HAPPY 9 MONTH ANAK!

Jumaat, Februari 22, 2019


Hi~ Assalamualaikum 

Alhamdulillah tahniah anakku, kamu telah membesar dengan sehatnya selama 9 bulan ni untuk ibu dan ayah. Terima kasih menjadi penghibur hati kami. Terima kasih juga kerana menjadi yang pertama buat kami. 

Nayla Insyirah, pemberian yang istimewa. Kamu adalah hadiah dari Allah SWT setelah 6 bulan ibu dan ayah bersama. Selama itu juga kamu sentiasa dirindui dan dinanti ketibaannya. Sejak kehadiran kamu disedari, ibu mula berhati-hati agar kamu sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah SWT. 

Senyummu, tawamu, bebelanmu kini kian jelas di mata dan telinga. Sungguh, ibu rindu kamu walau kamu ada di depan mata ibu sendiri. 

Moga membesar dengan baik dan sihat. Menjadi anak yang solehah, kakak yang baik dan menjaga adik-adikmu. Moga dirimu lebih memahami jiwa ibu daripada orang lain. Kamu la anak, kawan dan jiwa ibu. Moga Allah sentiasa pelihara kamu tika ibu tiada nanti. ♥ Ibu. 






12 ulasan

  1. Happy birthday Nayla Insyirah, semoga membesar dengan sihat :) Tak lama lg nak jd kakak ya. Hehe

    BalasPadam
  2. Aamiin.9 bulan dah ya.Allhu.cepat waktu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kan... Tak lama lagi totet2 jalan.. Adeh, rindu pulak dia yang baby.

      Padam
  3. Ya allah lama dah beeha tak berblogwalking kat sini. Dah besar dah anak. ;)

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Lahir Nayla Insyirah
    Semoga sentiasa menjadi anak yang solehah dan dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  5. Selamat 9 Bulan nayle sweet girl

    BalasPadam
  6. anak2 memang trasa cepat sangat besar kan.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat kak! Bila dorang dah membesar jadi rindu pula pada yang kecil. haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.