The Witch (Filem Sequel) Part 1 (2018) Subversion

Ahad, April 30, 2023

 


The Witch: Part 1 Subversion 

Terjumpa filem di di short Youtube scene Kim Da Mi dan Choi WOo Shik berjumpa dalam keretapi dengan dialog Woo Shik cuba mengingatkan Ja Yoon akan memori lama. Jadi disebabkan curious dan tajuknya macam menarik, maka mari la kita tontonnya. 
.

Sinopsis The Witch Part 1

Mengisahkan seorang gadis yang hilang ingatan hidup serba ringkas di luar bandar. Namun, selepas dirinya masuk sebuah rancangan realiti di televisyen, ramai orang yang tidak dikenali cuba menghampirinya. 
.

Agak simple sinopsisnya dan tidak menyangka drama ini bergenre aksi dan misteri. Dan lakonan Kim Da Mi serta Choi Woo Shik memang terbaik walaupun Woo Shik sekadar beberapa scene sahaja dah kesudahan beliau mati di tangan Ja Yoon. Alamk, spoiler pulak. 🤭
.

Review The Witch Part One: Subversion 


Babak dimulakan dengan scene berpukulan dan seorang kanak-kanak dikejar oleh anjing. Filem ni mengisahkan scientist yang cuba menghasilkan kanak-kanak superhumanist a.k.a tentera. Tapi, disebabkan kebolehan karya mereka ini menakutkan, mereka cuba menghapuskan budak-budak ni tadi. Pahtu Ja Yoon seorang terlepas dan tinggal bersama pasangan suami isteri yang menyelamatkannya. 
.

Tak sangka pulak plot twist dia sebenarnya Ja Yoon tu yang mencari orang yang menciptakannya sebab otak dia dah sampai limit. Masanya suntuk dan dia perlukan ubat untuk terus hidup. 
.

Nasib jugak tak tonton filem ni di televisyen sebab banyak sangat aksi ganas yang rasa tak patut anak-anak tengok. 
.

Ending filem ni, Ja Yoon berjaya dapatkan ubat untuk mak angkatnya yang juga mengalami alzheimer. Kemudian, dia terus membawa diri untuk meneruskan misi mencari ibu kandungnya. 
.

Filem ni ada sambungan dia. Nanti kita share review lagi okay? 


2 ulasan

  1. tengok tajuk part 1, maksudnya franchise lah kan? Menarik jalan cerita dia tapi kena tunggu semua installment keluar lah baru seronok nak marathon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yee. Baru dua part untuk 2022. Macam ada sambungan lagi.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤