Kisah Najmi, tumbuh gigi taring sebagai gigi ke tiga.

Jumaat, Ogos 14, 2020

 Kisah Najmi, tumbuh gigi taring sebagai gigi ketiga | Anak la anak.. Apa aneh-aneh saja kamu ini. Hari tu kaki la. Kali ni pulak gigi. Ibu is pening nak ui. 

Manja dia usah dikira. Seawal bulan Ogos hari tu, asyik merengek nak berdukung saja. Nak dok bawah ketiak Ibu la lebih senang cerita dia. Ibu nak buat kerja terus terbantut semuanya. Kang orang cakap Ibu ni main telefon aje. 

Padahal, ye laa.. malas la nak cakap kan... 


Secara logik dan klinikalnya gigi bayi atau kanak-kanak akan tumbuh bermula daripada gigi hadapan terlebih dahulu. Sama ada dari gigi hadapan di gusi bawah mahupun di gusi atas. Terpulang. Majoriti kebiasaannya gigi akan tumbuh di bahagian bawah dahulu. Alhamdulillah sejak 11 bulan, Najmi sudah pun ber'taring' dua gitu. Nak bagi susu badan pun naik seram dia ketipkan. setelah sekian lama baru la gigi ketiga dan keempat nak menyusul.


Ikutkan umur juga, anak-anak Aien boleh dikatakan ketinggalan dalam pertumbuhan gigi ni. Orang kata tak ada diransangkan gusinya tu. Padahal dah gosok aje gusinya. Boleh refer klinik atau Youtube tentang penjagaan mulut bayi dan kanak-kanak seawal usia. 


Yang merisaukan si Najmi ni, Ibu dia suka benar layan tekak manis sendiri sampai kenan ngan anak. Dulu masa kakak Nayla, banyak pantang larang. Dah kena si Najmi, pantang tengok rembat je semua.  Risau Ibu ngasi jugak. Apalah Ibu ni...

Sabar la Ibu sebulan ni, Najmi meragam nak tumbuh gigi. Takat entry ni ditaip, dah dua dari sebelah kiri dah 'pecah' gusinya. Lump sum sekali gigi dia nak keluar haa.. Bertabah la...




18 ulasan

  1. mujur tak demam..be strong boy.. tak boylah kalau tak tahan sakit ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah anak-anak Aien dua orang, tak ada demam jika tubuh gigi. Lega sangat. Yang merengek manja pun ibu dia tak sabar. haha

      Padam
  2. ragam anak tumbuh gigi, bertabahlah wahai ibu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Memang bertabah la. geram² tapi layankan aje laa..

      Padam
  3. haha..kamek selalu fikir positif, setiap pertumbuhan anak2 yang berbeza..tapi ya lah, makcik2 bawang selalu hebat berkata2 kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aok.. Tapi, susah kak nak bezakan sidak. Sib bait mak mentua kamek selalu ingatkan. Anak2 tok satu mak pak pun xtentu rambut sama itam. Huhu

      Padam
  4. bertabahlah..heheh moga semuanya baik baik saja

    BalasPadam
  5. yg beso pon tumbuh gigi sakit memacam perangai ni kan pula bebudak..huhu

    BalasPadam
  6. Tak demam tu lega sikit tapi menrengek tu memang kesianlah kat dia.. sekali dua pula nak keluarnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye kak Sha. sekali dua tu yang seram nengokkan lagi2 dia masih nyusu badan. Haha

      Padam
  7. sakit gg la paling mencabar sekali..semua benda tak kena

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Hahaha sekarang gigi ke-5 pulak nak keluar. ^^

      Padam
  9. Bila anak nak tumbuh gigi, maknya yang paling bz hehehhehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.