SALAM AIDILFITRI 1141H dari perantauan

Ahad, Mei 24, 2020


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, Ramadhan bakal (ditulis advance) meninggalkan kita. Syawal datang membawa kegembiraan buat kita. Hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di dunia. 

Aku pulang ke kampung suda ni. Makanya aku tulis terlebih dahulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir dan batin dari penulis andai ada terkasar bahasa dalam kaliam membaca blog ini. Well, nama pun personal blog. What you read, is what I felt. So, feel free to leave. Hee~ 

Buat teman-teman blogger yang sering berkunjung tanpa jemu, meninggal komen serta sering memberikan aku inspirasi, terima kasih aku ucapkan dan salam aidilfitri buat kalian. Jangan sedih-sedih ya jika tak dapat pulang ke kampung. Duduk diam-diam di rumah. buat video call sama orang tuamu. Dan nikmatilah tonton drama atau movie ulangan di kaca televisyen tu. Jangan mau keluar ya. Covid tu masih berleluasa di luar sana. Stay safe, stay at home okay? 

Tahun lepas,ada juga peluang aku beraya sama orang tuaku, namun aku tak mahu. Tahun ini, aku mahu beraya sama orang tuaku. Tapi tiada peluang. Sedih kan? Haa, sendiri tu la. Selagi dapat peluang, jangan la bazirkan k. 

Buat adindaku yang berdua di Shah Alam tu, bagus-bagus ya kalian. Jangan sedih-sedih. Duduk rumah masak dalam #cookingdiary aja k. 

Buat keluarga terchenta di Miri, adindaku di Bukit Gambir (raya sama mentua) dan adindaku di Kota Samarahan (juga tak balik) selamat hari raya semuanya. Nasib juga ada adindaku dua ketul yang temani umi ayah di Miri. 

Sepatutnya ikutkan hari ni, (21 May) flight ayah umi ke mari. Kami bakal berkumpul di Melaka. Again, we never knows kan. Again, flight tiket mereka burn/refund balik. Sob sob la. 

Sampai hujung tahun juga kita begini. Moga hujung tahun nanti ada peluang nak balik Miri. Aku rindu nak jalan-jalan, rindu nak jumpa family. Rindu,, rindu serindu-rindunya.... 


Jangan nangis tau. 

PS: buat pertama kali, aku berjaya buat biskut sampai 6 jenis. Kah! standby dah dalam beg nak bawak balik kampung. Jumpa lagi nanti bila aku tulis lagi. 

25 ulasan

  1. Selamat hari raya Aidilfitri.. waa banyak juga tu 6 jenis kuih Raya. PKP ni masing2 terserlah bakat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. balas dendam dua tahun xberkesempatan nak buat sis. ^^

      Padam
  2. Salam syawal 1441H
    Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  3. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin ye!

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya PKPB
    Maaf zahir batin ya!

    BalasPadam
  6. Sedih betul lah raya tahun ni... tak apa lah ada juga kenangan raya pkp kan? haha
    .
    Stay safe kak Aien and family! Salam lebaran! kalau Hana ada salah maafkan tau.. hehe ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? Kenangan 2020 takkan dilupakan. Hehe

      Padam
  7. salam aidilfitri maaf zahir batin..
    happy2 selalu =)

    BalasPadam
  8. selamat hari raya aien !

    BalasPadam
  9. byk biskut raya oo.. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak tak banyak la mama.. Selamat hari raya mama.. ^^

      Padam
  10. Selamat Hari raya maaf zahir batin Aien. Bertabahlah kita raya diperantauan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya sis Fiza. Itu la. Walaupun tahun sebelumnya diperantauan juga.. tapi lain bebenor rasa taun ni punya. ^^

      Padam
  11. Salam Syawal buat Aien...maaf zahir batin..

    Jemput sertai segmen kat blog saya ye..terima kasihh...

    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.