DRAMA KOREA: Rugal (2020)

Isnin, Februari 14, 2022

 


Tajuk: Rugal 

Genre: Aksi, Sains Fiksyen, Drama

Bil.Episod: 16

Channel: OCN

Cast: Choi Jin Hyuk, Jo Dong Hyuk, Park Sung Woong, Jung Hye In, Han Ji Wan dan ramai lagi.

Sinopsis: Kang Ki Beom seorang detektif elite yang sedang menyiasat sebuah organisasi jenayah bernama Argos. Ketika ulang tahun perkahwinan Ki Beom mendapati isterinya dibunuh oleh sekumpulan lelaki bertopeng yang dihantar oleh Argos. Dan kedua biji matanya di-cucuh keluar. Apabila sedar, Ki Beom berada di hospital dan dia dituduh membunuh isterinya. Tak lama kemudian, NIS menemui Ki Beom dan menyerap beliau masuk ke dalam pasukan rahsia NIS, Rugal. Diberikan dua biji mata artifac melalui bio-teknologi, Ki Beom dan ahli pasukan sehabis usaha menjatuhkan kumpulan penjenayah tadi. 



Sebenarnya suami yang nak tengok drama ni, malangnya di Netflix dan aplikasi lain masih bersarikata english. Dan beliau mematikan niat untuk menonton. Maka bini sambung sebab kalau tengok drama lagi suka kalau sub english. Hihi

Ki Beom lakonan Choi Jin Hyuk tak pernah mengecewakan apabila beliau dalam drama aksi. Malangnya plot drama ni tak berapa nak kuat walaupun dikatakan drama ni adaptasi webtoon karya Rilmae. 

Rotten Tomato pun bagi 6.3/10 saja rating untuk drama ni. Why? Teruk sangat ke? Meh lanjutkan baca sampai habis ya. 

Mengisahkan Ki Beom yang sangat dedikasi pada tugasnya mula menyelongkar rahsia di sebalik kumpulan organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik politik dan perniagaan lain. 

Demi untuk tidak rahsia mereka terbongkar, dibunuh isteri Ki Beom tu pahtu cakap Ki Beom tu gila. -kejadah dia. Siap korek biji mata orang tu supaya dia tak boleh tengok muka mereka yang ditugaskan bunuh bini dia tu. Actually mereka mungkin berharap Ki Beom tu mati agaknya. Tapi semangat dia kuat. 

Pihak NIS selamatkan Ki Beom. Dan bagi mata saintifik padanya. Alhamdulillah mata tu serasi dengan Ki Beom dan sejak tu, Ki Beom training dengan ahli kumpulannya -RUGAL yang terdiri daripada Song MiNa - detektif yang diselamatkan oleh NIS a.k.a Pengarah Choi ketika rakan tugas mereka lain mati dibunuh. Han Tae Woong - bekas ketua legendary Argos dahulu. Kemudian berpaling tadi apabila adiknya dibunuh oleh Hwang Deuk Gu a.k.a musuh paling jahat di merata drama. Sorang lagi, Lee Gwang Cheol pencuri yang ada kaitan juga la dengan dorang ni. 

-tertangguh pulak review drama ni. Meh kita sambung. 

Tak faham kenapa drama ni dapat rate rendah padahal best la jugak sebab sains fiction. Tapi memang kalau Korea buat sains fiction without romance memang takkan dapat sambutan.  Padahal pelakon Ki Beom tu best jugak kalau dia berlakon. 

Jujur cakap memang bosan sikit sebab jalan cerita dia nak cerita betapa Hwang Deuk Gu tu nakkan mata si Ki Beom tu sebab dia dah cuba cipta askar manusia. Dan telah membunuh ramai orang demi ujikaji tak guna dia tu. Maklum la orang tamak, memang selalu rugi. Aien sendiri belom habis tengok sebab kind of boring dan menyampah dengan Deuk Gu tu. Mana-mana aku nampak dia jadi jahat. Eh~ 

Best, tapi bosan? Eh, macamana tu. Nak tengok sejauh mana Ki Beom tu dimanipulasi oleh mata sainstifiknya apabila mata tu mula menguasai minda separa sedar Ki Beom dan menjadikan Ki Beom pembunuh seperti yang digembar gemburkan oleh pihak Argos. 

Adakah dorang Rugal berjaya tumpaskan Argos tu. Nanti dah habis tengok kita update lagi. Hehe 

5 ulasan

  1. tu laa aien.. mama pun memang terigin nak tgk cerita ni sebab mama kan ska sci fi. tapi bila baca review mcm ada bosan tu. jalan cerita dah best sgt. tu yg buat mama tak jadi tengok huhuu

    BalasPadam
  2. suka cerita2 genre mcm ni :)

    BalasPadam
  3. mula2 best tapi lepas tu macam bosan, tak ingat pula ending dia macam mana..haha

    BalasPadam
  4. Nampak gak ramai share drama ni, nanti nak tengok gak laaaa

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤