hi Oktober?

Selasa, Oktober 03, 2023

 


Allahumma solli ala muhammad 


Hi, hi.. Pecah rekod ehh September lalu cuma 4 entry post je ada? Mood nak menaip telah sepi sejak bertukar telefon baru dan segala editing macam mim alam lif sin je lebih dan aku pun busy tak tau mende. Banyak sangat fikir sampai jasad pun tak boleh bergerak. 


Cumanya nak kabo ler sebenarnya September lepas was the best September yang aku rasa since beberapa tahun lalu. It ended very well dan got happy newsssss... 



tahniah my adik got engaged last week, walau a bit rushing dan tak pasal-pasal I learned a new thing jadi mak andam terjun. Mengekek ketawa pasal nak pasal kuku palsu laa, pahtu keluarga lelaki dah sampai baru nak mandi pasal sibuk kat dapur la. nervous si adik dia sampai demam-demam dia the way kami dari Johor ke Melaka tu. Funny dan aku nak simpan cerita kat sini walaupun nanti dia tak bagi aku exposed gambar dia. Well, gambar manisan untuk pihak lelaki pun okay kan? Balasan dari pihak lelaki lupa nak snap sebab busy fikir nak ke Karnival Udara Melaka. Malangnya tak sempat sebab kami sampai tempat kejadian pun dah jam 4.30 gitu. Rupanya event tu open sampai 1700 je. Manusia pun cukup ramai jugak walaupun dah dekat masa penutupan. Last keluar daripada Melaka jam 5.30 gitu dan-dan jammed highway. Bayangkan sampai rumah dalam kol 11 gitu. Nasib dah singgah dinner dan mandikan anak-anak  kat RnR Machap.


September always my favorite month 

Sebab adalah bulan kelahiran aku. Walaupun tarikhnya hujung bulan. Thanks pada mereka yang wish. Walaupun ada yang telat sehari dua. Even, semalam aku masih menerima happy belated birthday. Haha busy bebeno semua orang eh. No present as usual, tapi berakhir dengan happy aje la. Alhamdulillah umur saia sudah 33 tahun. Umur yang tak pernah terfikir pun masih hidup lagi. Dah berkahwin dan mempunyai anak. 


Dulu kan, dok imagine don't want a husband cause marriage a battlefield. Pahtu dah kawen ni kan.. Biasa la prespektif kita berubah dan mula faham kenapa umi aku begitu. Well mesti la lebih kepada perspektif perempuan dan isteri la kan even cuba nak memahami daripada sudut pandangan seorang suami dan ayah.

Perkahwinan adalah ibadah terpanjang - Mizz Nina


Perjuangan  yang harus diteruskan bergolak dengan 1001 perasaan. Begitu la dia kan. Jadi bila adik aku nak tunang, a bit emotional sebab dia stay dengan aku awhile tempoh bertunang till hari nikah nanti in shaa Allah. Kita pulak take over rasa susah hati seorang mak tu. adehh.. Dengan pening kepala fikir majlis dia. Sebab dia nak nikah je dulu, tapi dalam kepala ni masih dok fikir nak kad ke, nak doorgift ke. Everything la. Bak kata laki aku — tak payah la sibuk, biar la dorang fikir sendiri. tapi kita ni?? Tolong la bagi aku kerja supaya aku tak overthinking. haha 


kan, dah jadi bebelan pulak. panjang bebeno taipnya ni Nor! Apapun, happy birthday dear myself, congratulation my dear adik and get well soon my anak-anak yang masih kungkang kung kang batuk. Letih dengar but Ibu is try all remedy here. Last method t nak pujuk ayahanda korang belanja EO YL. Ikut pengalaman lama dah  korang tak sakit tu, semua asbab EO YL tu. Harga keras, tapi korang pun cepat sihat. Musim dan faktor jugaknya. Sakit penghapus dosa ibu..  

.

okay, done bebel. Done taip. Moga kita berjumpa dalam masa terdekat lagi. haha 

 

5 ulasan

  1. Tahniah buat adik Aien...selamat bertunang...

    BalasPadam
  2. Happy belated birthday aiennn! Sama lah bulan September fav sebab birthday month haha. Nampak busy bebeno tu, no wonder lah banyak benda nak fikir pastu malas nak update blog. Anyway, semoga dimurahkan rezeki & may allah bless you and your family. Take care tau ;)

    BalasPadam
  3. tahniah atas pertunangan adik aien...

    BalasPadam
  4. datang singgah sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤