Tak susah ke buat Keria Keledek ni?

Khamis, Mei 07, 2020

Bulan puasa bererti meriahnya dengan makanan dan pelbagai juadah. Walaupun tahun ini tiada bazaar Ramadhan, para mak-maka macam aku ni sibuk la merajinkan diri mencuba segala jenis resepi kuih muih buat santapan keluarga. 

Sejak beberapa hari lalu, aku ni dok la update dengan segala jenis resepi. Sama ada ianya jadi atau tak, itu belakang kira. Ada jugak beberapa aku muatnaik yang tak jadi. itu kira #masakapaharinitakjadi la kan. Bila masa berlalu, jurnal resepi aku ni kalau dibelek balik, mesti kelakar je.

Kali ini pulak, aku nak cerita resepi semestinya menjadi, dan aku teruja nak kongsikan. Dan semestinya ilham dari korek-korek resepi muka buku.



Resepi Kuih Keria Gula Melaka 


bahan-bahannya:

  • 4 biji keledek (kecik-kecik je aku guna) 
  • garam 
  • gula melaka
  • tepung gandum
  • air
  • minyak masak

Eh, tu je ke? Yep! Anda baca terang jelas dan nyata itu sahaja bahannya. 

Cara-cara membuatnya: 

  1. Kupas keledek dan rebus bersama 1/2 sudu garam. (aku main agak-agak je. Sebab rasanya untuk empukkan keledek ni lebih cepat serta menambahkan rasa lemak dia) 
  2. Toskan keledek tadi. Tunggu sejuk dahulu baru lenyekkan. 
  3. Sesudah itu, masukkan tepung, (agak-agak) sehingga adunan tak melekat di tangan. 
  4. Bentukkan dan buat la lubang di tengah bulatan keria tu tadi.
  5. Gorengkan dalam minyak yang dah pun panas. Agak keperangan dah boleh angkat. 
  6. Separuh gula melaka, campurkan dengan 1/4 cawan air. kacau sampai berbuih. Dah tu padam api. 
  7. Masukkan keria tadi, gaulkan sehingga gulanya kering. 
  8. Dah siap! 


Langkah ke empat. Dah tak melekat di tangan, senang kerja aku. Lagi senang dari buat donut gebu. Kah! 


Keria yang dah goreng, ada gambarnya tapi biasa la amatur ambikkan, tak clear. Jadi malas nak kongsi. Hehe Next step, separuh gula melaka dipecahkan bagi senang dia nak cair, tambah 1/4 cawan air. kacau ler sehingga dia berbuih. Dah tu, padam api. 


Masukkan kuih kerianya. Ha, gini rupa dia masa gula tu masih panas. Well, jangan dibiarkan begini. Tak lawa la dia. Kacau-kacau sampai semput jugak sebab dapur tinggi, orang ni kontot aje. Kuali besor. 


Taraa~ setelah gigih menggaulkan keria itu. Macam frust gula terlebih. Haha Tapi, sedap woo.. Dapat berapa biji ni, habis makan kami empat beranak. 

Post di status whatsapp, ada kata boleh jual dah ni. Aha~ sis buat untuk makan sendiri boleh la. Nak jual tak konpiden ler.. 

So, gais. Cuba la. Senang tersangat dan korang pun boleh buat sendiri dari beratur panjang di sana nuu. eh! aku pun tak pernah cuba walaupun 3 tahun belajar kat Melaka. Haha Tak gigih la nak beratur. 



37 ulasan

  1. oh laaa tutup api duhal..kamek ingatkan terus bukak jak sampei gula ya kering..adeii, patut la kamek molah ri ya sik jadi kohh...kelak kamek share juak dalam blog hahahahha, tapi tunggu mok molah yang jadi, and combine sekali..makseh berik resepi kitak...wehuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha aok. Dua petua orang slalu lupak molah tok. Bah, kelak dah jadi, up k? ^^ all the best!

      Padam
  2. bahan simple je tapi guna tepung ni tak reti nak agak takut terlebih terkurang..hehe. sedap kuih keria aien :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak sikit2 sambil tu ratakan pada adunan keledek tu. Agak tak melekat tu, pass dah la. ^^ YOU CAN DO IT!

      Padam
  3. wah wah wah sedapnya keria homemade atu!

    BalasPadam
  4. thank you for sharing! besok nak try XD

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Orang Melayu mmg sinonim time berbuka mesti nak ada kuih/manisan. Saya salah sorang nye hehehe... tak boleh nak keluar beli, kita buat sendiri lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. dah menjadi boleh post, tak jadi pun boleh post jugak. Haha

      Padam
    2. kalau tak jadi, bole post dlam fb msak apa tak jadi hari ni. kihkihkih... happy blogging!

      Padam
  6. rajinngy buat keria keledek tuuh.,

    salam ramadhan 2020 ;p

    BalasPadam
  7. kat kelate ni kalau kuih keria ni dibuat drp pulut. yg bersi melaka ni susah nak jumpa di sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye? macamana rasa dia kenyel-kenyel gitu ke?

      Padam
    2. terasa padat n padu. x kenyal sgt.

      Padam
  8. Sedap lagi2 dapat yang gebu tu. Adehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi makan dah tak pandang sebelah. Haha

      Padam
  9. baru je makan keria keledek haritu.... sedapnyaa

    BalasPadam
  10. Alamk sedapnya! Bikin melelh air liur je tau!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala, sorry la mom to be. Jangan mengidam sudah la ye.. ^^

      Padam
  11. senarai bloglist SYM dah update
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/senarai-bloglist-sym-12020.html

    BalasPadam
  12. Sedap kuih keria ni. Lama betul tak makan sejak pkp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cari keledek ni Kak Fiza. ^^

      Padam
    2. susah nak jumpa keledek. Kena ke pasar tani ke atau kedai buah-buahan kampung baru ada.

      Padam
  13. Sedapnya . Kalau buat sendiri lebih puas hati nak makan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kalo kena caranya, berjaya hasilnyaemang puas hati. haha

      Padam
  14. saya part nak gaul gula tu mmg surrender..
    part nak bentukkan sukala =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sama la. Tapi kalo sendiri tak gaul, nak suruh siapa? Haha

      Padam
  15. Wahhh senang rupanya nak buat kiuh keria ni! Boleh la try buat guna resepi you hehe. Thanks for sharing 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je. Saya pun cari di FB. Haha kredit tuan punya resepi, sy panjang² kan. ^^

      Padam
  16. Ya Allah.. Rajinnya dia.. Dahlah kuih feveret ini.. Meh anta sini sebekas..
    Cantiklah kejadian dia aien..

    BalasPadam
  17. Ohh tak susah rupanya. Gaya nampak macam complicated hehe okay nanti rajin boleh try

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.