Dah sebulan berlalu, baru teringat-ingat dengannya

Selasa, Ogos 25, 2020

 

Dah sebulan berlalu, baru teringat-ingat dengannya | Benar la kata orang, beratnya kehilangan. Sesuatu yang datang tanpa salam, perginya jua tiada khabar. Seminggu berlalu, aku seperti tiada rasa perubahan. Kemudian, padam remark yang aku mengandung di aplikasi Theasianparent dan juga aplikasi kalendar period. Kemudiannya, Theasianparent ada memberikan satu mod pemulihan untuk ibu-ibu keguguran agar tak bersedih. Aku buangkan mod itu kerana rasa aku tak la bersedih sangat. Namun, sejak dua menjak ini, aplikasi itu sering menghantar notifikasi tentang apa ibu hamil harus lakukan, apa tips no & yes to do during hamil, apa-apanya la tentang tempoh kehamilan. Me like? ........ 

Dengan badan sakit-sakit, yang pantang tak juga pantang. Sebulan berlalu  baru nak berurut, dengan anak-anak lain tak sehat.. Allahu~ 

I was really tired you know... I want to go...... 

Aku cakap dengan diri aku, ko buat la apa-apa yang yak bagi ko sedih. Doa banyak-banyak. Orang lain ada lagi sedih tau dari ko. Atleast ko ada dua lagi anak ni. Baik Mrs. Ayahumi ataupun mak mentua aku serupa je nasihat mike tu,  Allah tahu lebih baik. Tapi, aku.... Aku bukan tak terima nasib.. I cuma penat dowh.. Penat sangat. Sampai kadang rasa macam nak tikam diri sendiri, nak bunuh bebudak ni bila dengar dorang nangis. Tambahan lagi, bila orang sekeliling anggap kau dah sehat sangat. 😞 

Oh, mak mentua aku cakap la, haa tu la tak pantang. Yela, tak ada inisiatif sendiri kan. Masak lauk untuk sendiri, kang orang lain kata tak pedas. Tau aje la lauk pantang acaner kan. Aku bulun je masak lauk biasa. Tapi, sambil makan beringat. Kalo badan sakit, aku tak makan dah. Tapi, bab makan alhamdulillah aku rasa okay je. Cuma kaki tu la degil. Haha 

Kipas ditalakan ke kaki. Haa, merasa la urat kau kembang sana kembang sini. Kena sentuh sikit je, dah macam naga sendawa dia. Haiyaaa... 

Weh, tak ada siapa ka nak dengar cerita aku ni? 
Menghilangnya aku sebab rasa aku ni tak penting untuk sesiapa. Buat apa pun salah. Semua jadi....... 

Banyak aja la rezeki yang Allah bagi kat kami terutamanya laki aku ni la. Satu-satu dia dapat. Alhamdulillah. Tapi , aku ni yang rasa #taksyukurlangsung pasai pa ntah..  Rasa laki dah maju, ko masih kat takuk tu ja. Mental block macam terkurung a.k.a sesat dalam pagar maze tu.  Hebat lagi la jadi maze runner boleh keluar. Yang aku duduk situ, terpaku dongak tengok pagar maze tu. Kepala aje la fikir, mana aku harus pergi lagi? Apa yang aku perlu buat lagi ni? Kenapa aku tak happy-happy? Ke aku ni manusia tak bersyukur, sebab tu selalu rasa macam tu... T^T 

Ogos, it's hard beb. Aku nak bersembang benda pun tak tau wei... Rasa macam.... Loser sangat. Tolong la sesiapa amek aku ni...  bawak aku keluar dari pagar maze ni.. Aku takut....  .....



5 ulasan

  1. sis, may Allah gave you the strength you need to get this through... Insya-Allah kesedihan tu akan hilang juga.

    BalasPadam
  2. are you ok? jommmm round!! wassap kamek!! haha

    BalasPadam
  3. Aien, kuat tau! Semoga Allah berikan yang lebih baik. InshaAllah...Aaminn..

    BalasPadam
  4. Keep on pouring what inside you on this blog.. Dont keep it in your heart..
    Perasaan kehilangan tu memang makan masa untuk hilang.. Jangan mengalah..
    You are strong when you know what you feel inside..
    Aien kuat.. Kak sha yakin Aien kuat..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.