. Cuma kena luangkan masa saja. Bayangkan dari jam 9 pagi sehingga hampir 12 tengahari. Sudah la Ibu tiada buatkan sarapan untuk Ayah dan Nayla serta Najmi. Kelaparan la mereka di dalam kereta. Aiguu. Ibu Ibu.. Kalut sungguh laa. 


Eh, ni nak cerita pasal Nadhira ke Ibu ni? Haha Okay, berbalik pada Nadhira yang bertemu dengan doktor tadi. Kena la bebel sekejap pasai penjagaan kebersihan memandangkan sekarang kan musim COVID-19 pahtu dengan varian yang semakin mengganas pulak tu. Anak kecil pulak tiada perlindungan face mask ataupun face shield. Habis diperiksa paru-paru dan ubun-ubun serta di bahagian dada, doktor suggestkan buat ujian saringan covid-19 jika selsema dan batuk Nadhira berpanjangan. Silap ibu jugak cakap dah seminggu. Padahal dia baru je selsema hari Khamis hari tu. Pastu, disapukan kunyit di batang hidung. Hingusnya tak keluar, berkumpul di dada pulak. Kesian aje kan? Usai pemeriksaan tu, doktor cuma berikan ubat cairkan kahak saja sebab bayi di bawah 2 tahun memang tiada ubat untuk mereka sekiranya demam, batuk atau selsema. Ibu la kena pandai buat home remedy. Atau gunakan balsam yang ada di pasaran sekarang ni. 


Selepas itu, Nadhira dibenarkan untuk suntikan HEXA a.k.a suntikan ketika usia 6 bulan. Tunggu Ibu punya panggilan Nadhira boleh tertidur. Dalam lelap tetiba kena cucuk pulak. Meraung la young lady ni. Alhamdulillah senang je nak pujuk. 10.30 temujanji Nadhira dah siap. Tinggal Ibu punya pulak. 


Tunggu punya tunggu jam 11.15 pagi baru dipanggil nama. Omoh~ sekali BP tak cantik. Misi tanya ada stress ka, tidur jam berapa dan sebagainya. Siap tanya. Jujur cakap, awak penat tak? Haha Ibu pun tak tau la nak cakap penat ke tidak, tapi penat risaukan orang tunggu dalam kereta tak makan. Pahtu cakap la belom sarapan lagi. Laju aja misi suruh pergi makan dulu, relax-relax makan jangan gelojoh nanti datang semula. Aiguu. takut-takut pulang ke kereta, cakap dengan suami begini begini. Anak-anak pulak tak sabar ajak pulang. Serba salah ibu. Tapi demi sepapan pil perancang, pergi jugak. Plan asal nak amek suntikan depo, ada seorang akak ke adik siap cakap. Tak payah la depo..Nanti awak jadi saya. gemok~ serius dia memang berisi. Tu buat Ibu seram lagi. Makan noriday pun shock berat badan naik sampai --- astaga..  hahaha terkejut Ibu tengok penimbang. Omoh~~ Aigu. lepas makan pun BP tak cantik. Misi suruh masuk bilik penyusuan baring rehat dulu. Nanti dia masuk cek. Sekali dah baring, Nah. Elok pulak dia. Haha kelam kabut ibu ke bilik seterusnya. Untuk kali ni, Ibu tukar pil pulak ke Oralcon sebab Nadhira dah start makan. Mudahan tak kacau penyusuan ibu la kan. 


Cerita pasal Nadhira dah makan, pulang dari klinik, Ibu masakkan bubur untuk dia. Petang tu, pertama kali dia merasa bubur lenyek. She so excited. Tak ada pulak ibu amekkan gambar. Kakak Nayla dan Abang Najmi pun teruja sama tengok adik mereka makan. Hehehe Yeay. Dah boleh makan berjemaah. Setakat dua hari menjamah bubur, Nadhira enjoy her first food. Next boleh makan campuran pulak. Hee.. ibu pulak syiok nak susun menu. Mudahan Nadhira berjaga NO SUGAR AND SALT sampai 2 tahun okay. 



13 ulasan

  1. Biasa macam tu, gi klinik je mula lah tekanan darah naik padahal kita rileks je, x stres apa pun. mak akak pun macam tu. tiap kali pi appointment check darah tinggi,bila amik BP, mmg semedang naik. mak akak ckp mmg kalau gi klinik je, nebes. haha. pdhal selalu je gi klinik sebab kena check darah tinggi & kolesterol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la tu. haha dia punya neves plus risau org menunggu dalam kereta. aiguuu

      Padam
  2. dah bulan dah. rasa cepat masa berlalu. semoga dipermudahkan urusan penyusuan nadhira

    BalasPadam
  3. betol-betol..kena jaga diri dan patuhi s.o.p

    BalasPadam
  4. sekejapp je dah masuk 6 bulan, rasanya macam baru baca post aien dapat baby..haha

    BalasPadam
  5. dah 6 bulan dah nadhira, kejapnya masa berlalu..

    BalasPadam
  6. semoga Nadhira akan menjadi anak yg solehah. Aamiin... cepat besar tau!

    BalasPadam
  7. kjap je ank dh membesar 6 bulan., aminn

    BalasPadam
  8. Lama tak ziarah.. hehe. Sekejap dh 6 bulan nadhira. Anak nina pun dh 9 bln, baru lps cucuk hehe

    BalasPadam
  9. wah..tgh seronok main ni.. moga sihat selalu yer..

    BalasPadam
  10. Tahu tahu Nadhira dan 6 bulan dah kan. Cepat membesar. Semoga ibu berjaya lah capai PhD menyusukan Nadhira pulak. Mencabar urusan ke klinik zaman Covid ni. Semoga Nadhira membesar dengan sihat. Ibu pun jaga diri dan dapat rehat secukupnya.

    BalasPadam
  11. Halah ai.. comelnya dia.. kejap je dah 6 bulan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤