Salam Maal Hijrah 1445H /2023

Selasa, Julai 18, 2023

 


Allahumma solli ala muhammad 


Sudah sampai penghujung tahun Islam sudah kita. Bulan Islam bermula dengan Muharram dan digelar Maal Hijrah kerana  untuk memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW yang berpindah daripada Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. 


Jom kita baca sedikit infografik yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di bawah ni  



Baginda Rasulullah SAW mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk berhijrah.  Mengikut Hadis riwayat Al-Bukhari bermaksud: 

Aku telag bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari Kota Makkah menuju ke satu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu ku mengira tempat itu adalah Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib. (Nama lama untuk Madinah.) 


Perjalanan dari Madinah ke Makkah bukan seperti sekarang. Ia adalah sebuah perjalanan yang memakan masa yang agak lama dan banyak perkara yang berlaku dalam tempoh masa tersebut. Al sebenarnya penghijrahan Rasulullah SAW bukan la berlaku dalam bulan Muharram pun. 


Walaupun ia sebuah perjalanan yang panjang dan merbahaya, Nabi Muhammad SAW percaya dengan wahyu Allah. Baginda tetap juga mengutamakan keselamatan para sahabat yang mengikut baginda bersama-sama dalam penghijrahan itu. 


Sesungguhnya, pengajaran daripada kisah Hijrah Rasulullah SAW ini adalah tidak salah kita berubah ke arah kebaikan. Percaya perjalanan hijrah itu bukan mudah, tapi ada manis menunggu di penghujungnya. 🥰 
.

Bagi tahun 2023 ini, Awal Muharram jatuh pada 19 Julai 2023, Rabu. Doa akhir tahun perlu dibaca sebelum waktu Maghrib (Selasa) mengharapkan kebaikan Allah SWT untuk sepanjang tahun yang berlalu. Doa awal tahun pula perlu dibaca selepas solat Maghrib. 

Semoga tahun baru kita bersama dengan azam baru dan bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik sebelum semua terlambat. 💖 
.

Awal Muharram juga merupakan hari cuti umum bagi negeri Johor juga. Jadi selamat bercuti anak-anak.

Salam Maal Hijrah dan ampun maaf zahir batin dari saya penulis aienienka.com ✨

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤