It's okay, that's love

Khamis, September 07, 2023

 


Sementara tunggu drama baru Jo In Sung update di disney+ kita layan dulu drama lama dia yang jadi kegilaan aku masa di kolej dulu. 

Masa kolej, dapat laptop dari ayah untuk belajar. Bila dah habis buat assignment tak tau buat apa, aku sakan muatturun drama Korea dan jadi dealer antara kawan. Kalau pakai wang, mesti kaya jugak sekarang jadi dealer drama ni. 

Sinopsis It's Okay, That's love. 


Berbalik dengan drama kita, It's okay, That's love lakonan Zo/Jo In Sung dan Gong Hyo Jin mengisahkan tentang percintaan dan kekeluargaan serta awareness tentang penyakit mental yang ramai orang hadapi sekarang ni. Most importantly, dia banyak highlight kes-kes besar seperti penyakit schizophrenia dan beberapa kes disorder yang lain macam conduct disorder, shared halicunation disorder serta beberapa trauma dan phobia yang lain. Paling best sekali apa tau, dorang ingat jadi pakar psychiatric ni tak akan masalah jiwa, dan dijadikan bahan jenaka apabila Dr.Uncle Jo dan ex wife dia doktor bidang yang sama dok bergaduh dan memerlukan kaunseling. Adohai.. 


Gong Hyo Jin - Ji hye sun seorang doktor psychiatric yang mengalami trauma dan sex phobia dek kerana perhubungan skandal mak dia. Mempunyai seorang yang kurang upaya membuatkan Hye Sun gigih nak jadi doktor kemudian beralih kepada bidang psychiatric kerana tertarik dengan apa ada dalam minda manusia. 


Jo In Sung - Jang Jae Yeol seorang penulis novel misteri terkenal. Mempunyai trauma dari masa kecil akibat penderaan dan rasa bersalah terhadap abang kandungnya sendiri. Akhirnya dia mencipta halusinasi untuk kurangkan rasa bersalah tu. 


Jang Jae Bum - Abang Jae Yeol dipenjara selama 14 tahun daripada remaja disabit kesalahan membunuh ayah tiri mereka. Pada mulanya Jae Bum mengaku dia yang bunuh, tapi apabila Jae Yeol turut menuduhnya membunuh Jae Bum menyimpan ketidakpuashatian nya terhadap Jae Yeol. Tiap kali dia dapat parol, mesti orang dicarinya adiknya dan cubaan membunuh. 


Watak sampingan lain seperti Uncle Jo dan ex wife dia, Lee Kwang Soo dan Lee Sung Kyung memang menjadi cerita ni menangis jugak tengok walaupun dah kali kedua. 

Salah misbehaviour pun boleh jadi Conduct Disorder — kurang kasih sayang. Jadi terkurang ajar. 

Dulu aku tengok drama ni macam tertarik dengan karakter utama je. Tapi macam beberapa penyakit lain macam lupa ingatan dengan kisah lalu pun boleh jadi otak kita protect diri kita daripada benda yang tak elok. Hebatnya otak kita ni Allah ciptakan. 
.

Paling penting, kuasa minda itu menentukan ke mana jasad kita akan pergi. kalau macam aku ni follow the flow gitu aje laa. Dah biasa jika punya angan impian dicondemn oleh diri sendiri, otak pun malas nak berfikir. Last, jadi apa ntah. 


Tu la orang juga berkata, nak jadi mak ayah kena buka peluang kat anak-anak. Nak ubah circle toxic keluarga kita kena mulakan. Adehhh, peling pulak kepala cerita bab otak ni. Tetiba aku terfikir, walaupun ada cinta atau krisis rumah tangga dalam drama ni, nampak highlight dia kemana. 
.

2014-2023 hampir 10 tahun dah ek drama ni. Done rewatched la ek. Boleh tengok di disney plus atau Iqiyi pun ada tu haa. netflix je tak ada. Yang penting jugak OST dalam drama ni semua best. okay bai.




1 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤