New Addiction | Cooking Diary

Sabtu, Mei 30, 2020


Haluuu~ Asgardian! Eh, baru balik dari singgah rumah adik di Sofie.adie tersampuk pulak ngikut asgardian pulak. 

Haa, siapa kata aku asyik masak tak jadi je, ni test sikit laju ke tak laju masaknya tu. Kegilaaan kami adik-beradik buat masa sekarang dari sebelum bulan puasa ritu. Gila laa.. Kami ni memang macam ni, main game mesti nak jemaah kalau jenis stimulation macam tu.

Antara game yang kami main secara jemaah adik-beradik ni ialah: 

 Township 

Dulu best, sejak masing-masing dah sorang demi sorang left akibat phone masing-masing masa tu sendu bak hang, last tak ada siapa yang nak kerjakan lagi. Boring! 

The Sims Freeplay

Yang ni mula-mula kami main secara berjemaah, selepas masing-masing pada masa tu dah upgrade ke smartphone. Heh, jangan tertipu dengan 33mb tu. Berat tau game ni sekali bila ko dah buat rumah sekaliannya dah beranak pinak. Heran jugak aku macamana orang di level sekian, boleh upgrade sekian. Hurm, mesti pakai cheat. 


Berbalik kisah kita ni tadi, cooking diary is stimulation, strategy games. Fuh, kena laju wak. Macam main kat komputer dulu tu apa tu. Feveret kami ni jenis yang macam ni. Lagi-lagi bila dah ada guild. Sorang jadi admin, lain follow jadi member. yang bestnya satu guild tu cuma 20 orang je. Yang ni admin settingkan la tamau teammate ramai. Haha Susah woo nak higher up rank. Minggu lepas dari ke rank teratas, but the quest is very damn pretty hard. so kami terturun la ke emerald league. 

Adik beradik je ada 6 orang, selebih orang luar yang mungkin kenal atau tak. Ha ha 

Yang tak best game ni, kau boleh terpengaruh tengok baju chef dia lawa-lawa bak hang. Berapa je antara kami yang selamat. Alhamdulillah. Selebihnya ada juga berbeli pakai duit nyata. Habis! 

 

Ini biasa pun kena pakai ruby, and ruby tu susah tau nak dapat unless korang completekan mission, buat quest and so on. 


Kau rasa? Mesti chef pun nak lawa kan? Nasib aku tak terpengaruh lagi dengan fesyen-fesyen ni. Janji smile aku banyak pun cukup laa. Oh, perasan duit biru tu? yang tu boleh dapat by spin daily la. Boleh jugak digunakan untuk deco kedai. 


Antara misi yang disertakan dengan reward dia. Hurm, masa ni dah mahal. Nanti dia boleh turun sampai 80% tau diskaun. Haa, tengok la masa tu kaya tak kaya developer game ni. 

 

Ni yang aku cakap by spin daily tadi. Wheel of Fortune. Sehari sekali je dia bagi free. yang lain boleh guna duit kuning tu. Makin lama kita pusing, makin banyak ler duit kuning kita tu digunakan. Hurm,, semata nak dapatkan ruby tu tadi. Adeh, selalu kena duit biru. Jarang sekali dapat jackpot ni. Bila dapat, tu dia dikasi bermacam-macam benefit gitu.. 

 
Guild kami la. Kali ni quest senang sikit. Hurm, makin naik rank, makin susah quest. Emerald League je la mampu. 

Aku nak sertakan video sekali, tapi new interframe blogger ni kata besar le.. korang cuci mata la tengok baju tu. Nak details boelh la muatturun di gOogle Playstore  Cooking Diary. 

Selamat bermain! 



8 ulasan

  1. Om dah uninstall satu game cooking itu pun setelah setahun lebih main, heheheh sekarang tgh focus kt sudoku & homescapes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gardenscape pun ada. heheh itu buat hiburan bila balik kg xde line. Haha

      Padam
  2. banyak kali gak game ni keluar kat rec, tapi tak pernah pulak nak try dl main..

    BalasPadam
  3. syoknya main game ngn adik bradik..

    sy duk pulun main housescapes.. boleh deco2 umh..
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Housescapes, gardenscapes pun ada. cuma yang tu tak fokus sangat. haha

      Padam
  4. menarik juga ni. sesekali layan game kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila boring tengok drama, main game. Boring main game. tinggal fon. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤