Personal tips finance as ibu rumah tangga

Isnin, Oktober 09, 2023

 


Hi hi kabare semua? Sehat? Johor kini lagi jerebu dan kadar udara kurang sihat serta cuaca lagi panas, tu kan, jaga diri semua nya ya. 


Bila santai-santai duduk di rumah ni kan, aku jadi termenung fikir kita kini sudah jadi Malaysia 'Mahal dah ni' sejak masuk pertengahan 2023. Serba serbi naik harga. Bermula dengan barang basah kemudian bahan kering untuk menu ruji Malaysia. Sedar tak sedar, setiap minggu belanja mesti tak kurang dari RM200 walaupun ada menteri terlebih bijak mention amount tersebut cukup sebuah keluarga.


Nah, sebagai suri rumah yang selalu saja dibelenggu dengan masalah stress tak bernama bila sebut hal-hal begini. Mula la dia diserang rasa rendah diri dan tidak membantu dalam ekonomi rumah tangga. Jadi, kita dah boleh mula jot down, apa yang penting dan keperluan yang diperlukan oleh rumah kita. Asalkan isi rumah kekal kenyang dan sihat. 


My personal finance care


This is my two cents thought. Ada kalanya tercapai juga buku tiga lima ni penuh dengan catitan simpanan. Ada masanya tersimpan segala kehendak yang diinginkan belom cukup masa untuk direalisasikan.  Sekurang-kurangnya jika tidak membantu, jangan la menjadi beban. Gitu pendapat aku. Hidup la apa adanya. Alhamdulillah dengan keberadaan kami yang cukup lengkap disediakan oleh si tukang beli beras. Punya rumah, punya makanan dan punya ubat sekiranya anak-anak tak sihat. Yang lain, kita tolak tepi dulu. Ada rezeki baru kita langsaikan 'hutang' nafsu tu. hehe 


1. Cari side income 

Ibu rumah tangga atau suri rumah tangga ini memang dikurniakan semangat yang sangat kental. Bila dia diserang rasa rendah diri, dia mula mencari jalan keluar dari terus dibelenggu rasa serba salah itu. Setidaknya mampu melepaskan hasrat rasa tekak dan hati sudah memadai. 


Sekarang ni banyak saja platform untuk ibu-ibu cari side income. Macam aku sekarang, blogger serta half UCG atau content creator (mungkin juga laa) dari situ sedikit sebanyak aku punya duit poket sendiri. Untuk yang baru nak ceburi bidang ni,  pertama sekali harus konfiden dan everything boleh dijadikan content. Depends pada niat kita ya ibu-ibu. Lastly, perlu bijak dalam buat urusan antara client ni sebab di situ kita nak bina kepercayaan supaya boleh bekerja dengan kita dalam tempoh jaga masa panjang. 


2. Simpan duit di Amanah Saham Berhad (ASB) 

Alhamdulillah ini adalah satu-satu cara aku untuk kecemasan walaupun tak banyak. haha Kalau aku ada rezeki lebih memang aku simpan di sini buat simpanan masa hadapan. Cuma bila muncul satu keadaan di mana aku sesak, sini la penyelamat pertama aku. 


Jika yang suka dengan komitmen, harus simpan yang bulan-bulan macam loan tu. Cukup masa 20-30 tahun ko dapat balik simpanan kau tu. Quite safe juga laa bagi aku cuma dividennya kata makin menurun. Entah aku kurang cakna sikit benda ni  Hehe Janji dah simpan ye dak? 

3. Kira-kira belanja 

Walaupun aku bukan si tukang bayar, sometimes bila usai belanja aku periksa harga barang yang dibeli. Macam aku, suami memang setia dengan satu kedai untuk berbelanja bulanan dan mingguan. Jadi aku nak bandingkan harga pun setakat dalam tu saja la. Sekarang nak fikir jenama atau pilih yang sedap tapi a bit pricey pun seram. Tak pasal-pasal jadi mak Hagemaru. "Yang besar yang murah." Everything kena ambil kira. Setakat ni sejak masa fasa kedua 2023, sangat sakit sedikit nak fikir rasa teringin sendiri. Tu pun sesekali bila suami gaji, katanya dapat lebih sikit haaa boleh la ambik mana yang kita teringin kan. Macam air yogurt ke kan, atau ais krim magnum ke kan. Atau daging lembu sebagai sebahagian menu masakan. 

Aku jadi macam sedih jugak bila adik aku tanya, rumah ni tak makan daging ka? It's bukan tak makan, cuma lihat pada situasi bulanan tu. Bagi aku, anak-anak nak makan dengan apa adanya pun dah cukup baik. Walaupun jauh di sudut hati nak beli itu ini untuk mereka. 

4. Kurangkan meminjam dengan orang lain. 

Part ni aku sangat jaga sampaikan rasa macam tiada keperluan nak beli apa-apa di shopee tu walaupun memanggil-manggil jugak nafsu ni nak beli. Ada masanya, pejam mata masuk cart kemudian simpan la situ sampai bila-bila. Ada masanya terdesak pinjam juga dengan adik beradik sikit sorang. Tu pun jika mereka sudi bagj pinjam. Setakat ni semoga murah rezeki mereka selalu sebab sudi hulur sikit-sikit and tak lokek beli barang untuk anak buah mereka. Semoga Allah balas kebaikan korang semua. 


5. Kurangkan nafsu makan yang enak

Ini yang aku cakap tadi. Kita perempuan ni ada 9 nafsu. Itu mahu ini pun mahu. Tapi dengan keadaan Mahal dah ni, semua tapau balik masuk jasad. Kalau dah rasa teringin, boleb la usaha sendiri. Bukan tak nak cakap dengan suami. Cuma benda yang kita nak tu kecik la sangat jika nak dibandingkan dengan kecemasan kereta buat hal ke, anak jatuh sakit atau emergency perjalanan jauh. haaa, lagi kami ni antara Laut China Selatan. Nak fikir harga tiket pun seram tau. Tak berani nak jengah. 

6. Cukupkan mana keperluan

Bab ni sangat penting bila kita ada anak kecil. Pastikan makanan dan minuman cukup untuk mereka. Begitu juga dengan yang lainnya seperti pakaian, keperluan sekolah dan sebagainya. Setakat ni alhamdulillah belom ada yang dicatu. Boleh dirunding semuanya dengan berkat usaha suami. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dalam jagaan Allah SWT. 


Bagi aku walaupun personal finance aku ni sangat la tipikal dan harap dapat beri semangat pada ibu-ibu yang ada kalanya bersedih tidak dapat seperti di tayangkan di media social itu. Kita hidup cukup seadanya. Usaha lebih dapat lebih. Jika mahu lebih lagi, harus yakin dan usaha seiring dengan doa. Yakin pada rezeki yang Allah tentukan. Jika sudah usaha juga masih begitu, yahh itu ujian dan rahmat Allah untuk menyelamatkan kau dari dihisab di akhirat kelak. Mungkin dengan sedikit rasa bersyukur itu mampu meluaskan rumahmu di syurga kelak kan? 

Bersama kita kaum ibu-ibu yang seringkali rasa rendah diri dengan suami serta orang sekeliling, ayuh bangkit kita hidup lebih positif. Supaya semuanya baik-baik saja. 😊 


Semoga terus kuat semuanya. 
Jaga diri jaga kesihatan. 💕

3 ulasan

  1. bagus liest ni aien.. mmg perlu cari side income. brgan skrg semua naik harga huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Celah sana celah sini kita cuba. Mudahan ada rezeki kewangan buat kita

      Padam
  2. datang singgah sini dari http://www.thefox.my/ ^^

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤