The Witch Part 2: The Other One

Khamis, Mei 04, 2023

 


The Witch Part 2: The Other One 

Sambungan dari The Witch 1: Subversion ditayangkan pada tahun 2018, 4 tahum kemudian baru ada sambungan dia. Tergendala sebab Covid melanda dunia barangkali. 


Untuk Part 2 masih mengekal Kim Da Mi antara watak utamanya, dan beberapa watak baru dan plot amat menarik sekali daripada sebelumnya.
 

Paling tak boleh nak diagak, lama bebenor le Aien tak tengok Lee Jong Suk berlakon genre aksi ni kan. Ayuh kita teruskan ke sambungan Franchise The Witch ini. 

Sinopsis The Witch: The Other One: 

Seorang gadis bangkit dari makmal rahsia dan bertemu dengan Kyung Hee, cuba menyelamatkan diri daripada sekumpulan gangster. Bila ketua mereka mengetahui kelebihan gadis itu, mereka teruja dan cuba melakukan sesuatu. 


Simple aje kan sinopsis dia? Berbeza daripada siri pertama bergenre aksi misteri, sequel ini ditambah pulak dengan horror walaupun daripada penulis skrip yang sama iaitu Park Hoon Jung selaku director filem ini juga. 

But, why not kita enjoy penambahbaikan dia yang lebih mengguna teknik CGI untuk superhuman susah mati dalam ni. Pheww. 

Review The Witch Part 2: The Other One 


Selepas Ja yoon pergi dari rumah keluarga angkatnya, dia mengeledah semua makmal untuk mencari ubat bagi meneruskan kehidupan. 


Ikutkan daripada permulaan filem ini, bukan Ja Yoon. dan tak menyangka plot twist dia begitu. Gadis yang tidak diketahui nama, terselamat daripada sebuah serangan di makmal. Dia cuba berjalan keluar dan bertemu dengan sebuah van yang sedang menculik wanita. 
.

Tapi, wanita yang bernama Kyung Hee tu pulak selamatkan dia. Pahtu rawat dia dan bawak dia kembali ke rumah mereka. Gadis ini seperti lagi kuat daripada Ja Yoon tapi tidak menyedari kuasanya. 
.

Rupa-rupa doktor perempuan yang mati pada sequel lalu, mempunyai adik/kakak angkat yang turut berkerja dalam bidang yang sama. Tang ni la Lee Jong Suk datang sebagai older version cleaner perhaps. 
.

Scene lain menunjuk ada seorang sarjan yang juga susah mati dipanggil oleh Professor perempuan tadi untuk mengesan gadis yang hilang itu. Ja Yoon mungkin nampak heartless, tapi dia macam boleh berfikir berbanding dengan yang sorang lagi ni. 


Namun kematian Kyung Hee dan adiknya di depan matanya sendiri, gadis itu menyedari sesuatu. Rupa-rupanya ini adalah scheme dariapda Ja Yoon yang cuba membebaskan adiknya. 

Phew? Adik haa? berapa banyak superhuman 'HQ' hasilkan ni. Kalau old version macam sarjan tu pun susah mati, apatah lagi new version siap boleh tumbuh anggota badan baru tau. Scary? Ahhh, that's why dia letak horror la kot kan. Bila super human berlawan sesama mereka untuk dapatkan dua beradik ini. 
.

The ending menunjukkan seorang lagi wanita yang hidup berselirat dalam makmal tub. Aien saspek tu mak mereka dan Ja Yoon cuba menjejaki ibu dia sebenar. 
.

Ada juga scene pertengahan menunjukkan sebuah bas sekolah di-hijacked dan gadis ini dia cakap dia mengandung. Agaknya betul la kan? Jangan cakap mak dorang pun superhuman juga sudah laa. Haha 
.

Jenuh nak berlawan tiga beranak bila dorang ada sense of empathy walaupun telah dilatih untuk hidup sebagai seorang pembunuh upahan. Adakah mereka bertiga ni nanti kena lawan HQ dan seluruh superhuman yang lain? 
.

nantikan Sequel ketiga yang dikatakan akan keluar pada summer 2023? dah summer kan? kan kan? Layan la thriller dia dulu.  




Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤