Pejam celik dah masuk trimester ketiga

Rabu, April 07, 2021



Pejam celik je kan, sekejap je rasa. Walaupun macam dugaan masa memula tahu diri pregnant lagi. Ditambah pulak selera makan yang tak ada tapi berat badan naik jugak. 😂 

Minggu ni, kali kedua repeat minum air gula. Uish, nervous dia usah la dibawa cerita. Udah ler kena minum air gula panas.Tak ada la panas sangat tapi nak tum tum sekali teguk tu tak buleh. Nasib tak muntah. Tapi teka tau, minum dalam keadaan dia masih suam panas gitu sebenarnya lagi kurang loya daripada yang dah sejuk. Kalo dah sejuk, I olls tak dapat bayangkan la rasa pior pekat gula 200gm dibancuh dengan air panas tu. Phew~ 

Ni dah hari kedua dah berlalu, tiada juga panggilan emas dari Klinik Kesihatan. Harap la kan, tak ada sangkut GDM. Moga tiada apa-apa masalah sehingga melahirkan. Aamiin. 

Masuk trimester ketiga, bermaksud hari ini sudah 27 minggu 1 hari. Lagi 90 hari lagi menanti si kecik ni nak keluar. 


Ini gambar screen shot daripada aplikasi 280days semalam. Ibu dia macam tak percaya je dah 189 hari mengusung dia ke hulu ke hilir dengan si abang boleh tahan renyah dia. 

Mak mentua kata si Najmi ni kira elok la perangai dari ada setengah budak kecik begini tau Ibu dia mengandung memang meragam sokmo. Alhamdulillah. Allah tahu level kesabaranku tidak la tinggi. Ha ha 

Daripada beberapa bulan yang lepas, dok fikir nak berpantang di mana? Runsing jugak tu. Ikutkan hati malas la nak menyusahkan mak mentua lagi sebab dah dua kali berpantang di sana. Kali ni pulak dia ada masalah tekanan darah tinggi dan sibuk dengan tender masakan bubur untuk orang niaga. Walaupun dalam dia kata tak kisah, jauh sudut hati segan bebeno nak mengharapkan dia lagi.

Cuba la bertanya dengan mak ayah di seberang nuu. Masa tu Sarawak kalo keluar masuk kena swab test dan juga kuarantin, masing-masing ngelak daripada kena keduanya. Okay, tak apa la. kita faham. 

Maka bermula pulak misi baca review berpantang sendiri. Huish... Ada dua tiga orang bertanya dan berkata, "kuat ke nak berpantang sendiri?" Bahkan baca review juga mereka menyatakan emosi dan mental kena kuat sikit. Harusnya sokongan daripada encik suami mesti lah kuat. Bila usulkan pada Cik Laki, dia cuma hmmm kan aje kita. 😂 Adeh  berhuhuhu jugak ni. 

Minggu lepas pulang ke kampung, bincang lagi dengan mak mentua nak buat lagu mana. Fikir jugak beberapa faktor sekiranya, 

  • Sakit nak bersalin waktu malam. Siapa nak ditinggalkan anak-anak? 
  • Risau anak-anak bosan kalau 44 hari tu tak ada ke mana. 
  • Sekiranya suami kerja, kuat ke nak jaga mereka berdua di samping si kecil. 

Sebab hakikatnya masa pantang dan hamil ni, Aien ni kuat bebenor ler tidonya. Kalo boleh, memang tido aje ler kejenya. Tapi, kalau kat rumah sendiri rasanya renyah jugak tu. Haha Memang dah tak serupa orang pantang aje le nanti. 

Makanya,, harus daku menyediakan hati dan perasaan untuk siap sedia berpantang bersama mak mentua sekali lagi. Cik Laki dia kerja dari kampung sana, dalam jam 6.30 pagi dah bertolak. Jam 5.40 petang dah sampai rumah. Laju tak dari UTM Skudai ke Pekan Nenas. Haha Balik je terus mandikan baby. 

Itu rutin yang lepas la. Kalau PKP tak dilaksanakan sekali lagi, in shaa Allah onz je. Nayla dan Najmi pun ada kawan nak bermain jugak selain dok ngadap Ibu dorang ni je. 

Jadi, ceritanya ada kurang lebih 12 minggu lagi nak fikir nak kemas barang apa semua. Moh ler kita sediakan diri untuk kuarantin diri selama 44 hari. Dan ceritanya blog pun akan tersadai sama dalam tempoh tu. Ke nanti standby story untuk 44 hari ke macamana la kan. 

That story for third trimester of 3rd pregnancy, May Allah bless all of you. 🌼 
.










13 ulasan

  1. Alhamdulillah. Semoga selamat bersalin nanti :)

    BalasPadam
  2. wahhh alhamdulillah. takpe sis, ada masa lagi tu, haha fikir jangan tak fikir tapi jangan sampai stress hehehe takecare 🤍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Tu laa.. tak fikir nanti gelabah je..

      Padam
  3. Alhamdulilah... 👏👏 Semoga baby dan aien sihat2 je

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkn segala urusannya.
    selamat bersalin dan sihat semuanya

    BalasPadam
  5. Sekejap masa berlalu. 12 minggu pun tak lama lagi je tu. Semoga Allah permudahkan urusan aien. Aaminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Terima Kasih kak Fiza. :)

      Padam
  6. wahh tahniah. masa pantang pon sis taknak sentuh blog.hahahah. nikmati tempoh pantang dengan aman. air gula tu kalau suam sis ok minum. kalau dah sejuk dia melekat kat tekak tu rasa loya

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Tapi rindu pulak nak membebel. Lolz~ alhamdulillah dua kali kita kena kena suam dan panas. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.