Chinese Drama: Double Love (2022)

Selasa, Mei 09, 2023

 


Double Love chinese drama 


Drama mengisahkan tentang Han Jing Mo dan Lu Wanwan, pelakon dua darjat dan bermain sebuah virtue games 'Moonblade Night'. 
.

I olls jumpa drama ni boring-boring di iQiyi apps dan nampak macam menarik sebab dia dalam dunia game kan. Terpengaruh dengan virtue game macam ni korang boleh tahu I suka drama begini. 




Sinopsis Double Love

Dalam dunia 'Moonlight Blade' Han Jing Moo seorang pelakon terkenal dalam Film Academy menggunakan nama "Mo Bai" merupakan pemain terunggul dan dipuja pemain yang lain. 
.

Lu Wanwan pula seorang bercita-cita menjadi pelakon terkenal atas usaha dia sendiri juga merupa salah seorang pemain yang memandang tinggi pada Mo Bai, dengan nama Chu He. 
.

disebabkan kedua mereka ingin memenangi 'Champion Dual Challenge' mencapai kata sepakat untuk bekerjasama demi sebuah kejayaan. Tapi Lu Wanwan tak sangka bahawa Mo Bai adalah Han Jing Moo di dunia nyata dan mereka berhubungan sehingga jatuh cinta antara satu dengan yang lain.
 .

Tak pandai la nak buat sinopsis cliche begitu tapi begitu la lebih kurang. Kiranya Double Love ni cerita percintaan Han Jing Mo dan Lu Wanwan dalam dua dunia berbeza. 
.

Drama ni juga adaptasi daripada novel karya Da Ju Mou bertajuk 'Dashen, Ni Jia Furen You Guele.'

Review drama Double Love: 

Mula-mula seronok juga nak tengok sebab dia selingan dunia nyata dan dunia game. Dia buat ML terlalu bijak dan FL terlalu banyak kantoi dalam tak sedar. Haha 
.

Pahtu ada sorang tu, dari dunia game dia terbawa ke dunia lakonan untuk rapat dan memilik Han Jing Mo, malangnya sangat tak berjaya. Nasib baik watak Lu Wanwan ni kira seorang adik yang nak berjaya sendiri, pahtu dalam dunia game dia bangga dengan kejayaan dia sendiri dan sangat tidak mengemari gossip liar. Kira Wanwan ni berfikiran terbuka dan simple je pemikiran dia. Senang! 
.

Walaupun cuma 24 episod, rasa macam meleret sangat dengan plot yang tak berapa nak ada masalah dan twist. Okay la bukan heavy drama. Santai-santai aje gituu . 

Masalah dia apabila Han Jing Mo ditinggalkan oleh ibu kandungnya dan merupakan pelakon terkenal. Banyak jugak scene yang tetiba ada dan tetiba tak ada contohnya, ada scene Han Jing Mo flashback dia kenal dengan Lu Wan Wan sejak kecil lagi apabila Wan wan baling Coke padanya pada episode 1 ke 2. Pahtuuu? Tergantung. 
.

Ada la bahagian di mana kisah selanjutnya dengan apa yang terjadi pada Gu Xiaobei (kawan Han Jing Mo) apabila dia dah keluar dari syarikat agensi dia. Tak juga sign kontrak dengan Ying Bei. 
.

Itu la katanya, Double Love kan, dia cuma nak highlightkan kisah percintaan Han Jing Mo dan Lu Wanwan yang agak cliche daripada idol-fans kepada pasangan idola terkenal. 
.

Nasib la bukan status wanita miskin lelaki kaya. But again, santai-santai boleh la kan? Tengok drama yang stress pun boleh bikin stress juga kan? Haha 
.

Nak tengok boleh la ke iQiyi. Sekarang iQiyi dah banyak drama dan movie jugaknya. Kalau langgan jadi VIP pun banyak kelebihan boleh tengpk advance. Part tak best, walau kau dah VIP dia dok remind ko suruh langgan. Hurm.. tolong laa. 

Trailer boleh tengok di bawah ; 




Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤