ANIMASI MOVIE: BOBOIBOY THE MOVIE 2| Hi~ Assalamualaikum

Akhirnya dapat jugak nak cerita Animasi meletup keluaran tempatan ni. 

Tiada apa la ingin Aien petik disini, cuma hendak mengambarkan perasaan teruja akhirnya dapat tengok walaupun tidak la semeriah di pawagam. Yet, I'm so focus sampai lupa nak kasi anak mandi. Kah! 

Betul la kata orang, animasi Malaysia semakin maju. Aien tabik sama animasi studio di Malaysia. Lepas ni menunggu pulak Ejen Ali yang ramai orang kata best sangat. Huwaaa!! 


Dalam filem nombor dua ni, menceritakan Boboiboy melawan Retak'ka yang merupakan pemilik asal kepada kuasa elemental yang dimiliki. Setelah kehilangan 4 dari 7 kuasa elementalnya, Boboiboy disuruh oleh Komendar Tapops untuk mencari Hang Kasa tapi disebabkan kerosakan data maklumat arahan untuk misi tersebut, Boboiboy dan Gopal berguru dengan Hang Kasa untuk memperkasakan lagi ketangkasan dan kecekapan mereka berdua. 

Jujur Aien katakan, dalam boboiboy ni satu benda Aien perasan ialah Tidak mendengar arahan. Haha Bukan dari sudut yang yang tak betul, macam si Boboiboy ni, baik hati sangat nak pergi ke stesen Tapops pada masa dorang terima mesej kecemasan dari Komendar. Padahal, Komendar dah keluarkan arahan pergi ke Planet Quabaq. See? 

No, no tak kritik. Just menyuarakan apa yang Aien nampak. you know what I mean? 

Baik hatinya Boboiboy ni jugak menyebabkan kawan-kawan dia bengang jugak la dia suka pergi selamatkan makhluk asing nakal si Adudu dan pembantunya Probe tu. Bak kata Adudu, Ex-kawan. 

Dan pada masa Boboiboy dan Gopal dan jumpa Hang Kasa tu, tak sangka pulak Hang Kasa tu rupanya BFF dengan si Retak'ka ni suatu ketika dahulu. 

Banyak twist jugak la dalam filem ni. Macam kita pun tak boleh jangka dia macamana. Bagi Aien, yang agak teruja nak tengok, mesti Aien akan tanya orang tau dia macamana macamana kesudahannya pada orang yang dah tengok. 

Tapi, disebabkan orang yang nak ditanya tu tak suka share spoiler, malas la nak tanya. Biar je kita excited sorang-sorang, sampai anak sorang tido di pangkuan, dan si kakak lupa nak dimandikan. Nasib perasan jam dah lewat. Kalau tak berterabur. 

Nasib juga dah dimuatturun. Boleh pause, atau replay balik. 

Secara keseluruhan filem ni memang menarik. Terbaik! 

Tunggu Ejen Ali pulak.. Sob sob je baca review dorang semua. Everywhere is saying about that. Apa yang menarik, Ejen Ali: Misi Neo telah mendapat kutipan terbanyak untuk animasi tempatan. Wow! That Wau Animation. Good Job! 


Jom la kita layan soundtrack dari animasi ni semua. 


extra dari Ejen Ali, buat penawar hati yang tak sabar ni.


Till next update. Jaa Nee!


8 Ulasan

  1. first filem pun tak sempat tengok lagi dah keluar yg kedua dah. tengok ejen ali je lah camni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok ejen ali best! (org kata) sis tak dapat nak tgk wayang, kena tggu je laa. ^^

      Padam
  2. Belum tengok lagi. cuti sekolah ni semua animasi keluar kan. jenuh nak kejar mana satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, semua memang kanak-kanak utk tgk tu. haha

      Padam
  3. Tak sempat juga lagi nak tengok Boboiboy. Ejen Ali pun sama. Adesss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boboiboy dah ada keluar kat channel tele.. hehe

      Padam
  4. Memang best.. Biasalah boboiboy tu baik sangat.. hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.