Drama Korea: Big Mouth

Isnin, Mei 15, 2023

 


Drama Korea: Big Mouth 


As memula ingatkan Big Mouse ke Big Mouth menceritakan tentang corruption dalam dunia Korea ni. Lakonan Lee Jong Suk dan Im Yoona (SNSD) memang mantap. 
.

Lee Jong Suk seorang penguam muda yang tinggal menjadi kambing hitam golongan politik dan melibatkan gila kuasa. 
.

Actually bukannya aku tengok penuh pun, tapi memandangkan husband layan kita layan la jugak kejap-kejap. Masalah dia ni, tak nak jadi spoiler. Haha 
.

Makanya aku skip terus pada pengakhiran drama ni saja. 

Sinopsis Big Mouth 

Ahhh, Sinopsis dengan menceritakan Park Chang Ho lakonan Lee Jong Suk seorang peguam dengan rate kemenangan setakat 10% sahaja. Tapi dia seorang yang banyak cakap dan kerana itu gelaran 'Big Mouth' diberikan kepadanya.  Tanpa disangka Park Chang Ho dituduh terlibat dalam satu kes pembunuhan dan disaspek sebagai genius swindler Big Mouse. 
.

Go Mi Ho lakonan Im Yoo Na isteri Park Chang Ho seorang yang cantik dan sangat bijaksana orangnya. Dia juga menjadi tulang belakang membantu Chang Ho menjadi peguam. Mengetahui suaminya terjebak dengan genius Swindler Big Mouse, dia cuba membantu untuk bersihkan nama baik suaminya. 
.

Review Big Mouth

Drama yang ditayangkan pada tahun 2022 ini aku (suami aku) baru nak tengok sebab kadang-kadangnya tak suka nak menunggu setiap episod baru keluar. 
.

Baru faham kenapa tajuk dia Big Mouth. Walaupun ending dia tak la berapa nak best sangat tapi puas hati bila Chang Ho dapat juga tamatkan riwayat Choi Do Ha yang sangat licik tu. Geram aje aku tengok kan. Dia agaknya memang sesuai bawak watak polos tapi sebenarnya licik seperti dalam The Glory tu kan? 
.

Dia telah mengakibatkan berjuta rakyat Korea sengsara pahtu berharap agar rakyat sokong dia sebagai datuk bandar. Adeh, orang jahat memang senang nak menang kan? Kesiannya lahai. 
.

Ending dia macam nak ada sequel lagi tapi tak tau la kan, sebab nak jugak tanya apa kejayaan yang dapat dilakukan oleh Chang Ho as Big Mouse dan juga peguam? Adakala sesetengah orang jahat tak dapat dibanteras dengan undang-undang. Itulah gunanya Big Mouse. Di Malaysia ada netizen kan? Hahaha 


Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤