Tahniah, anda berjaya miliki rumah pertama

Ahad, Februari 20, 2022


Happy Sunday peeps~ Lama betul peram cerita ni. Cerita yang menjadi impian semua orang. Alhamdulillah setelah pelbagai usaha suami untuk merealisasikan impian kami memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai juga. 


Impian setiap pasangan suami isteri, memiliki kediaman sendiri. Mahligai impian sendiri. Pada awalnya suami nak beli rumah sewa lama dia dulu. Malangnya tiada rezeki untuk memilikinya. 


Setelah beberapa tahun membuat kira-kira, tolak tambah hasil usaha berdua yang kini menjadi satu. Alhamdulillah setelah 5 tahun, kami semakin hampir. 


Kisahnya, 2 tahun lalu, sebelum corona melanda dunia. Suami ada mohon rumah di bawah Kerajaan Johor yang telah menawarkan pelbagai pilihan rumah bergantung dengan pendapatan isi rumah. Ada satu kawasan rumah bawah dibuka. selesai isi borang, hantar dokumen semua di pejabat SUKJ, kemudian tunggu saja rezeki nama dipanggil untuk cabutan nama. Pada masa tu, rezeki dapat ke panggilan cabutan nama. Namun, belom ada rezeki memilikinya.  


Suami pujuk, kata tak apa la. Bajet dia dia tak berapa pun nak cantik, sebab dia sorang saja kerja. Dan tanggungan pun makin bertambah. Kita tunggu rumah lain pulak. Tak lama kemudian, rezeki anak kedua masa tu. Ada lagi satu kawasan bukak untuk permohonan tapi pilihan diberikan cuma rumah flat. Cakap dengan suami, cuba mohon. Mana tau dapat. Kalau dapat alhamdulillah. Kalau tak dapat kita usaha lagi. 


Corona melanda, permohonan itu sepi tanpa khabar. Ingatkan dah tak ada la kot. Sampai hujung tahun lalu, suami kata kami dapat rumah tu. Rezeki anak ketiga, menang cabutan nama untuk memiliki salah satu rumah yang dimohon. Guess what? Tingkat paling tinggi. Ya Allah. Masa tu kata kan. Kita punya nak cari rumah bawah, Allah bagi rumah paling tinggi. Dan ada dua jenis pilihan gaya rumah. Berkenan dengan style B2, dapatnya B1. Masya Allah. Nak ajar hati tu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sangat susah kan.


Bila dah berjaya, mula la pasang kaki dengan bank, buat balik perkiraan  supaya tak lepas pandang. Memang rezeki sungguh, kereta dah lepas 9 tahun. Gantikan dengan rumah pulak. Beriya la nak tengok kawasan rumah tu dah siap belom, sekali. hanyalah ada sekangkang kera tanah yang terbiar. Adeh~ penangan korona kan. 


Masa tu, tak tau la nak bukak cerita ni ke tak, sebab tahu ramai struggle nak bangkit dari 2 tahun yang terbuang, istilahnya. Tetiba kami direzekikan dapat rumah. Dengan ahli yang makin bertambah. Setelah selesai 10% dokumen dengan pihak bank dan penguam. Di sini kisahnya diabadikan. 


Projek Rumah Mampu Milik Johor khas untuk bangsa Johor dan mereka yang telah menetap lebih dari 10 tahun di Johor. Projek ini direalisasikan untuk mereka dalam kategori B40 yang ingin memiliki rumah di bawah bajet bermula daripada RM42k sehingga RM200k sebuah. Jadi sebelum memohon mana-mana tawaran terbuka di Portal Hartanah Johor , pastikan rumah yang dimohon sesuai dengan kelayakan korang. 


Ini lah ringkasan rumah pertama kami. In shaa Allah panjang umur Nayla sekolah nanti baru dapat kunci. Kalau developer laju buat kerja la, 3 tahun pun dah boleh siap agaknya. Agak teruja bila developer sama yang bangunkan ECO Spring. Hehe Macamana rumah kami? Kita sambung nanti. Doakan kami dapat kumpul duit untuk deco pulak. Angan je lebih. 

10 ulasan

  1. insyaAllah rezeki anak-anak kita tak tahu..

    BalasPadam
  2. Untung sangat menetap kat Johor ada Projek Rumah Mampu Milik ni. Alhamdulillah..tahniah, seronok ada rumah sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. memang senang jugak nak mohon dia. Kena untung nasib rezeki. Alhamdulillah dpt ..

      Padam
  3. Seronok ada rumah sendiri kan. Kita masih lagi mencari. Harap dapatlah sebiji satu hari nanti 😌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin kak Syu. semoga dipermudahkan urusan cari sebiji.

      Padam
  4. Alhamdulilah.. tahniah Aien, sekurangnya hal milik kekal kita.. tu namanya rezeki anak-anak.. one day boleh tambah satu lagi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah kan kak. Itu la jugak yang diharapkan moga panjang umur dapat la tambah lagi.

      Padam
  5. tahniah aien. rezeki tu. semoga dipermudahkan urusan nanti.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤