Drama Series: The Umbrella Academy

Isnin, Jun 27, 2022

 


Tajuk: The Umbrella Academy 

Genre: Time Travel, Drama, Sci-fi, Comedy 

Bil. Episod: 30 (3 season) 

Cast: Aidan Gallagher, Elliot Page, Robert Sheehan, Tom Hopper, Ritu Arya, Emmy Raver Lampman, David CastaƱeda, Justin H. Min. 

Sinopsis: Pada satu tarikh di tahun 1989, 43 bayi luar biasa dilahirkan oleh wanita yang didapati tidak mengandung sebelum itu di merata dunia.  Tujuh daripada mereka diangkat oleh Jutawan aneh yang terkenal Sir Reginald Hargreevees, di bawah sebuah akademi yang dinamakan 'The Umbrella Academy' dengan misi untuk menyelamatkan dunia. Namun, melalui zaman remaja dan tumbesaran yang kurang kasih sayang, mereka sangat fragile dan mula berpecah setelah kematian 6 pada suatu misi yang dinamakan 'Insiden Jennifer'. 


Untuk menyelesaikan rahsia di sebalik kematian misteri 'bapa' mereka, keenam mereka mula berkumpul dan bersatu untuk menyelamatkan dunia. Drama series diadaptasi daripada komik hasil lukisan ketua penyanyi kumpulan My Chemical Romance, Gerard Way. 




The Umbrella Academy mengisahkan tentang 7 bayi yang dilahirkan oleh 7 wanita berbeza di tempat yang berbeza dalam waktu yang sama iaitu bulan Oktober 1989. Kemudiannya mereka diangkat oleh jutawan yang aneh tapi bijak, Sir Reginald Hargreeves yang mula melatih mereka sebagai superhero dengan misi menyelamatkan dunia. 


Tapi sejak kehilangan Ben ataupun 6 dalam sebuah insiden. Dan 5 hilang dalam garis masa. Mereka mula berpecah belah. Number One a.k.a Luther dihantar ke satu misi dalam siri 1, berseorangan ketika adik-adik semua telah meninggalkan akademi. Kemudiannya dia nyaris mati diberikan suntikan hormon Pogo, si penjaga mereka. Tak lama lepas tu dihantar ke Bulan. Kenot relate juga kenapa dia di hantar ke Bulan selama 2 tahun rupanya di siri 3 ada tunjuk Luther nyaris berjaya masuk ke kawasan rahsia bapa mereka di bulan tu. Hehe Nak tunggu kejutan apa di siri 4 nanti. 

Kemudian nombor 2 a.k.a Allison mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa padahal kadang-kadang dia menggunakan kuasanya untuk memperdayakan orang lain. 

Nombor 3 - Diego yang mempunyai kuasa balingan yang tepat. Macam tak ada function juga Diego dalam drama ni. Haha Tapi makwe dia di siri 2 nanti ada guna sebab Lila boleh serap setiap satu kuasa daripada mereka ni tadi.


Nombor 4 - Klaus. Macam taguna juga tapi dia mempunyai kuasa Raja Kematian? Like boleh hidup balik tak kira bagaimana tragiknya kematian dia. Dia dari kecik dilatih oleh Sir Hargreeves untuk terus kuat dalam ketakutan. Dan siri 3 baru dia berjaya jumpa kuasa dia dalam latihan bapak yang berlainan garis masa. Haha 


Nombor 7 - Nampak paling lemah dan taguna. Yang pada hakikatnya dia la pemusnah dunia di siri 1 & 2. Di siri 3, budak yang diselamatkan Viktor a.k.a Vanya, Harlan yang mendapat sedikit kuasanya pula yang secara tidak sengaja membunuh ibu mereka semua sebelum kelahiran mereka. 


Begitu la serba sedikit Intro tentang The Umbrella Academy. Drama series yang pada mulanya malas nak tengok akhirnya tersangkut sehingga kini di siri ketiga. šŸ˜Œ Drama hype yang mencerita tentang heroes yang bersatu untuk menyelamatkan dunia memang tipikal untuk drama western ni, but the Umbrella Academy satu yang berlainan bila dikaitkan dengan keluarga. Walaupun mereka bukan adik beradik betul, tapi mereka dibesarkan oleh orang yang sama dalam rumah yang sama. Jadi semestinya mesti ada hubungan yang sangat rapat kan. 


Well, bukan nak buat review. Cuma lebih kepada simpanan sendiri yang aku dah tengok drama ni. Dan ia best jugak ditonton cuma bukan dengan keluarga. Ah~ gitu. Sangkut pun sebab masa tu dah boring tak tau tengok drama apa. Dan macam nak tengok aksi drama. Sekali. Eh, best pulak. Padan la dia hype. 


Lagi la bila cuma nak memahamkan apa sebenarnya rahsia Sir Hargreeves ni cuba nak sembunyikan. Rupanya di Siri 3. Dia cuba nak selamatkan dunia dengan erti kata lain bawak balik semula isteri dia barangkali yang telah mati. Di penghujung siri ketiga ke-7 mereka telah kehilangan kuasa. Dan Luther juga telah kehilangan isteri yang dikahwininya ketika dunia bakal berakhir akibat paradoks ketika mereka merentas masa. Isteri Luther pulak Jaymee adalah dari The Sparrow Academy - hasil didikan Sir Hargreeves di garis masa yang kemudiannya. 


Macamana ketujuh mereka ni hidup seperti orang biasa? Allison dapat jumpa kembali anak dan suami yang dikasihi. Dapatkan Viktor berjumpa Sissy, kekasih yang ditinggalkan di siri 2 namun telah mati di siri 3? Dapatkan Luther bertemu semula dengan isteri tersayang? Ehh.. Debor pulak tunggu siri 4 yang tak tau bila ditayangkan. Haha Tunggu aje laa. 


Next drama please. 



1 ulasan

  1. x sabar nak tunggu sambungannya.
    aida & anak2 tgk sampai ending season tu.
    apa sebenarnya kan?
    mendebarkan!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. šŸ˜˜

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤