DRAMA KOREA: All Of Us Dead (2022)

Khamis, Februari 03, 2022

 

image kredit: soompi

Tajuk: All of us Dead 

Genre: Horror, Suspend, Fiction

Bil. Episod: 12 

Channel: Netflix

Cast: Park Solomon, Park Ji Hoo, Cho Yi Hun, Chan Young Yoon

Sinopsis: Sekumpulan pelajar menengah terperangkap di sekolah mereka, Hyosan High School ketika satu virus zombi mula menular. Mereka desperately melarikan diri daripada sekolah dan juga daripada menjadi zombi sendiri. 



Wei, berlari sama wei tengok drama ni. Actually memang tengah hype kat mana-mana media sosial and as you may know. Memang tipikal cerita zombi, tapi daripada highlight yang berbeza. 


Macam Train to Busan, highlight bapak nak selamatkan anak dia. Atau Happiness di mana askar cuba untuk menyelamatkan diri dan dikuarantin. Dan untuk drama zombi dari Korea Selatan ini pula, highlightnya daripada golongan pelajar sekolah menengah yang sering dianggap sedang melalui masa rebel mereka. 


"Ingat, kita bukan dewasa mahupun kanak-kanak. Kami juga bukan manusia dan bukan zombi." -Nam Ra


Serius cakap, drama ni lagi banyak kena lari kalau korang bukan peminat genre horror atau saspen tapi kadang suka juga nak try tengok. Bak kata Nayla (anak Aien tu) Ibu, cuba tengok elok-elok. Haha 

Virus yang dimulakan oleh seorang bekas ahli farmasi dan juga cikgu sains di Sekolah Tinggi Hyosan, Lee Byeong Chan. Beliau cuba menciptakan sejenis virus apabila kasihan melihat anaknya sering saja dibuli di sekolah. Apabila dibawak ke pihak atasan, masing-masing pejam mata atas kes yang dianggap gurauan anak muda. 


Lee Jin Su, saban hari asyik dibuli sehingga satu hari dia dibuli teruk sehingga terjatuh daripada bangunan  akibat ditolak oleh sang pembuli. Dan ayahnya mendapat tahu Jin Su semakin agresif dan bertukar menjadi zombi, cuba untuk menyembunyikan hakikat bahawa virus ciptaannya sangat berbahaya. Beliau ingin terus membuat ujikaji terhadap orang lain, langsung dicuba pada salah seorang pelajarnya, Hyeon Ju. 


Kesilapan itu bermula apabila Hyeon Ju di hantar ke hospital oleh cikgu lain, dan sebelum itu Hyeon Ju ada mengigit orang lain. Dan virus itu merebak dengan begitu pantas sekali. Seawal episod satu boleh lihat betapa kucar kacirnya Sekolah Tinggi Hyosan akibat daripada virus ini. 


12 orang pelajar dapat menyelamatkan diri dengan menyembunyi dalam kelas mereka. Tapi sedikit demi sedikit mereka kehilangan ahli apabila setiap kali mereka bertindak untuk menyelamatkan orang lain atau cuba mencari jalan keluar, setiap kali itu lah  pasti ada yang tumpas. 


Jadi jom kita highlight beberapa scene yang sangat geram dan mendebarkan sampai anak tegur ibunya jalan berlari tengok cerita zombi. 😂 


  • Masa Gyeon Su dituduh telah digigit padahal sebenarnya atas perasaan benci sesama, dia 'dibunuh' oleh Na Yeon. Masa ni laa, orang cuba la nak survive. Dia boleh pulak salahkan kawan dia tu. Eeehhh geram pulak aku dengan Na Yeon ni. Sampai sudah Na Yeon dihantui rasa serba salah terhadap kawan-kawan yang terselamat tadi, dan ketika Na Yeon cuba untuk memberi  bekalan makanan kepada temannya, malang sungguh nasib bertemu dengan si tukang buli, Gwi Nam. 

  • Lejen Gwi Nam, Sebim (semi zombi) ni lahai.  Tak mati-mati setelah digigit zombi, jatuh dari  tingkat 4, jatuh dari bumbung sekolah. EH, GERAMNYA! Ha, kan dah huruf beso. Dek kerana perasaan dia nak bunuh Cheong San yang telah cucuk matanya dan membiarkan dirinya dimakan zombi. Eh, padahal engko tu dari dapur kantin nak selamat, habis semua kawan-kawan ko dihumban pada zombi. Geram aje laa. Nak tahu macamana dia mati tak? Tengok la sampai habis. 

  • Jimin curiga dengan kebolehan Nam Ra, ketua kelas mereka apabila gadis itu mula digigit Gwi Nam. Sampai sudah wei.. Dia survived! Akhirnya dia dapat merubah dirinya menjadi lebih hebat daripada Nam Ra sebelum itu, yang cuma tahu belajar sahaja. 

  • Sedih part dorang kena tinggal tentera apabila ada seorang pelajar, Eun Ji (kot) yang p gigit kawan dia, Cheol Soo di pusat kuarantin. Sebab geram dengan Cheol Soo, yang pengecut sebab nak mampu selamatkan Eun Ji ketika mereka sama-sama dibuli. Dia marah dengan Cheol Soo jugak sebab turut sama subahat untuk menyebarkan videonya tanpa rela. 

  • Padan la muka Cheol Soo tu, masa dia diselamatkan oleh tentera pada awalnya. Masa tu, dorang lain semua tengah sibuk ketuk pintu bumbung suruh dia bukak. Dia boleh pentingkan diri kata dah tak ada orang lain. Eh, Eh..  Haaa sepik asai ko sia! 

Ada la banyak scene yang rasa macam kelakar, tense, dan juga romantik budak sekolah ni. Yang sibuk nak kenal erti cinta. Yang mula mencari rakan yang benar-benar mengenali diri mereka. Masa umur ni juga la orang ramai jumpa best friend forever kan? Walaupun Aien sendiri tak tau pengalaman baju putih kain biru muda ni, tapi suka tengok spirit dorang dalam ni. Walaupun dorang ditinggalkan oleh askar, dorang tetap nak selamat dari zombi semua. 


Di penghujungnya, Nam Ra selamat dan tidak lama berupa seperti mana ketika On Jo dan Su Hyeok tinggalkan dia 4 bulan lalu. Nam Ra kelihatan lebih gembira di situ walaupun diajak untuk turut serta ke pusat kuarantin. 


Oh, ada season two kah? No no no.. Nak tahu jugaaa... Omoh...Siapa kawan-kawan Nam Ra tu? Adakah Gwi Nam dan Cheong San mati begitu saja? 
Ish. saja la tu bikin saspen lagi. 

14 ulasan

  1. Saya tengok tak habis, baru sampai episode 6. Boring bagi saya hahaha :') Gerammm je dengan sikap Na Yeon tuuu, tak pasal pasal Gyeon Su jadi zombi. Na Yeon dalam squid game sedih pulakk, tapi dalam all of us are dead ni memang super annoying hahaha >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kita tak fokus dia dalam squid game

      Padam
  2. hahahhahah br je nk layan drama ni...!! tgh amek feel :D

    BalasPadam
  3. Dah tengok, macam nak tercabut jantung.. rasanya mesti ada season dua sebab last macam tergantung je kan citenya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Penat berlari tengok drama ni. Sejenis penakut.

      Padam
  4. fikir 10 kali nak tgk citer zombie. tp cite ni skrg mmg trending kan

    BalasPadam
  5. adoi kita dah penat nak tengok cite zombie, tgk muka zombie tu pun dah muak..haha

    BalasPadam
  6. Tak tengok lagi so blur bca karektar 😂

    BalasPadam
  7. level menyampah tengok na-yeon sama tahap dengan level menyampah dekat on-jo

    BalasPadam
    Balasan
    1. On Jo? Why? Haha Rasa On Jo punya karakter okay kot. Tapi sadis nayeon mati begitu saja

      Padam
  8. ok ok la.layan gak sbb viral kan. baru sampai ep 8, weekend ni nak sambung lagi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤