H-MOVIE: THEN CAME YOU (2018)

Rabu, Februari 13, 2019



 Assalamualaikum dan Hi! | Then Came You

Title: Then Came You 
Genre: Family
Durasi: 1 Jam 37 minit
Pelakon: Asa Butterfield, Nina Dobrev, Maissie Williams
Sinopsis: A terminally ill teenager and 19 yers old hypochondriac help each other achieve their dreams and face their fears. 

Simple je kan sinopsis dia? As tipikal cerita macam The Fault in Our Stars, Everyday dan lain-lain banyak cerita teenagers yang macam ni membawa motif yang sama. Well, walaupun mereka bawa motif yang sama, tetap genre yang macam ni agak ringan dan santai untuk ditonton. Dia macam terapi untuk bila kau dah boring, dan dah tak ada cerita lain nak tengok melainkan artis kegemaran kau berlakon. Ha, gitu. 

Untuk Aien, cerita dia ada la buat Aien menitiskan air mata sebak cause Calvin (Asa Butterfield) dia terlalu paranoid yang kemungkinan dia ada kanser sejak kematian kembarnya. Disebabkan itu, dia join support group kanser dan bertemu dengan Skye (Maissie Williams) ni tadi. Skye penghidap kanser dan telah buat bermacam list to die dia. Dan mengajak si Calvin yang paranoid ini untuk melakukannya. Seronok sebab Calvin ni agak pasif orangnya dan bila jumpa Skye yang aktif ni dia jadi ngam gitu. 

Sampai saat Skye nak mati, which this is sad part sebab dia dah buat semua list dia dengan Calvin, dah tolong Calvin untuk dapatkan awek yang dia suka iaitu si Nina Dobrev ni yang Aien rasa nama dia patut datang selepas nama Maissie. Haha 

Lagi satu yang trigger Aien nak tengok cerita ni sebab si Nina jugak kot sebab drama series Nina The Vampire Diaries is my favorite drama. Tapi, hampeh la dia dalam ni. Aah~ na na.. 

Fokus balek pada si Calvin dan Skye tadi yang sudahnya dia nazak, baru la si Calvin terasa kehilangan lagi sekali selepas saudara kembar dia. Adoo~ sedih. Yang buat Aien menitiskan air mata tu, Calvin buatkan keranda untuk Skye sebab dia suka bertukang, so Skye request pada Calvin untuk itu. Auch~ Last wish Skye adalah menghantui hidup Calvin buat selamanya. Haha 

Sweet, romance dan family pun ada. Sebab apa Aien letak keluarga, sebab dia mengajar kita untuk lebih menghargai orang sekeliling kita la kan. Walau macamana pun mereka. Bila dah tiada, jangan disesali. 

Worth to watch, rotten tomato pun kasi rate lebih tinggi dari cerita minggu lepas Aien review. haha 

Nak cari di mana? Ada telegram boleh cari di channel Ricky Christanto. Kalau tiada mungkin boleh cuba di 123movies or mana² port la sebab Aien tak tahu. haha 

Enjoy your watching! 

6 ulasan

  1. serious banyak gila movie tak dapat nak tgk. cukup la dpt baca a short review mcm ni. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la dia baru nak catch up segala movie last year. haha

      Padam
  2. Tengok jugak movie tu surprising it was good heheh

    BalasPadam
  3. boleh download japgi haha macam best ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. P download. and lepas tu nak baca review hang pulak.. haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.