Korea Drama: Moving

Sabtu, September 23, 2023

 


Sinopsis Moving 

Mengisahkan sekumpulan remaja memiliki kuasa terpaksa berhadapan dengan pasukan terbaik negara. 

Drama diadaptasi daripada webtoon ini mendapat sambutan sebelum beberapa episode terakhir drama ini. Koi tonton drama ni pasal nampak Jo In Sung dan Han Hyo Joo. Gabungan yang rare plus dia merupakan drama Sci-fi dan aksi. Mesti best kan? 

Pada mulanya aku tak tahu dia merupakan adaptasi drama. Biasa la bila dah viral dan hype orang mula mengali hikayat drama ni, dan aku tengok saja la. 

Kim Bong Seok - mewarisi kuasa dari kedua orang tua, Kim Doo Shik kuasa boleh terbang  dan ibunya Lee Minjun kuasa 6 deria. 

Jang Huisoo pula mewarisi kuasa ayahnya seorang raksasa yang boleh heal walau luka apapun. Macam takkan mati gitu la. 


Moving Drama Korea 

Meletakkan barisan pelakon masih baru dalam bidang lakonan Korea Selatan sebagai remaja yang memiliki kuasa itu. Digadingkan dengan barisan pelakon veteran yang cukup power. Memang mantap — dan menurut kdrama fans lain, Webtoon Moving ini juga terkenal di Korea Selatan dan mempunyai sequel atau kesinambungan selepas Moving. Jadinya apabila drama series Moving tamat, seperti memang akan ada sambungan series kedua. Maghi la kita nantikan. 

Jujurnya Moving drama Korea ini lebih berkisarkan bagaimana wujudnya anak-anak berkuasa hebat ini. Quite bosan juga bagi mereka yang tidak meminati genre ini. Sangkaan mereka akan terus mengisahkan perihal anak-anak tapi director dan penulis skrip Moving Drama Korea ini twisted sangkaan kebanyakan penonton drama. 

Bagi aku, drama ni macam nafas baru dalam industri drama Korea juga la yang banyak mengunakan CGI effect dan kesan layar hijau untuk kebanyakan sudutan. Agak mencabar dan tahniah pihak produksi dan pelakon turut tercalon beberapa anugerah dalam Award Drama Korea. harap mereka semua menang, sebab walaupun memegang genre aksi — sesungguhnya banyak juga scene yang touché dalam drama ni. 
.

Korang boleh tonton esklusif di Disney+ Hotstar sekarang sebelum bermulanya season baru. Yang leceh nak tunggu which is dia cuma tayangkan pada hari rabu saja. Menunggu la pak kaduk ehh.

Koi nak selitkan teaser tapi tak dapat pulak. Korang boleh la usha teaser dia di youtube atau asianwiki tau. 



3 ulasan

  1. Singgah ^^ and follow dari http://www.thefox.my/

    BalasPadam
  2. Banyak nangga review padah cerita tok best. Tapi belom tengok gik sampe kinek. Gik tengah melayan the good detective hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤