5 cara untuk menonton chinese drama

Selasa, Februari 08, 2022

 


Asyik buat review drama je  kali ni Aien nak share dengan korang kat mana port nak tengok chinese atau korea drama yang boleh korang terjah. Teringat dulu masa belajar, jadi ceti drama. Setiap kali ada drama baru, mesti adik-adik junior cari koi. Haha Selalu pinjam hardisk sebab nak amek drama. Rugi sendiri tak buat bisnes drama ni. Haha


Kadang-kadang rasa serba salah nak kongsi juga sebab aku ni bukan la reti nak selok belok. Kalau dah menaip tu, sokmo jujur dari hati. dan berkongsi pun ikhlas la. Risau kot ada mana-mana pihak tersinggung sebab benda jahat jangan kongsi. Disebabkan aku terjumpa keyword ada orang cari macamana nak tengok chinese drama, aku kongsi. selebihnya korang perlu jujur dengan diri sendiri. Okay? 


 Aplikasi rasmi

Menggunakan aplikasi adalah cara mudah untuk menonton chinese dan korea drama ni. Contohnya seperti menggunakan IQiyi, WeTV, atau VIU dan Netflix. Ada sesetengah drama yang baru ditayangkan adakalanya perlu menjadi VIP untuk menonton episode yang baru. Jika anda rasa perlu support aplikasi ni, jadi marilah kita daftar menjadi pengguna yang berhemah. Saya kadang-kadang ada drama nak ditengok baru jadi VIP. Ya la, mereka juga perlukan dana untuk hasilkan cerita yang best untuk hiburan kita kan? Tak salah sekiranya kita menunggu kan? 

Dramacool  dan kissasian

Korang peminat tegar drama pasti kenal la dua platform ni. Wajib tau sebab di sini berkumpul segala drama dan movie asia. Seeloknya tengok di komputer ataupun laptop sebab mereka sangat gemar menggunakan iklan pop up yang terlalu banyak sampai rasa annoying lebih-lebih lagi jika korang buka ikut smartphone. Super annoying! Macam telefon korang dah kena virus je rupanya.  


Telegram 

Ni salah satu syurga kaki drama. Bijak cari channel, korang akan happy dah jumpa drama apa yang korang nak. Bezanya jika guna telegram ni nak kena muat turun dulu sebelum tengok. Terpulang pada korang nak SD atau HD. Tapi, kebiasaannya dorang admin ni memang dah sediakan yang jenis HD yang telah dicompress. Di sini korang boleh cari yang english subtitle ataupun indon subtitles. Bahasa cuma disediakan di aplikasi rasmi sahaja. 


Muka buku a.k.a Facebook

Channel ni kebanyakan kaum lejen je tau. Anak muda sekarang rela guna netflix je. Haha gurau gurau. Yang ni pun sama. Korang hanya perlu cari saja nanti jumpa la mana yang korang boleh tengok. Contohnya, korang cari drama Bad and Crazy episode 12. in shaa Allah keluar video penuh. Kalau rajin join private group yang memang ada keluar drama terbaru. Jujur cakap, mereka yang buat subtitles ni untuk kita tengok bukannya berbayar tau. Ada sesetengah buatkan private video untuk berkongsi dengan peminat tegar drama. Contohnya bukan semua mampu subscribe disney Hotstar untuk menonton drama Snowdrop tu, tapi korang tetap nak tengok. Jadi platform nya adalah muka buku ni. Cuma bila dah tengok  tu, mohon jangan report. Tu je la dorang admin minta. Geng biasa buat subtitle tak berbayar ni pinoy ngan indon. geng bahasa ni biasa cari yang boleh jana pendapatan. Bukan untuk pleasure. betul tak? 

Youtube

Last, but not least. Sumber terbuka paling senang nak menonton drama chinese yang tiada di aplikasi ataupun drama yang mempunyai akaun rasmi youtube seperti MangoTV. Ada juga aplikasi dorang ni, cumanya tak mendapat sambutan daripada international fans sebab aplikasi dia macam leceh sangat. So, ramai lagi prefer dorang kongsi di youtube. 


Puas hati dengan 5 cara nak tonton ni? Hope korang dapat layan drama kegemaran korang ye. Drama drama jugak, tugas hakiki jangan lupa. Peace~ 


15 ulasan

  1. kamek suka akan guna netflix, dramacool, disney hotstar. tu pun dh byk, sikda masa melayan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaaa, banyak juak ya. Netflix pun mun ada drama kinek laju dah nya masuk.

      Padam
  2. mun kmk selalu nangga di netflix jak... tp last ceta ditangga pun hometown cha cha.. lmk x layan tv.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaahhh. lamak lalu dah hometown cha cha ya.

      Padam
  3. mama suka guna dramacool.. mmg cool aje haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. Kalo ada laptop memang tengok situ je. Kalau fon, loading sungguh dengan iklan

      Padam
  4. Ooo sama, banyak Sis tengok di telegram chanel ajerr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa suka simpan koleksi banyak cari di telegram. La ni dah malas. pakat tengok online je.

      Padam
  5. oh..dia Suka tengok drama ye....hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka drama, tapi bukan berdrama. Ahh~ gituu

      Padam
  6. dulu memang selalu tgk online je..kissasean tu. and FB gak..now banyak tgk kat netflix & astro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Netflix pun dah banyak masuk drama china kan?

      Padam
  7. Siapa yang berminat tonton drama chinese ni boleh lah refer kat sini.

    BalasPadam
  8. Thank you kak. Harap membantu

    BalasPadam
  9. Youtube tu memang tak dinafikan.. banyak gila drama china.. hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤