DRAMA CINA: My Dear Destiny (2020)

Selasa, Jun 28, 2022

 

kredit gambar: mydramalist

Tajuk: My Dear Destiny, Ugly Concubine is here

Genre: Harem, Wuxia, Fantasy, Comedy

Bil. Episod: 36 (37 minit per episod)

Barisan Pelakon: Zhang Si Fan, Hu Yi Xian, Wang Zi Tong, Li Ge Yang,Hu Wen Zhe 

Sinopsis: In the time of Yi, Humans, Wolf and Witches Tribe were lived dangerously together on the land of Zhangzhou. The divine maiden of the Witch Tribe, Mi Qi Qi was sent to the human world by her master from the tribe and is thwn embroiled in the fight of King Lu Ao's Harem. The two eventually joined hand to calm the chaos of three tribes. 

(source: Dramawiki)



Tonton drama ni sebabkan Hu Yi Xuan hasil dari lakonan dia dalam The Blue Whisper sebagai pembantu Yun He, atau si kupu-kupu macam comel je. Maka kita follow satu per satu drama lakonannya. Rupa-rupanya dia juga main character dalam drama Unforgetable Love. Wow, memang makin polish lakonan dia la. 


Pahtu tersangkut jugak la bila tengok hero dia hensem. ^,^ kemudian sambung la mencari drama lakonan si hero ni tadi. Bah, meh lah kita sambung review drama ni dulu. 


Drama berdurasi cuma 36 minit setiap episod ini menceritakan tentang Mi Qi Qi yang tetiba muncul dalam kawasan istana yang pada waktu itu sebenarnya Maharaja Lu ao telah bertukar sebagai serigala dan menyerang gundiknya Chou Qing Li dan menyebabkan Qing Li terjatuh dalam air. 


Tak pasal-pasal dia terlibat dengan masalah perebutan siapa yang menjadi kegemaran raja antara semua gundik dan isteri. Mi Qi Qi setelah menjadi Qing Li pula kehilangan kuasa sihirnya lantas meneruskan lakonan sebagai gundik Qing Li demi menyiasat perkara sebenar. 


Raja Lu Ao cuba untuk korek rahsia adakah Qing Li ingat akan dirinya yang telah bertukar menjadi ganas itu. Oleh kerana Qing Li tidak kelihatan seperti sebelumnya, Raja Lu Ao semakin curious dan menyiasat kenapa hal ini boleh berlaku. 


Perubahan sikap Raja Lu Ao terhadap gundik Qing Li mendatangkan perasaan cemburu Consort Ling dan cuba untuk sabotaj Qing Li. Nasib Qing Li yang dulu bukan la sekarang, dulu diserang sekarang menyerang. Eh.. lagi la mendatangkan perasaan iri hati Consort Ling terhadap gundik yang dahulunya berwajah jelik itu. 


Satu lagi rahsia terbongkar apabila Qing Li sentiasa cepat pulih dari apa jua kecederaan yang berlaku terhadap dirinya ketika Raja Lu Ao dan Qing Li telahpun bersatu untuk menyelesaikan masalah negara Zhangzhou. Okay sebenarnya ada dua rahsia antara mereka berdua ni. Mi Qi Qi ni bertukar menjadi Qing Li tetiba ada batu Jade Blood di lehernya. Batu itu berhubung kait dengan Blood Sword milik Raja Lu Ao. Bila mereka berdua dah saling jatuh cinta dan mula diserang oleh puak Serigala dan kakak sepuak Mi Qi Qi, San Sheng Hua yang menguasai ilmu hitam (sihir tak baik) dan mula nak takluk dunia. 


Apabila masing-masing terhalau keluar daripada istana dalam keadaan tercedera, High Priest dari Witch Tribe, Wu Ji selamatkan mereka dan mula menyiasat kenapa darah milik Qing Li ni sangat mujarab sehinggakan dapat merawat racun Wolfsbane yang diberikan kepada Raja Lu Ao satu ketika dahulu. 


Rupanya Mi Qi Qi ni adalah satu-satunya waris yang masih tinggal dari puak yang digelar puak lagenda, Blood Tribe. Di mana saat Puak Serigala menjadikan puak ini sebagai musuh utama mereka satu ketika dahulu. Ketua Blood Tribe lantas membuatkan Qi Qi kembar dan memisahkan mereka serta menyembunyi keistimewaan Blood Tribe itu sendiri sehingga kedua kembar ini bersatu. Paham tak tu? Haha begitu la kan cerita dia. 


Sempoi je. Macam low bajet pun ada jugak dan sesungguhnya drama daripada pengarah ni sangat la tak berapa berkenan sangat karyanya. Haha dia macam nak jadi hype dengan low bajet. gitu laa.. Nasib jugak pelakon diambilnya hensem. Kalau tak malas jugak nak tengok. Lagi-lagi scene Mi Qi Qi dijadikan seperti nenek kebayan oleh San Sheng Hua ketika hari pertabalan Putera Ji. Masa tu tengah bulan purnama, Raja Lu Ao juga bertukar sebagai serigala. Habis la semua menteri lari ketakutan konon kedua mereka ini adalah monster. 


Drama ni, pasal gila kuasa, gila talak, gila nak kuasai dunia semua ada. Haha Tapi tak ada la over dose sangat. Boleh la buat geli-geli bila sendiri dah tak tau nak nonton drama apa. Nak tengok drama sendiri boring. Eh.. Jika berminat boleh je cari di Youtube dengan tajuknya. Pasti ada dengan sari kata English dan juga Indon. Pilih la nak paham Mandarin ni dalam sarikata apa. Haha 

 

Next drama please...





Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤