Hasil cabutan bertuah, Oven baru lagi besar.

Rabu, Ogos 05, 2020

Alhamdulillah, sekali kau bersyukur atas segala nikmatnya, Allah akan gandakan rezeki pada mu. 

Alhamdulillah. Tahniah Cik Suami dapat cabutan bertuah dalam mesyuarat agung kelab keluarga tempat dia bekerja. Masyuk. 

Pulang rehat tengahari, dia sempat bermain dengan anak-anak minta doakan supaya dapat TV. Dapat la tengok TV di rumah. Aku ni blur. Tang mana nak dapat TV tu.. Haha tak la pulak mulut ni nak menanyakan. 

Alih-alih petang dia balik kerja mengangkut sekotak besar oven. Sebelum tu ada jugak masuk whatsapp kabokan pada aku, tapi itu la. Tepon tak sempat menengokkan. 


Alhamdulillah Allah. Tak dapat TV  oven pun jadi. Besar bak hang. Sama jenama yang Mr.Ayahumi aku hadiahkan pada kami masa kahwin dulu. Tapi kali ni sekali ganda besar dia. Siap boleh panggang ayam sekor jah.. Boleh la buat kenduri kendara. 

Apa yang aku teruja lagi, macam pembakar semangat la suruh aku nak baking-baking ni. Angannya nak bisnes brownies la, apa la kan. Ala simple simple je. bila dah ada oven besar macam ni terangan la pulak nak bakar kek lapis sendiri. Kah! Kita tengok sejauh mana kek lapis itu pergi. Haha 

Setakat ni mampu jual yang orang buat ja. Nak buat sendiri rajin bebeno... 

Makanya, bila dah ada oven baru ni.. yang kecik molek tu pass la pada mak mentua. Buat dia bakar bakar apakan. Heee~ I am so excited .. 

Cik Suami pun bukak cerita, sejak kawin rezeki cabutan bertuah tu tak pernah miss. Dulu, masa mula kahwin dapat alas cadar. Pun kain bagus. Sampai sekarang aku suka mengenakan set tu. Raya tahun lalu, dapat kipas. Rezeki anak la. Memang masa tu cakap nak tambah kipas satu lagi dalam bilik. Alhamdulillah, dapat cabutan bertuah. Tak perlu dah beli. 

Bayangkan dalam bilik kami, kipas sahaja ada tiga. Satu kipas kaki, dua kipas meja. Setiap sudut katil ada kipas. Mak aih.. Bila sejuk, satu je la berfungsi. Tang panas.. Semua haa hidup.. 

Pahtu kali ni pulak, alhamdulillah dapat oven. Allah hiburkan hati aku kehilangan baby, suh happy happy bisnes agaknya. Aku dah dua tahun berangan nak bisnes brownies. Tapi, takut nak mula sebab khuatir pasaran, takut tak mampu kejar demand, lagi satu takut penyakit M aku datang. Sebab tu aku rajin buat untuk makan sendiri je. Kadang bawak balik kampung, lanje la tekak adik ipar yang suka dessert ni. Alhamdulillah, semua kena dengan tekak dia. sekarang dah pandai request minta buatkan kalo dah lama tak buat. Haha 

Tunggu la, ada sikit keberanian.. Ada la bau bau coklat yang awesome tu.. heee~ 

Terima kasih Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami hari ini. Alhamdulillah atas nikmat yang telah kau kurniakan pada kami. 

14 ulasan

  1. alhamdulillah rezeki si tu..dah ada oven tu boleh la buat brownies yea

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la tu. Moga menjadi untuk jualan ye.. Hehe

      Padam
  2. wah mungkin inilah masanya utk bisnes dah

    BalasPadam
  3. wahh seronoknya sis ! ehh, buatlah bisnes brownies tu... insya-Allah ramai minatt, saya ni pun minat jugak nak beli tapi tulah macam jauh je nak beli, lainlah kalau boleh diposkan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh-boleh pos tu ... Tp yg kering la. Basah ni.. jenuh sikit. ^^

      Padam
  4. Alhamdulillah..rezeki tu. bolehlah membakar bakar lepas ni guna oven baru. semoga dipermudahkan kalau nak bisnes nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Fiza. ^^ Aamin.. Ya mujib.

      Padam
  5. Alhamdulillah..
    Ini satu pembakar semangat ini..
    Kak Sha doakan semoga semangat aien untuk bisnes brownies dan kek ini mencanak naik dan sentiasa membara.. You can do it.. Chayook.. chayook..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin ya mujib.. Itu la. nak mula dari mana ntah tak tau. Hehe

      Padam
  6. bah apa gik, kek lapis seloyang! haha

    BalasPadam
  7. bestnyeee shida dah lama idam nk oven ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ada rezeki buat Shida satu hari nanti. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.